Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

27 Apr 2010

IDC 2010 DALAM KENANGAN
























Bukan apa, cuma galeri gambar buat tatapan semua. Harap-harap, dapat sama-sama kongsi kegembiraan ya. Khas buat saudara Farid. Terima kasih kerana sangat membantu kami sewaktu di UIA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

22 Apr 2010

INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2010





Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia UIAM 2010. Suka-duka cerita bahas kali ini memang unik. Dengan izin Allah, STAR berjaya sekali lagi untuk ke pentas final buat tahun kedua berturut-turut. Tetapi, ingatlah bahawa setiap tindakan Allah pasti ada himahnya.

Perjalanan menuju ke Gombak dimulakan pada awal pagi 16 April yang lepas. Kami yang diiringi saudara Farid Al-Azim, Muhammad Siraj, Haziq Ridzuan, Encik Shahnun dan Encik Rafaei bersama-sama pasukan bahas bahasa Inggeris bertolak seawal jam 9 pagi. Terasa terkilan juga Umi tidak ikut bersama. Yang pastinya, IDC tahun ini menjanjikan kelainan buat kami kerana kali pertamanya pergi dengan keahlian yang sangat berbeza. Pada malamnya, kami dihidangkan dengan makan malam yang penuh kejutan. Tahun ini ada sedikit kelainan dengan persembahan dan kejutan pihak penganjur.

Pada hari Sabtu, perdebatan dimulakan pada jam 12 tengah hari dengan dimulakan demo oleh pembahas muda UIAM. Sedikit taklimat tentang struktur perbahasan turut disampaikan oleh Kak Husna, Abang Izzat dan Kak Farhan. Walaupun ringkas, tetapi major faham tentang perdebatan ala parlimen peringkat universiti yang dijalankan.

Perlawanan pertama telah menemukan kami dengan SMA Al-Amin Gombak. Dengan usul, Earth Hour Satu Hipokrasi, kami yang bertindak sebagai pembangkang berjaya menolak usul dengan margin 2, juri 3-0. Pembahas terbaik pula diberikan kepada saudara Haziq. Prestasi yang kurang menyengat pada sesi pertama diakui kami sepasukan dan menjanjikan perubahan menjelang sesi kedua pada pukul 2.30 petang. Kami yang bertindak sebagai pembangkang menentang SBPI Sabak Bernam, dengan usul Pasaran Bebas:Kita Sudah Bersedia, kami berjaya sekali lagi menolak usul dengan margin 7, juri 3-0. Sekali lagi, saudara Haziq dianugerahkan pembahas terbaik dengan menyenaraikan saudara Azri sebagai calon kedua. Kemenangan yang agak besar menyebabkan STAR mengungguli ranking pertama selepas pusingan ke-2. Perlawanan ketiga menemukan kami dengan SAMT Tengku Ampuan Jemaah. Kali ini kami bertindak sebagai kerajaan, berjaya menyokong usul, Masalah Pengangguran:Salah Sistem Pendidikan dengan margin 4.67, juri 3-0, pembahas terbaik saudara Haziq.

Pada malamnya, kami lakukan sesi post-mortem bersama saudara Farid, Siraj, Abdul Hakim, Cg Shahnun dan lain-lain. Banyak kelemahan kami dari sudut memahami usul, konsep, mahupun pemahaman hujah dan konsep lawan. Kecut juga bila kena tegur. Biasalah manusia.

Pada hari Ahad, kami yang menang semua perlawanan hari pertama agak gusar dengan lawan yang akan datang. Lebih-lebih lagi apabila diumumkan bahawa kami masih lagi mengungguli ranking pusingan awal dengan jumlah margin terkumpul setakat 3 perlawanan sebanyak 13.67 dan kelebihan 9 juri. Memang benar, kami masih lagi dijadualkan berdebat di sidang 1 tetapi kali ini bertemu SMAP Labu. Usul humour yang diperdebatkan pagi itu adalah, Sudah Tiba Masanya, Perigi Mencari Timba. Kami yang bertindak sebagai kerajaan membawakan usul dengan mudah tetapi juri tidak memihak kepada kami apabila kami tewas dengan juri 2-1, margin 1. Saudara Haziq dianugerahkan pembahas terbaik. Kecewa memang ada, tapi kekalahan tipis menyebabkan kami diangkat ke kumpulan menang semua kerana kami berada dikedudukan ke-4. Maka, pusingan kelima sekali lagi menemukan kami dengan pasukan SMAP Labu dan sekali lagi kami bertindak sebagai kerajaan. Usul, Facebook Adalah Satu Keperluan, kami tewas dengan margin 2.67, juri 3-0. Pengumuman itu benar-benar mengecewakan kami dan penyokong termasuklah saudara Syazwan yang turut hadir menyaksikan kami berdebat. Pada petangnya, perlawanan ke-6 ini merupakan titik tolak layaknya kami ke pusingan kalah mati. Kami ditemukan dengan Asrama Yayasan Selangor dan sekali lagi bertindak sebagai kerajaan. Usul, Sidang Kemuncak Nuklear Harapan Palsu, kami berjaya memenangi usul dengan margin 6.33, juri 3-0. Pembahas terbaik pula memihak kepada saudara Faizs dengan semua pembahas STAR menjadi calon pembahas terbaik.

