Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

30 May 2010

Ikhlaskan dirimu..Asas perjuangan...

Assalamualaikum W.B.T,
sekadar ingin berkongsi ilmu.Kadang2 diri ini mudah sgt kecewa dengan sesuatu yang tidak dijangka.Kita lupa akan tujuan utama hidup di bumi.Tindakan kita perlu niat ikhlas kerana Allah.Ingatlah selagi niat kita berjuang kerana Allah,Allah pati akan menolong kita dalam semua perkara.

Renungan buat para HEXA..



Ya Abdullah,

Daripada kaca mata pengembara

Kita adalah berkelana

Daripada kaca mata penguasa

Kita adalah hambaNya yang lemah



Ya Abdullah,

Susurilah jalan-jalan kehidupan

Bertemankan suria nan indah

Renangilah gelora di lautan

Dengan kesabaran kelak kau kan tiba



Ya Abdullah,

Jangan kau menyerah

Dakilah gunung yang tinggi

Untuk mencapai cita-citamu

Gapailah bintang yang kerlip

Untuk menerangi hatimu yang kecil ini



Sedarlah..

Luas jalan yang terbentang di depan mata

Menuju kesaksian kebenaran


Ingatlah Ya Abdullah,

Biarpun rebut melanda

Duniakan cerah pabila ia reda

Percayalah pada dirimu sendiri

Kelak kau kan berjaya menggapai impian


Ku ingatkan sekali lagi,

Dakilah gunung yang tinggi

Untuk mencapai cita-citamu

Gapailah bintang yang kerlip

Untuk menerangi hatimu yang kecil ini


Ingatlah pesanan ku ini..

-Hexa Azri-
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 jam 45 minit: Pengisytiharan Perang PPM

Asssalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
300510, Ahad, jam1615
Hexa Faizs the 1st
Perang? mungkin bunyinya lucu untuk kita dengari, lagi-lagi apabila dikaitkan dengan PPM. Namun perkataan inilah yang menggambarkan jiwa anak-anak muda pembahas dan pemain bola keranjang STAR apabila hanya tinggal 17 jam 45 minit sahaja lagi bagi kami menggerakkan kereta kebal kami menuju ke pantai timur. Dianggotai dengan sebatalion(20 orang) tenaga tentera, kami bersiap sedia dengan peralatan tempur dan qudrat yang satu. Perjalanan kami ke dunia dikir barat itu akan diiringi dengan debaran jantung yang melampau. Kerana kami tahu, ini merupakan perjuangan terakhir kami.Tiada lagi hari esok(tahun depan) untuk kami. Yang hidup sahaja yang akan meneruskan perjalanan. Yang mati akan terus ketinggalan. Dan yang kuat sahaja yang akan menang. Yang pasti, tiada siapa yang mahu terkandas di medan peperangan. Lari dari medan peperangan, apatah lagi. Walaupun terpaksa bermandi darah(peluh), dan berkorban tenaga, kami sanggup lakukannya untuk menegakkan bendera STAR tercinta dan menawan Pasir Puteh. Dalam masa yang sama, kami tidak mahu mana-mana ahli tentera terpaksa meninggalkan kami sewaktu peperangan. Semua harus berjaya. Bukan harus, tetapi wajib berjaya! ya, wajib. Kami tahu, masa latihan kami terpaksa dikorbankan dek kerana peperiksaan wajib tentera (PPT) yang kami duduki. Baki yang tinggal hanyalah tiga hari sebelum peperangan bermula. Usaha kami terpaksa dilipat-gandakan. Mujur, kami mempunyai Sarjan dan Panglima Tentera yang cukup hebat untuk membantu kami. Jasa Umi Noridah dan Cikgu Shahnun tidak pernah kami lupakan. Pejam-celik, pejam-celik.. Esoklah harinya. Kesuntukan masa tidak akan menghalang kami. Apa-apa pun tidak boleh menghalang kami termasuk debaran yang sedang dialami. Wahai para pejuang sekalian, ingatlah kamu, supaya berjuang kerana Yang Maha Esa. Ikhlaskan niat kamu, dan janganlah kamu bersedih, kerana Allah sentiasa bersama kamu. InsyaAllah, amin. Andai kata kami syahid, biarlah kami syahid dalam keredhaan-Mu. Namun biarlah kami syahid setelah perjuangan ini selesai. Sesungguhnya darah ini tidak akan menitis tanpa sebab. Cuma satu yang menjadi menjadi sebab dan tujuannya-menjulang kemenangan di PICC. Biarlah hati yang sedih ini terubat untuk kali yang terakhir. Wahai rakyat STAR sekalian, berdoalah kamu. Kerana doa itu senjata terkuat kita. Janganlah sesekali kamu meletakkan pedang kamu sebelum kamu sempat menghunusnya. Teruskan perjuangan. Sedarlah, masalah dan rintangan itu perkara yang biasa dalam perjuangan kita. Kerana masalah dan rintangan itu merupakan ujian dari Yang Maha Kuasa, untuk menilai di mana tahap kesungguhan kita dalam mengecapi impian yang selalu diidamkan.. Justeru.. doakan kejayaan kami, fisabilillah!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

