Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

24 Oct 2012

SALAM AIDILADHA DARI KDBM STAR

Selamat Menyambut Hari raya Ailadha untuk seluruh muslimin dan muslimat di malaysia dan di dunia.


PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
 

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

22 Oct 2012

SENARAI USUL PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK KALI KE-3, 2012


SENARAI USUL 
PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK KALI KE-3, 2012


EKONOMI

1.       Liberalisasi Ekonomi duri dalam daging buat Malaysia
2.       Agenda Negara BerpendapatanTtinggi bakal dicapai Malaysia
3.       Demi melestarikan ekonomi Negara, kita wajar menetapkan gaji minimum terhadap semua pekerja
4.       Dewan ini yakin pemberian  insentif tunai berkesan
5.       FDI: Musuh dalam Selimut
6.       Keranamu Myanmar, ASEAN lebih bermakna
7.       Brain Drain: Malaysia perlu berkeras
8.       TERAJU: Bukti keadilan Malaysia

POLITIK

1.       Green Party jawapan kepada masalah perpaduan Negara
2.       Parti berasaskan kaum sudah tidak releven dalam mencapai aspirasi 1 Malaysia
3.       Dewan ini mencadangkan Malaysia menjadi Negara Kebajikan
4.       Revolusi Arab lambang demokrasi dunia
5.       Dewan ini akan mengutamakan pembangunan kemanusian berbanding pembangunan fizikal
6.       Pakatan Rakyat, retak menanti belah
7.       Demonstrasi  cermin kepada kesederhanaan
8.       Dewan ini mencadangkan hukuman gantung kepada pesalah rasuah
9.       PBB perlukan majlis kesederhanaan

HUMOR
1.       Ratu cantik satu eksploitasi
2.       Semut sudah setanding gajah
3.       Lelaki berpayung tidak sasa
4.       Hijau mudah menjadi merah
5.       Air sudah tidak jernih

PENDIDIKAN DAN PERPADUAN
1.       Identiti kenegerian menghakis perpaduan rakyat
2.       Kita semakin erat
3.       Media alternatif perosak perpaduan
4.       Pemberian kuasa autonomi perlu diperluaskan kepada semua IPTA
5.       Pentaksiran Berasaskan Sekolah wajar dihentikan
6.       Dewan ini membenarkan mahasiswa bebas berpolitik
7.       Masalah disiplin pelajar : Salah pelajar
8.       Dewan ini menyokong pemansuhan peperiksaan awam
9.       Integriti akademik mahasiswa belum subur
10.   Demi perpaduan : Sekolah Vernakular perlu dihapuskan
11.   Pendidikan bertaraf dunia kita semakin hampir

ALAM SEKITAR
1.       Teknologi hijau menjamin kelestarian dunia
2.       Minggu tanpa plastik jawapan kepada masalah pencemaran alam
3.       Malaysia memerlukan tenaga nuklear
4.       Earth Hour : Kita tiada kesedaran
5.       Masalah Alam Sekitar: Salah sistem pendidikan 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

13 Oct 2012

MAKLUMAT PERTANDINGAN DEBAT PIALA TUN RAZAK, SDAR


Maklumat Pertandingan


Tarikh : 30 Oktober - 1 November  2012

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Tempat : Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
                 71450 Sungai Gadut, Seremban.




Debat Ala Parlimen

1. Pertandingan ini merupakan Debat Ala Parlimen kategori Bahasa Melayu sahaja.


2. Setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta (3 peserta utama & seorang simpanan).


3. Pertandingan akan dijalankan berdasarkan format Debat Ala Parlimen yang mengaplikasikan sistem 'power match' berkumpulan.

4. Melalui sistem ini, setiap pasukan akan berdebat sekurang-kurangnya 5 kali dalam pusingan awal.

5. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diadakan secara menang-mara.


Penyertaan


1. Bagi kategori Debat Ala Parlimen, setiap sekolahdibenarkan untuk menghantar satu pasukan sahaja.


2. Peserta hanya boleh terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja (pasukan pelapis)


3. Pihak sekolah diminta untuk mengesahkan penyertaan dengan mengfakskan borang penyertaan kepada pihak penganjur sebelum atau pada 18 Oktober 2012  (Khamis)


Yuran


1. Yuran penyertaan untuk pertandingan ini adalah RM250.00 bagi setiap pasukan.


2. Bagi guru pengiring, RM50.00 dikenakan untuk setiap guru.


3. Yuran ini termasuklah bayaran penginapan dan makanan sepanjang tempoh pertandingan.

5. Pembayaran dibuat pada hari pendaftaran secara tunai kepada urus setia pertandingan ataupun melalui cek atas nama KOPERASI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK BERHAD.


