Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

21 Jun 2009

Hari Terakhir di UKM



Kata-kata Umi semalam agak memberi perangsang kepada kami. Kata Umi, beliau tak pernah menang dengan SMAP Kajang dari tugasnya sebagai guru debat di KISAS sampailah beliau berpindah ke STAR. Umi juga pesan, jangan jadikan diri sebagai mangsa lagi kepada mereka.

Pagi yang dijanjikan telah tiba. Usul yang didebatkan ialah "Pelajar Samseng Perlu Dibuang Sekolah". Bertindak sebagai pembangkang, kami sebenarnya agak gentar kerana ada sekolah menyatakan bahawa SMAPK suka bermain selamat. Tetapi, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat kami.

Margin yang telah saya lupa, tetapi dengan juri 3-2, usul telah memihak kepada kami dengan Paman dianugerahkan dengan pendebat terbaik, juri 5-0. Gembira rasanya apabila dapat sekali lagi kami ke pentas juara, tetapi kali ini akan berdebat dengan pasukan yang agak kuat, iaitu SSP sekali lagi.

Usul telah disediakan awal-awal sebenarnya. Tetapi, penentuan kerajaan-pembangkang yang ingin ditentukan dahulu oleh pihak UKM. Kami menjadi kerajaan apabila lambungan syiling memihak kepada kami. Usul yang dibincangkan adalah,"Generasi Muda Kita Tidak Patriotik". Hampir 3 jam sebenarnya masa yang diberikan. Hasil perbincangan bersama Umi, Farid, dan Abang Sallehuddin telah membina 1 konsep yang agak kuat. Kami cuba menambah baik dengan menambah sedikit sebanyak fakta yang agak mudah untuk dicari.

Perdebatan pada petang itu sungguh menyeronokkan apabila Nurrul Syairah, pendebat pertama SSP mula mengusik Acap, yang juga 'rakannya' dengan analogi cinta. Haha. Nak tercabut bulu kaki bila isu itu dibangkitkan. Acap pun apalagi, menyambungnya dan perdebatan diakhiri dengan sesi tuduh-menuduh.

Kami agak gementar kerana merasakan SSP juga ada kes yang agak kuat. Namun, kami hanya menyerahkan segalanya kepada takdir dan reda dengan ketentuanNya. Hasil perdebatan, dengan juri 8-3, margin 2.67, kami telah berjaya akhirnya mengalahkan SSP di pentas final. Namun, Syairah tetap mendapat habuan secukupnya apabila mendapat anugerah pendebat terbaik final.

Jutaan terima kasih kami lafazkan kepada Umi Noridah, Farid, Abdul Hakim(Bapak), akak Nani & akak Alia, pilot kami, Pak Muz, bebudak band yang sanggup menyempit, guru-guru dan seluruh warga STAR yang mendoakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada orang yang banyak membantu kami, Azri dan Qusyai, ibu bapa dan ahli keluarga serta pendebat-pendebat sekolah lain yang memberikan sokongan kepada kami sepanjang waktu kami berdebat sehinggalah ke final. MISI BERJAYA!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

5 comments :

Al Falah Al Has said...

tahniah3...korg mmg rock r..hahaha..

-HeXa FaMiLy- said...

rock???
haha...
aq suke old skool song lah...
kekeke...

aira's life said...

hmm..
congratz lah hexa..

-HeXa FaMiLy- said...

thanks...
cane taw blog ktowang niyh???

Anonymous said...

Saudara Faizs kini telah menjadi pendebat UMS. Walaupun baru tahun pertama, namun beliau menunjukkan kehebatan yang luar biasa selaku junior. Baru-baru ini, beliau dan team debatnya menjuarai Open Debate UMS, menewaskan UiTM Sabah..

-Jass Azliezan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...