28 May 2010

SEMANGAT '88



Mengapa '88? Adakah sama dengan Semangat 46 Ku Li? Kalau fasal Semangat 46 Ku Li, isu itu berkaitan dengan krisis UMNO pada lewat 80-an. Jadi, wujudkah kaitan antara keduanya? Begini ceritanya.


Pada tahun 1988, satu sejarah dalam arena perbahasan Piala Perdana Menteri telah tercipta. Harapan rakan-rakan dan guru-guru ada digambarkan oleh beberapa bekas pelajar STAR itu (lupa nama) di dalam buku "STAR:Through Out the Years" yang sangat mengingati peristiwa bersejarah tersebut. Sebenarnya, pada tahun tersebut, kedua-dua pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah berjaya menjulang Piala Perdana Menteri serentak! Ini membuatkan nama STAR diangkat sebagai satu-satunya sekolah yang pernah memenangi piala berprestij itu dalam tempoh setahun.


Tidak banyak yang ingin dicoret pada post kali ini atas alasan sibuk menjalani latihan. Justeru, kami sangat berharap agar perjuangan kami dapat diiringi dengan doa guru-guru dan rakan-rakan STAR mahupun mana-mana pihak yang sentiasa menyokong kami dari sebalik tabir. Doakan KDBM STAR dan pasukan Bahasa Inggeris kedua-duanya johan ya. Kepada pembahas-pembahas, Haziq J, Faizs O, Azri K, Qusyairi F, Azzam Y, Ashman A, Thaqif T, Aiman S, lakukanlah yang terbaik untuk memenuhi harapan semua pihak yang mengharapkan kemenangan kita semua. Terima kasih.


p/s : Basketballers, semoga berjaya juga!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

7 May 2010

MEMORI TERCIPTA, TINGGAL KENANGAN





Malam kelmarin, dapat juga akhirnya kami bersembang dengan Asyraf yang kini belajar di Kelantan. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan antara kami semua adalah kenangan yang dulu kami bina bersama. Saya masih ingat dahulu saat Umi bertemu saya dan meminta agar saya menarik beberapa orang rakan Pesta Bahas 2006 untuk menjadi skuad pelapis STAR pada umur 14 tahun. Lamaran itu saya panjangkan buat rakan-rakan juara saya, Rumah Kuning iaitu saudara Mirza dan Azri. Lepas itu saya jemput sekali rakan-rakan naib juara, Rumah Hijau iaitu saudara Faizs, Asyraf dan Habib.