ATUR CARA PERTANDINGAN

Selasa, 30 Oktober 2012

02.00 petang  - 6.00 petang    : Pendaftaran / Check-In
06.00 petang  - 8.00 malam    : Makan malam/ solat maghrib
08.15 malam   - 8.45 malam     : Briefing
09.00 malam   - 11.00 malam : Pusingan pertama
11.00 malam   - 11.15 malam   : Supper dan Solat Isyak
11.30 malam   - 12.30 malam  : Balik ke asrama dan rehat

Rabu, 31 September 2012

07.00 pagi - 8.00 pagi            : Sarapan pagi
08.15 pagi - 10.15 pagi           : Pusingan ke-2
10.30am - 12.30 tengah hari : Pusingan ke - 3
12.30pm - 01.45 petang         : Makan Tengah Hari & Solat Zohor
1.45 petang - 3.45 petang      : Pusingan 4
03.45 petang - 04.30 petang : Minum Petang 
04.45 petang - 06.45 petang  : Debat Pusingan 5 (silent round)
06.45 petang - 08.15 malam : Makan malam dan solat maghrib
08.30 malam - 11.00 malam : Pengumuman keputusan psuingan ke -5 dan 
                                                      Debat Suku Akhir (silent round)
11.00 malam - 11.30 malam : Supper dan Solat Isyak


Khamis, 1 November  2012

07.15 pagi  - 8.15 pagi         : Sarapan
08.15 pagi  - 8.30 pagi        : Pengumuman keputusan suku akhir

08.30 pagi - 10.30 pagi      : Separuh akhir (keputusan di sidang)

12.00 tengah hari                : Release motion (pasukan final) 1 jam
                                                 Final (Dewan Tun Abdul Razak)
                                                 Majlis Perasmian Penutupan
02.15 ptg - 02.45 ptg          : Makan Tengah Hari & Solat Zohor

02.45 ptg - 06.00 ptg        : Perjalanan balik







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

11 Oct 2012

UIAM, UiTM JOHAN DEBAT PIALA PERDANA MENTERI 2012







Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) di sini semalam.
UIAM menjuarai kategori Bahasa Melayu sementara UiTM pula dalam kategori Bahasa Inggeris.
Pendebat UIAM yang bertindak sebagai pembangkang dibarisi oleh Abdul Muiz Mustafa, Fawza Sabila Fauzi, Muhamad Khairulanam Zulkeply dan Zulaikha Aini Mohamed Khair Johari berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Hadiah yang sama turut diterima oleh pendebat UiTM yang diwakili oleh Maizura Mokhsein, Mohd. Syafiq Ahmed Bazari, Noor Atiqah Mohd. Zaki dan Mohd. Mifzal Mohd. Murshidi Kieron.
Naib juara kategori Bahasa Melayu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIAM bagi kategori Bahasa Inggeris.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan dan sijil penyertaan.
Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat terbaik bagi kategori Bahasa Melayu dirangkul oleh Abdul Muiz manakala Maizura Mokhsein muncul pendebat terbaik kategori Bahasa Inggeris.
Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala individu.
Menurut Abdul Muiz, 21, kejayaan yang diperoleh itu berkat usaha gigih mereka selama dua minggu sebelum menghadapi pusingan akhir itu.
"Kejayaan ini juga didorong oleh kerjasama sebagai satu pasukan," ujar pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM itu.
Pertandingan akhir anjuran Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan akhir itu me nyaksikan perdebatan UIAM dan UKM mengenai usul yang bertajuk 'Dewan ini percaya bahawa tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis penutup pertandingan debat itu berkata, suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.
Beliau berkata, pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza daripada kerajaan," katanya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

9 Oct 2012

DEBAT PIALA PERDANA MENTERI ANTARA IPT 2012



KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) bakal menjadi `medan pertempuran’ sengit wakil institusi pengajian tinggi (IPT) yang layak ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri 2012 pada 10 Oktober ini.
UM melalui satu kenyataan media memberitahu, pertandingan debat itu memasuki siri ke-2 selepas ia diadakan kali pertama pada tahun lalu dan Debat Piala Perdana Menteri 2012 berlangsung sejak 6 Oktober lalu.
“Pada tahun lalu debat dimenangi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi kategori Bahasa Melayu dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kategori Bahasa Inggeris.
“Tahun ini sekali lagi kita akan menyaksikan persaingan sengit beberapa IPT yang akan memasuki peringkat akhir bagi Debat Piala Perdana Menteri 2012,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Debat Piala Perdana Menteri 2012 merupakan landasan pelajar IPT mengemukakan idea dan pandangan bernas mereka kepada kerajaan secara terbuka.
Kata kenyataan itu, antara dasar-dasar yang dianalisa oleh para pendebat termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan isu-isu melibatkan kesederhanaan serta Model Baru Ekonomi (MBE). – mynewshub.my





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Oct 2012

SELAMAT BERJUANG DALAM PMR 2012


KDBM STAR Ipoh mengucapkan selamat berjuang buat para pendebat Tingkatan TIGA yang akan mula menduduki peperiksaan PMR pada 9 Oktober 2012. Semoga perjuangan kalian akan diberkati Allah Subhanahuwataala dan dibukakan pintu hati untuk menjawab peperiksaan dengan sebaiknya. Perancangan manusia hebat, namun perancangan Allah lagi hebat. 

MUHAIMIN MOHAMMAD
SYAFIQ JEBAT
MEOR ARIF
ADIB FARAZI
ARIFF KAMAL


Ahli KDBM mendoakan kalian berlima dan semua calon PMR berjaya mencapai keputusan 8A, InsyaAllah. KDBM sentiasa cemerlang dulu, kini dan selamanya.

Hebat berdebat ! Hebat akademik !






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...