Sekali lagi, post-mortem malam ini lebih menekankan cara menambahbaik struktur dan pemahaman usul. Hal ini demikian kerana, wujud kemungkinan besar kami akan ditemukan dengan sekolah-sekolah yang hebat.

Pada hari Isnin, kami sangat mengharapkan bahawa kami dapat berehat pada pusingan double-octo dengan syarat berkedudukan di 8 ranking terbaik. Alhamdulillah, kami tersenarai sebagai pasukan kelapan terbaik dalam pusingan awal. Ini merupakan pencapaian pertama KDBM STAR di samping berjaya berdebat di sidang 1 sebanyak 2 kali. Jangkaan menentang SSAS memang tepat kerana kami ditemukan pada peringkat Octo-Final. Usul, Parti Politik Berasaskan Kaum Mengancam Perpaduan, kami menang dengan margin 2, juri 3-0, dengan pembahas terbaik dianugerahkan kepada saudara Haziq dan saudara Faizs turut tercalon. Keesokan harinya, sekali lagi kami ditemukan dengan SMAP Labu pada peringkat suku akhir. Debaran semakin memuncak sampaikan saudara Farid berharap sangat-sangat agar kami menang dengan SMAP Labu. Usulnya, London 2012:Emas Olimpik Mustahil. Dengan juri 5-0, margin 2.67, kami menang dengan pembahas terbaik dianugerahkan kepada saudara Haziq. Alhamdulillah, tidak sia-sia saudara Farid mengalirkan air matanya. Hehe. Pada petangnya, kami bertemu dengan SMK Dato' Ahmad Maher. Ku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mereka agak hebat dalam mempertikaikan usul dan kes kami. Alhamdulillah, juri 4-3 memihak kepada kami yang bertindak sebagai kerajaan dalam usul, Artis Indie:Harapan Baru Dunia Seni.

Memang satu perkara yang diluar jangkaan apabila dapat masuk ke pusingan akhir. Terasa seperti mendapat anugerah. Namun, langit tidak selalunya cerah. Kami akhirnya ditewaskan di peringkat akhir Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia anjuran UIAM. Kami yang bertindak sebagai pembangkang, gagal menolak usul dengan hanya 3 daripada 9 juri memihak kepada kami tetapi saudara Faizs tetap merangkul anugerah pembahas terbaik kategori akhir. Walaubagaimanapun, jauh di dasar hati cukup puas dengan kejayaan pasukan untuk berentap di pentas final. Hikmah Allah ditunjukkan dalam pelbagai cara. Mungkin ini adalah hikmah yang Allah beri untuk kami tahu peritnya kekalahan sebelum mengenal erti kemenangan. InsyaAllah, kami ingin menjadi Johan Piala Perdana Menteri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Amin...






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

15 Apr 2010

IDC 2010 : KAMI JEJAKI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

jam 1314, 150410, bilik hexa..
Setahun menunggu, Pertandingan Debat Antara Sekolah Menengah Malaysia, UIAM kembali. Begitu juga degan kami. InsyaAllah, usaha kami bertungkus-lumus dalam masa dua minggu sebelum pertandingan akan membuahkan hasil. sesungguhnya, menurut Newton's Third law "every action will result in reaction equally". Allah itu Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Adil. Setiap detik kehidupan kami dikorbankan untuk sebuah kejayaan. Justeru, usaha kami akan diakhiri dengan tawakkal demi membawa pulang Piala Tun Sri Lanang. Esok, jam 0900 kontijen STAR akan memulakan perjalanan perjuangan peperangan membawa nama sekolah yang dinamakan sempena Tuanku Abdul Rahman. "Seribu tapak akan dimulakan dengan langkah yang pertama", itu pepatah orang Cina. Dan kami tidak akan mensia-siakan berpuluh-puluh ribu langkah yang akan kami mulakan dari pagar medan ilmu kebesaran kami. Jauh di hadapan sana, 68 kontijen tentera dari sekolah masing-masing berjuang dengan niat murni sendiri. Ya, setiap daripada mereka mempunyai semangat yang berkobar-kobar malah ada yang lebih daripada kami. Ini merupakan norma sesebuah pertandingan, yang menjadi satu kewajipan kami hanyalah untuk tidak memandang rendah kepada mana-mana pasukan. Dan yang bakal menjadi perbezaan hanyalah usaha masing-masing. Dengan kata lainnya, pertandingan ini mempertaruhkan usaha masing-masing.Bagi hexa, penggeligaan otak perlu berlaku dari semasa ke semasa.