Saya bersama Mirza telah diambil oleh Umi untuk mencukupkan korum pasukan ke UIAM 2007. Selepas pulang, seingat saya, saudara Mirza menarik diri atas alasan dia tertarik dengan permainan bola keranjang yang sudah pastinya tidak boleh berjalan serentak dengan bahas ataupun debate. Saya menjemput saudara Adam dari Rumah Biru selepas itu dan akhirnya kami berenam bersama-sama ke Pertandingan Debat Piala Timbalan Naib Canselor UKM.

Berikutan pendedahan awal yang diberikan kepada saya dan pasukan, kesemua kami terlibat dalam perdebatan seawal umur 15 tahun di mana saya, Faizs, Habib dan Adam ke UIAM 2008 manakala Azri dan Asyraf berdebat di HKSBP Zon Utara yang berjalan serentak dengan Kejohanan UIAM. Saya masih ingat, pada tahun tersebut, saya dan Faizs melengkapi pasukan kedua dan pasukan kami berada di ranking ke-51. Saudara Azri dan Asyraf pula terkandas di pusingan kedua selepas tewas dengan pasukan SMS Sultan Mohamad Jiwa. Tahun yang sama, hanya tiga orang dari kami berenam dapat menyertai Debat TNC UKM di mana saya dan Faizs dalam pasukan utama, manakala Asyraf di pasukan kedua. Kedua-dua pasukan layak ke peringkat kalah mati dan bertemu sesama sendiri di peringkat suku akhir. Pasukan saya yang diketuai Siraj berjaya ke peringkat separuh akhir tetapi langkah kami tersangkut di peringkat separuh akhir selepas tewas di tangan SSP. Selepas PMR, kami telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Debat Jemputan MCKK U-15 dan syukur, kami telah berjaya memperoleh kemenangan pertama kami dengan mengalahkan MCKK pada peringkat akhir. Teringatlah semula, saat Umi kecewa dengan persembahan final kami. Menangis masing-masing. Terkejut juga saat STAR diumumkan sebagai johan.

Sewaktu di tingkatan 4, kami telah berjaya melengkapkan pasukan utama dengan diketuai saudara Siraj yang merupakan kapten KDBM STAR 2009. Faizs yang pada mulanya merupakan speaker pertama yang utama telah digantikan dengan saudara Asyraf dan dengan pasukan tersebut kami berjaya melakarkan kejayaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Kami berjaya merangkul gelaran johan SBP Zon Utara, naib johan bagi Debat Jemputan AYS & UIA 2009. Setelah Siraj 'bersara' pada bulan Jun, kami berempat(saya,Faizs,Azri,Asyraf), diangkat menjadi pasukan utama dan berjaya memenangi Debat TNC UKM selepas mengalahkan SSP di peringkat akhir. Saat dukacita berlaku apabila Asyraf memilih untuk meninggalkan bumi STAR atas alasan peribadi. Kami cuba menghalang, namun tidak berjaya.

Di musim terakhir sebagai pendebat, banyak refleksi yang mampu saya ingat walaupun ada juga yang telah dilupakan. Kenangan sebagai pemerhati 3 kali, simpanan sekali dan berdebat dalam 11 kejohanan memang memberi saya banyak peluang dan pengalaman berguna. Saudara Mirza yang pernah bergandingan dengan kami dahulu, masih punya aura sebagai pemimpin. Saudara Habib yang meninggalkan kami selepas UIAM 2008 juga tidak kurang hebatnya dalam berucap. Saudara Adam juga kini hebat dalam bidang kesukaannya, hoki, dan juga merupakan orang yang cukup lantang menentang kebatilan. Saudara Asyraf pula, meninggalkan banyak impak terhadap pasukan semasa beliau ada dan semasa ketiadaannya. Kini, beliau merupakan seorang pengawas, jurulatih debat, pemidato sekolahnya yang akan bertanding peringkat negeri pada 14 Mei ini, dan merupakan orang yang juga berpengaruh di sekolahnya. Saya dan pasukan sentiasa mendoakan anda semua sebagai rakan-rakan saya dan berharap agar anda semua pun mendoakan kejayaan kami dalam PPM Jun nanti. Sekian.

-Hexa Haziq-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...