Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

5 Mar 2012

PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU ANTARABANGSA PIALA PERDANA MENTERI 2012


Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 edisi ke-6 (PABM 2012) bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” akan bermula 2hb. hingga 13hb Mac 2012 bertempat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pertandingan ini dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan.
Majlis perasmian malam kemuncak dijadualkan berlangsung di Dewan Planeri, PICC pada 8 Mac 2012. Ia akan disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Hadir bersama YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.
PABM diilhamkan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, yang memberi penekanan kepada memperkukuhkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
PABM 2012 disertai oleh 72 orang peserta daripada 67 buah negara dari seluruh dunia berbanding 64 peserta dari 59 negara pada edisi PABM 2011.
PABM 2012 juga menyaksikan penyertaan 5 buah negara baru iaitu Arab Saudi, Mongolia, Greece, Madagascar dan Montenegro.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori untuk memberikan keadilan dalam pemilihan peserta terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.
Dua kategori tersebut ialah:
1. Kategori Nusantara
Negara yang digolongkan sebagai pengamal bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa ibunda mereka, antaranya adalah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan Thailand.
Setiap negara akan diwakili oleh dua orang peserta yang dipilih oleh kementerian atau pihak berkuasa yang berkenaan di negara mereka. Tiga perserta terbaik daripada kategori ini akan terpilih ke peringkat akhir.
2. Kategori Antarabangsa
Seramai 62 orang peserta mewakili 62 buah negara dari 6 buah benua.
Mereka ini terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil jurusan bahasa Melayu sebagai kursus efektif. Lima peserta daripada kategori ini akan terpilih memasuki peringkat akhir.
Sehingga kini, terdapat lebih 140 buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa Melayu di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, contohnya seperti Amerika Syarikat, Argentina, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Belanda, Rusia, Ukraine, Romania, Poland, Azerbaijan, Yaman, Mesir, Iran, Afghanistan, Pakistan, India, Sudan, Somalia, Kemboja, dan Vietnam.
Seramai lapan orang peserta akan bertanding di peringkat akhir. PABM 2012 menyediakan hadiah seperti berikut:
1. Johan setiap kategori PABM akan menerima Piala Pusingan, Piala Perdana Menteri, Piala Iringan, Wang tunai USD5,000.00 hadiah sampingan berupa kamus dan buku-buku dalam bahasa Melayu serta beberapa hadiah cenderamata sampingan.
2. Naib johan pula menerima Piala Iringan, wang tunai USD3,000.00 dan hadiah-hadiah iringan.
3. Pemenang tempat ketiga pula membawa pulang Piala Iringan, wang tunai USD2,000.00 dan hadiah-hadiah iringan.
Orang ramai boleh menonton siaran langsung acara kemuncak PABM 2012 di TV1 pada jam 8.45 malam

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...