Hexa Faizs,
jam 1404, lunch

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Apr 2010

Kecewa...

Astaghfirullahhalazim! Buat pertama kalinya kami berasa sangat kecewa dengan 'listing team' yang layak memasuki IDC 2010 kali ini kerana KDBM STAR tidak diletakkan dalam senarai tersebut. Argh! Kecewanya bila melihat ada sekolah-sekolah yang tidak pernah memasuki IDC tetapi tersenarai pula.

Tidak apalah, mungkin tiada rezeki buat kami tahun ini. Sekian.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 Apr 2010

IDC 2010 TERHADKAN PENYERTAAN


Alhamdulillah, tamat sudah Ujian Selaras 1 bagi tahun 2010. Sebenarnya, tarikh ujian kali ini sangat lambat jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang dah berbulan awal peperiksaannya. Tamat peperiksaan, mulalah kami untuk sibuk berlatih bagi menghadapi 9th Interschool Debating Championship yang akan berlangsung pada 16-21 April ini di Universiti Islam Antarabangsa. Pertandingan ini tidak asing lagi dengan pendebat-pendebat muda kerana ia merupakan platform terbesar arena perdebatan sekolah yang menggabungkan semua jenis sekolah samaada SBP, MRSM, sekolah harian mahupun swasta.

Namun pada tahun ini tidaklah seperti penganjuran yang lepas-lepas. Kalau dahulu, boleh hantar sampai 3 team(kalau mampulah) untuk setiap kategori. Tahun lepas mencatatkan rekod tertinggi kejohanan dengan hampir 300 buah sekolah menyertainya dengan 104 pasukan Bahasa Melayu dan 120 pasukan Bahasa Inggeris. Aduh. Memang padat tak terkata. Bayangkanlah, hampir 600 orang berterabur dalam Main Audi AIKOL UIAM. Kali ini pula lain ceritanya. Cuma 60 pasukan terawal mendaftar yang dibenarkan menyertai pertandingan ini. Sebabnya, mungkin kerana UIA dah buka kategori Arab dan mungkin juga dah tak larat nak menganjur sampai beratus-ratus manusia. Ini juga bermakna, setiap sekolah cuma boleh menghantar 1 pasukan bagi setiap kategori yang berlainan.

Berita itu membuatkan adik-adik pasukan kedua 'down' yang teramat. Mana taknya, dah disuruh struggle, dah struggle tak dapek poyi la pulak. Kesian. Umi menegur pada Isnin lepas, beliaukata kepada adik-adik, jangan timbul perasaan hasad pada pasukan senior. Heh? Ada ke? Berani korang. Haha. Mungkin Umi juga rasa terkilan tak boleh bawa ramai-ramai ke UIA kerana ini merupakan medan terbaik untuk menggilap bakat masing-masing. Tapi Umi pula menyatakan bahawa beliau tidak dapat lama ke UIA. Argh! Sangat mengecewakan kami. "Kenapa Umi tak pergi? Umi dah la pemberi semangat." Soalan yang melambak, dijawab dengan mudah, "Umi banyak kerja." Betul tu. Umi juga penat nak terkejar sana-sini, dengan kerja bertimbun selaku Guru Kanan Bahasa STAR lagi. Hah! Mengangguk semua. Baru taw ye.

Yang di atas saja sebagai selingan. Yang akan ditekankan selepas ini adalah aspek latihan insentif yang telah difikirkan sesuai. Wujud sedikit gangguan minggu hadapan apabila adanya bengkel menjawab soalan SPM/PMR. Sudahnya semua tak dapat nak berlatih. Takpalah, prioriti adalh pelajaran. Maka kem SPM diutamakan.

Apa yang penting, kejohanan debat di UIAM nanti pasti menjanjikan kesengitan di mana-mana peringkat sama ada pusingan awal mahupun kalah mati. Yalah, semua pasukan pertama, semua juga nak menang. Cuma berharap ALLAH sentiasa membukakan peluang untuk KDBM STAR berjaya membawa pulang Piala Tun Sri Lanang ke Ipoh pada tahun ini. Sekian.

Maklumat lanjut, sila layari: http://www.iiu.edu.my/spice/idc10

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...