Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

6 Dec 2017

USUL DEBAT BELIA 3.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Disenaraikan usul-usul debat pusingan saringan Pertandingan Debat Belia 3.0 2017.
1. Sudah tiba masanya Malaysia memperkasa NGO Belia
2. Malaysia wajar memperkenalkan mata pelajaran pentadbiran awam
3. Kejayaan TN50- patriotisme belia adalah kuncinya
4. Dewan ini akan memperkenalkan TVET di peringkat pengajian tinggi
5. "You can duit" : belia kita boleh
6. Sudah tiba masanya Malaysia memperkenalkan latihan ketenteraan wajib kepada golongan belia.
7. Bantuan ekonomi belia B40- membunuh dalam merawat
8. Dewan ini akan menetapkan had pendapatan minima untuk perkahwinan
9. Pengekalan warisan kebudayaan Malaysia : belia perlu berubah
10. Program Pembangunan Belia di Malaysia sekadar bertukar menteri
11. Belia kita : biar papa demi bergaya
12. Alam sekitar derita : belia masih terlena
13. Literasi kewangan : belia kita ralit
14. Instafamous : realiti tidak seindah fantasi
15. Belia B40- layunya di tasik madu
16. Budaya mengecam di laman sosial : laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol
17. Dewan ini akan memperketat syarat sewa beli kenderaan
18. Politik populisme : musuh dalam selimut golongan belia
19. Dewan ini percaya Generasi Y belum bersedia memerintah dunia
20 . Dewan ini akan memberikan insentif kepada pasangan kahwin muda
21. Demi menangani isu pengangguran : Tawaran kursus di Institusi pengajian tinggi perlu semakan semula
22. Kabinet perlu dianggotai lebih ramai belia
23. Dewan ini percaya generasi masa kini perlukan paksaan untuk perpaduan
24. Buli siber : penguatkuasaan undang undang perlu perubahan
25. Dewan ini percaya kerajaan perlu lebih serius dalam menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan belia.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PENUTUP CEMERLANG 2017, NAIB JOHAN DEBAT ORATOR MILLENIA

STAR telah menyertai Pertandingan Debat Orator Millenia pada 20-24 Oktober 2017 bertempat di Universiti Putra Malaysia. Pertandingan ini merupakan pertandingan debat yang dianjurkan di bawah Program Jelajah Millennia yang dinaungi oleh Y.A.Bhg Datin Seri Rosmah binti Mansor, Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.  Dalam pertandingan selama empat hari ini, STAR telah menunjukkan prestasi yang baik dan sekali lagi berjaya melayakan diri ke pentas final. Walaupun telah berjuang sehabis baik, trio Budriz Esqandar, Syazran Haikal dan Amirul Syafiq terpaksa akur apabila tewas kepada pendebat dari Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR). Tahniah diucapkan kepada barisan pendebat kerana berjaya merangkul gelaran Naib Johan. Semoga STAR terus cemerlang pada masa akan datang.















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2017

Pertandingan bahas paling berprestij di peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  pada tahun 2017 telah diadakan di SM Sains Banting pada 11-15 Mei 2017. KDBM STAR turun ke bumi Banting untuk menebus kehampaan tahun 2016 apabila terkandas di peringkat separuh akhir dan mengulangi sejarah menjadi johan pada tahun 2011 dan 2015. Alhamdulillah pada peringkat awal, seolah-olah nasib menyebelahi STAR sehingga layak ke peringkat separuh akhir. Di peringkat separuh akhir STAR telah bertemu SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT). Namun, rezeki Allah tidak menybelahi STAR pada kali ini apabila tewas di peringkat separuh akhir dengan keputusan juri 2-3. Apapun sekalung tahniah buat pembahas Ilman, Jufri Firdaus, Budriz Esqandar dan Asraf Nordin atas sumbangan kalian. 











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KDBM STAR TIADA TANDINGAN DI PERAK, JUARAI DEBAT KONVENSYEN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH 2017

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan Debat Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan untuk sekolah-sekolah di Negeri Perak. Pertandingan ini diadakan pada 20-23 Mac 2017 yang mana berobjektifkan melonjakkan kecemarlangan pendidikan Negeri Perak. STAR diwakili Ilman Hakim, Jufri Firdaus , Asyraf Nordin dan Budriz Esqandar. STAR telah layak ke pertandingan akhir menentang The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)  . Dengan usul “Perak Pertlu Menjadi Hub Pendidikan Malaysia”  Alhamdulillah STAR dinobatkan sebagai juara di Kuala Kangsar. Tahniah kepada semua pendebat.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KDBM STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN DEBAT SEKOLAH MALAYSIA ANJURAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA 2017

Benar kata orang, mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar dari mempertahankannya. Berbekalkan status sebagai juara bertahan Pertandingan Debat Sekolah Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Trio Budriz Esqandar, Syazran Haikal dan Amirul Syafiq dibimbing oleh Encik Shahnun turun ke Taman Ilmu dan Budi, UIAM Gombak untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2016.  Walaupun baru digandingkan selepas berakhirnya Piala Perdana Menteri, ternyata gandingan ini Berjaya memukau juri hingga layak ke pentas akhjir. Alhamdulillah, STAR akhirnya dinobatkan sebagi juara menewaskan Sekolah Menengah Agama Batu Hulu Langat (SAMTEN). Apa yang lebih manis, Budriz Esqandar dipilih sebagai pembahas terbaik final.


       





   

                                                                      
                            



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...