Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

23 Jun 2012

AHMAD AIMAN, KAMI BANGGA DENGAN ANDA


Petang tadi, seorang ahli KDBM STAR, Ahmad Aiman bin Asmayatim telah pun berlepas ke Kota London untuk mewakili Malaysia sebagai salah seorang pemwa obor olimpik 2012. Ahmad Aiman, terpilih sebagai satu-satunya pelajar yang akan terlibat dengan larian obor olimpik.

Ahmad Aiman merupakan seorang pelajar yang aktif di peringkat sekolah. Beliau merupakan pembahas Bahasa Melayu, ahli Badan Dakwah dan Rohani, pemain ragbi serta Ahli Kelab Young Sport Leader (YSL).


Aksi Ahmad Aiman sewaktu menjadi Perdana Menteri dalam Pertandingan Bahas UIA.


Ahmad, paling kiri, melangkah optimis bersama rakan sepasukan.

Ahmad AIman merupakan penolong kapten pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR,  seorang pelajar bertubuh kecil , tetapi memiliki jiwa yang besar. Ahmad memiliki pemikiran yang kritis dan anatikal sebagai seorang pembahas. Tahniah Ahmad Aiman, anda berjaya mengukir sejarah hidup yang hebat untuk diri sendiri, keluarga, sekolah dan negara anda. Seluruh warga KDBM STAR berbangga dengan anda. Semoga selamat pergi dan pulang !



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

18 Jun 2012

IDC 2012 : STAR KE SEPARUH AKHIR



Hari ke tiga pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia (IDC 2012) telah memasuki pusingan ke octo final iaitu pusingan yang menemukan 16 buah pasukan terbaik. STAR telah diundi dalam undian bawah dan pasukan yang akan ditemui ialah Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA). Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

PUSINGAN OCTO FINAL

STAR (Kerajaan) vs SAINA (Pembangkang)
USUL : Dewan ini mencadangkan PBB Perlu Dirombak
JURI : 3-0
MARGIN : 2
PEMBAHAS TERBAIK : Dhinie Zhafri bin Zainuddin
Pemenang : STAR (Kerjaan)

Dengan kemenangan di peringkat Octo Final , STAR berjaya menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir, iaitu peringkat yang menemukan LAPAN pasukan terbaik. Kali ini STAR verhadapan dengan pasukan bahas Sekolah Berasrama Penuh Integrasi gombak (INTERGOMB). Keputusannya adalah seperti berikut :


PUSINGAN SUKU AKHIR

STAR (Kerajaan) vs INTERGOMB (Pembangkang)
USUL : Pendidikan Percuma Lebih Baik
JURI : 1-0
MARGIN : 1.67
PEMBAHAS TERBAIK : Husna Arbaie (INTERGOMB)
Pemenang : STAR (Kerjaan)

Dengan kemenangan ini, maka STAR telah melangkah kaki ke separuh akhir. Dan insyaAllah pada hari esok, STAR bakal bertemu musuh tradisi perbahasan, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Moga Allah permudahkan segala urusan.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

IDC 2012 : RANKING KE-3 DARIPADA 86 BUAH PASUKAN



Hari ke dua Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia (IDC 2012) diteruskan lagi. Kali ini sebanyak dua lagi perlawanan diadakan untuk melengkapkan enam perlawanan dalam pusiangan pertama. Seterusnya semua pasukan yang bertanding akan dirankingkan daripada sejumlah 86 buah sekolah. Alhamdulillah setelah bertanding sebanyak enam kali, STAR berada pada ranking ke-3 keseluruhan. STAR berjaya mencatat kemenangan sebanyak LIMA perlawanan.

1) Pusingan ke lima

STAR (pembangkang) vs SDAR (kerajaan)

Usul : Demi Ekonomi, Dewan ini akan menangguhkan Pelaksanaan Komuniti ASEAN 2015
Margin : 1
Pembahas terbaik : Luqman Sufian (SDAR)
Pemenang : STAR (Pembangkang)


2) Pusingan ke enam

STAR (pembangkang) vs Igop(kerajaan)

Usul : Dewan ini mewajibkan individu 18 tahun ke atas mengundi
Margin : 1
Pembahas terbaik : Muhammad Aiman (Igop)
Pemenang : Igop (Kerajaan)


Dengan berkedudukan ranking ke-3, STAR berjaya mengelakkan dari bertanding pada peringkat "double octo" iaitu pertemuan pasukan yang berada pada ranking ke -9 hingga 24. insyaAllah kami akan mara terus ke peringkat Octo Final.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 Jun 2012

INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2012: KEPUTUSAN HARI PERTAMA


Interschool Debating Championship 2012 kembali lagi. Pertandingan debat sekolah-sekolah Malaysia ini merupakan pertandingan debat paling berprestij di Malaysia apabila menemukan semua jenis aliran sekolah di Malaysia termasuklah Sekolah Berasrma Penuh , Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Agama, Sekolah Harian dan Sekolah Swasta. Kami hadir pada tahun ini untuk menebus kekecewaan tahun 2009 dan 2010 apabila tewas di pentas final kepada SM Islam Hidayah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). 

Alhamdulillah, hari pertama pertandingan telah memperlihatkan kejayaan yang agak baik kerana momentum kejayaan masih dalam genggaman. Kami berjaya mengharungi empat perlawanan pusingan pertama dengan jayanya tanpa tewas.


Menunggu bas untuk di bawa ke tempat pertandingan.


Perbincangan dalam bilik kuarantin. 


Antara aksi sewaktu perlawanan perbahasan.

Keputusan pertandingan melibatkan STAR pada hari pertama.

1. STAR vs Maktab Mahmud 
Usul : Dewan Ini Percaya, Sudah Tiba Masanya PTPTN Dimansuhkan
Pemenang : STAR (Pembangkang)
Pembahas Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)
Margin : 4

2) STAR vs SM Sains Banting
Usul : Dewan Ini Percaya, Program Realiti TV Harus Diberhentikan Serta Merta
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Pembahas Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)
Margin : 3


2) STAR vs Asrama Yayasan Selangor

Usul : Dewan Ini Mencadangkan Penubuhan Sekolah 1Malaysia Demi Perpaduan
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Pembahas Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)
Margin : 3


2) STAR vs Maktab Sains Mara Alor Gajah

Usul : Tidur Sebantal, Mimpi Lain-lain
Pemenang : STAR (Kerajaan)
Pembahas Terbaik : Amirul Rosli (STAR)
Margin : 2



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

11 Jun 2012

HKSBP 2012 : Perjuangan Di Bumi Sendiri

Assalamualaikum ,


Bahas Sesi 1
Usul : Kerjaya Dalam Hiburan Pilihan Kerjaya Remaja
SBP Integrasi Kuantan (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul Ditolak , Ahmad Aiman pembahas terbaik


Bahas Sesi 2
Usul : Penganjuran Sukan Bertaraf Dunia Meningkatkan Ekonomi Negara
SMS Sultan Iskandar (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul ditolak , Uthman pembahas terbaik


Bahas Sesi 3
Usul : Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Semua Sekolah
SMS Setiu (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul ditolak , Amirul Rosli pembahas terbaik


Bahas Pusingan Kedua
Usul : Produk Kesihatan Meningkatkan Kualiti Hidup
SMS Rembau (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul ditolak , Uthman pembahas terbaik


Bahas Suku Akhir
Usul : Pemberian Subsidi Perlu Diteruskan
Sekolah Seri Puteri (Kerajaan) vs STAR (Pembangkang)
Usul diterima , Edda Nadira pembahas terbaik

Perjuangan di bumi sendiri terhenti setakat peringkat suku akhir .
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...