Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

21 May 2013

STAR, IPOH JUARA SULUNG PERTANDINGAN DEBAT PERSAHABATAN MiG-ADCE 2013

Pada 11 dan 12 Mei yang lalu KDBM STAR telah menyertai Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG Antara Institusi Pendidikan 2013 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor. Pertandingan ini telah disertai oleh 16 buah pasukan yang terdiri daripada SBP, Sekolah Harian, Sekolah Agama Swasta dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). STAR telah diletakkan dalam kumpulan D bersama SM Sains Muzhafar Syah, Melaha, SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang dan SM Sains Selangor, Kuala Lumpur. Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR.

Pusingan pertama (peringkat kumpulan)

1) Perlawanan Pertama

Usul : Industri Hiburan Perlukan Nafas Baru

SMK Bukit Jambul (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul ditolak 
Juri : 3-0
Pemenang STAR

2) Perlawanan Ke-2

Usul : Inovasi Pendidikan Mampu Membentuk Kemenjadian Murid

SM Sains Muzhafar Shah (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul ditolak
Juri : 3-0
Pemenang : STAR

3) Perlawanan ke-3

Usul : Gagasan 1 Malaysia Mampu Membina Perpaduan Bangsa

STAR (Kerajaan) vs SM Sains Selangor (Pembangkang)
Usul diterima
Juri : 3-0
Pemenang : STAR

4) Suku Akhir

Usul : Program Pembangunan Sukan Di Peringkat Akar Umbi Menjanakan Mutu Sukan Negara

STAR (Kerajaan) vs Sultan Ibrahim Girls School (Pembangkan)
Usul Diterima
Juri : 3-0
Pemenang : STAR

5) Separuh Akhir

Usul : Media Sosial Membudayakan gaya Hidup Sihat Remaja

STAR (Kerajaan) vs SBPI Gombak (Pembangkang)
Usul diterima
Juri : 4-1
Pemenang : STAR

6) Akhir

Usul : PBS Memenuhi Aspirasi Pendidikan Di Malaysia

MOZAC (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul ditolak
Juri : 7-0
Pemenang : STAR


Aksi Final menentang MOZAC !


Bersama Piala Kemenangan !







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...