Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

13 Mar 2011

Membuka Tirai 2011

Salam Perak Maju Jaya! Buat pertama kalinya dalam sejarah dunia perdebatan di negeri Perak untuk tahun ini, satu pertandingan bahas bahasa melayu antara sekolah dalam negeri Perak akan diadakan. Untuk itu, keluarga ini akan menghantar pembahasnya untuk memulakan langkah awal dan pertama bagi tahun yang mencabar ini. Pertandingan yang akan berlangsung pada 19 Mac 2011 ini akan berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Apa yang kami pinta hanya satu, buat pembaca setia KDBM STAR IPOH doakan kejayaan kami ya! Insyaalaah, kejayaan milik kita bersama dan semua.

Berikut merupakan usul yang dicadangkan:
1. Proton sudah hilang taringnya.
2. 1Malaysia bagaikan tin kosong.
3. Hiburan di malaysia bagaikan tiada sekatan.
4. Ops piramid, sudah terhantuk baru terngadah.
5. Kita sudah merdeka.
6. Artis model ikutan terbaik.
7. Wanita lebih berkuasa.
8. 1Malaysia menjamin perpaduan.
9. Matapelajaran sejarah perlu diajar semula sejak darjah 1.
10. Earth hour meredakan tangisan bumi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

12 Mar 2011

SELAMAT HARI LAHIR : KAU TERISTIMEWA

wajah kanak-kanak
khas untuk mereka
mangsa utama: pak chong
kami bahagia, satu keluarga!
3 sekawan perancang utama

Sengaja. Itulah kata-kata yang mampu diluahkan untuk mereka. Untuk menghargai seseorang, sesuatu kejutan perlulah dilakukan. Untuk itu, satu majlis yang tidak diketahui oleh semua orang telah dilakukan secara senyap-senyap semata-mata untuk mengenang pembahas bahasa melayu yang tercinta. Hari lahir Os, Amsya, Wan, Fayyaz dan Pak Chong disambut untuk menghargai kekentalan mereka sebagai seorang pembahas dalam keluarga ini. Bukannya apa, sekadar ingin mengisi memori indah dalam bulan-bulan terakhir bersama KDBM STAR yang amat dicintai. Gembira rasanya melihat mereka tertawa riang setelah penat lelah dalam mencari fakta dan membantu pasukan utama yang akan bertanding tidak lama lagi. Air mata yang mengalir dari mata Pak Chong juga menerbitkan 1001 kenangan untuk tahun terakhir saya di sini. Justeru untuk megat khalyd, boyak dan megat ashman, terima kasih kerana anda berjaya!. Bagi Os, Amsya, Wan, Fayyaz dan Pak Chong, Selamat Hari Lahir! Untuk Latiff, Eyman, Dinie, Black, Ahmad Aiman, Aya dan yang lain, sabar...tiada apa-apa untuk kalian =)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Debat dan Air Mata

Assalamualaikum,


Kisah 1

" Adakah Piala Tun Sri Lanang akan pulang ke Klang atau bertandang ke Ipoh ? " Suasana dewan sunyi seketika bagi mengwujudkan situasi suspen. Kata-kata pengerusi majlis ketika itu masih melekat dalam hati saya. Saya rasa kita semua sudah tahu siapa menang siapa kalah. Sebaik saja keputusan diumumkan, Paman, Faizs, Azri dan Qusyai semuanya naik dan turun dari pentas dengan genangan air mata. Tatkala tiba masa untuk sesi peluk memeluk, tatkala itulah berjujuran air mata akan melimpah. Paman dan Cikgu Shahnun menangis bila mereka berpelukan. Umi juga tak melepaskan diri daripada turut terlibat sebagai watak air mata dalam kejadian yang cukup sinonim bagi kami itu. Kami sebagai junior ketika itu tidak berair mata kerana terlalu jauh lagi bagi kami untuk mengenal erti air mata dalam debat.

Kisah 2

Untuk kekalahan yang memang tak dijangka, kami diumumkan kalah teruk ditangan Asrama Yayasan Selangor dengan juri 5-0 dan pendebat terbaik juga tidak berpihak pada kami. Secara jujurnya, perasaan saya ketika itu begitu marah, sedih, geram dan cukup tak berpuas hati. Untuk peringkat awal, hanya Qusyai saja yang mengalirkan air mata. Saya dan Amsya masih menahan. Namun lain pulak ketika berada di Kolej Ungku Omar, masuk saja dalam bilik, saya terus mengalirkan air mata tapi ketika itu Qusyai dah tenang dan beliau cuba menenangkan saya. Kami dibelanja oleh Cikgu Rafaei dengan sate kajang, nasi berlauk, air dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk memujuk kami. Paman juga tak pernah lekang dari memberi kata-kata semangat dari kami. Kalau kenangkan kembali kekalahan tersebut, pasti saya tak dapat menahan air mata.

Kisah 3

Waktu itu hampir cuti, nasib baik saya balik ke rumah lewat atas alasan tiket habis. Secara kebetulan juga, pasukan PPM pulang pada hari itu, saya masih ingat hari itu hari Jumaat. Pagi Jumaat saya dapat berita STAR layak ke separuh akhir menentang INTEGOM. Ketika ingin naik ke tangga masjid untuk solat jumaat, Paman telefon saya, 'kitaorang kalah'. Ringkas tapi penuh emosi. Melalui nada suara, saya pasti, mereka baru lepas mengangis. Ketika malam kami keluar untuk makan, Paman ada cakap kepada saya, 'Aku dah penat menangis dalam debat'.


Coretan 3 kisah yang penuh dengan perkataan 'air mata', 'air mata' dan 'air mata' ini sudah cukup membuktikan betapa sinonimnya air mata bagi kami. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga kami berazam untuk mengalirkan air mata kemenangan bukan air mata kekalahan. Tetapi secara jujurnya saya sudah sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Andai kata takdir Allah menentukan karier pendebat saya berakhir dengan air mata, saya redha, saya akan terus menyokong mereka yang akan berjuang. Jika keadaan sebaliknya berlaku, doakan saya berjaya (buat yang tak faham, saya mohon maaf). STAR mengajar saya, kalau kamu jadikan kemenangan sebagai target utama, nescaya kamu akan kalah. Tapi, kalau kamu jadikan keredhaan Allah sebagai tujuan utama, percayalah, perancangan Allah cukup-cukup bagus. Doakan kami tahun ini.

-Hexa Os-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...