Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam 1 malaysia.
Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957,
turunnya bendera Union Jack diiringi dengan laungan “Merdeka!!!
Merdeka!!!Merdeka!!!” oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat
Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh
dalam sanubari setiap rakyat Tanah Melayu. . Sedarkah kita,
sehingga detik berharga ini, selepas 55 tahun yang bersejarah, kita masih dapat mengecapi nikmat kebebasan
yang telah diperjuangkan oleh perwira2 negara?
Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara peneraju majlis, kombinasi panel kehakiman berintelektual dan
berintegriti, dif-dif kehormat yang disanjungi, seterusnya, hadirin hadirat
yang saya hormati.
Hadirnya saya disini bukanlah untuk menyampaikan amanat Merong Mahawangsa,
bukan juga untuk melemparkan kata-kata
dusta, akan tetapi, hadirnya saya disini untuk menyampaikan mauduk
bicara yang berbunyi 55 Tahun Merdeka : Bangsa Malaysia Terus Perkasa.
Putra-putri anak merdeka,
Frasa Bangsa
Malaysia merujuk kepada penyatuan kaum-kaum yang ada di Malaysia seperti
Melayu, Cina dan India, manakala Terus Perkasa saya takrifkan sebagai kejayaan
dan kemampuan dalam mendepani cabaran sepanjang 55 tahun kita merdeka dari
aspek politik, ekonomi dan sosial. Secara tuntasnya, pidato saya pada hari ini
akan melihatkan pencapaian Bangsa Malaysia dalam pelbagai bidang dan
kejayaan-kejayaan ini terus diperkasakan dari dulu, kini dan selamanya. Hadirin sekalin marilah sama-sama kita hayati
pidato saya melalui empat fokus bicara yang berbeza.
Putera-Puteri
anak pertiwi,
Pertama, Ilmu
diperkasa, mentaliti diperkaya. Menurut Nelson Mandela, Mantan
Presiden Afrika Selatan, ilmu merupakan senjata paling berkuasa untuk mengubah
dunia. Senjata yang boleh
mengubah perspektif manusia dan membuka
mata dunia. Misalnya, perkembangan dan pembudayan ilmu telah berlaku secara intensif
di malaysia. Jika dahulu kebanyakan masyarakat Tanah Melayu buta huruf namun, pada
hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia sehingga mampu
mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan. Semua anak-anak kecil diberikan peluang sama
rata untuk belajar. Dari lahirnya Penyata Razak 1956 yang memungkinkan
masyarakat kita diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahun, sehinggalah
kepada dasar-dasar yang digubal dewasa kini bagi melahirkan Bangsa Malaysia
yang cintakan pengetahuan serta memugar ilmu. Sekolah-sekolah di seluruh
negara terus bertambah bagi memberikan peluang semaksimum mungin untuk
anak-anak Bangsa Malaysia mendapat pendidikan yang sebaiknya. Hari ini kita berbangga apabila kita berjaya
melahirkan ramai ilmuan dan cendikiawan negara. Mentaliti bangsa kita semakin
meningkat hari demi hari, semuanya kerana nilai ilmu yang diangkat ke tahap
yang lebih tinggi.
Kedua,
ekonomi dijana, rakyat sejahtera. Sehingga detik ini, bangsa malaysia terus memacu
ekonomi malaysia dengan jayanya. Strategi ekonomi yang mantap telah direncana
semata-mata untuk kesejahteraan bersama. Empat tonggak transformasi ekonomi
telah dirangka, khas untuk pembangunan negara yang tercinta. Koridor
pertumbuhan ekonomi telah dibina, tidak lain tidak bukan untuk menjadi pemangkin
kepada ekonomi negara. Sedarkah anda, sejak dari penubuhan Malaysia pada tahun
1963, pelbagai inisiatif telah dijalankan.dasar ekonomi baru, model baru
ekonomi,program transformasi ekonomi dan berbagai-bagai lagi inisiatif telah
dijalankan. Kita telah berusaha menaikkan taraf ekonomi rakyat. Kita telah
berusaha untuk menaikkan gaji bangsa sejagat. Masalah ekonomi negara kita ubat.
Masalah korupsi, cuba kita sekat. Hasilnya, menurut Buku Tahunan Daya Saing
Dunia 2010, yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Dunia,
Malaysia telah menempah tempat ke 10 dalam negara paling kompetetif dunia.
Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2010 juga, ekonomi malaysia telah berkembang
sebanyak 7.2 peratus dan kita mempunyai kadar integrasi global yang sangat
tinggi. Krisis kewangan pada akhir tahun 90-an dan tahun 2008 dapat kita
tangani. Kadar keluaran dalam negara kasar kita telah mencapai tahap tertinggi.
Sekarang, kita menuju kepada negara berpendapatan tinggi. Lihat, hasil usaha
sama seluruh bangsa malaysia tak kira dari melaka, bintulu nun jauh di sana,
masih menyumbang bakti kepada pembangunan ekonomi negara.
Hadirin Hadirat sekalian,
Ketiga, rakyat bersatu, perpaduan
terbina. Tun Dr mahathir Mohamad pernah berkata, Manusia yang lemah
sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya
perpaduan. Pada setiap hari, kita tidak akan pernah lekang daripada disemai
bibit-bibit perpaduan dalam lubuk hati kita. Gagasan 1 Malaysia, yang
menekankan elemen perpaduan, telah diperkenalkan dan menjadi buat mulut seluruh
rakyat Malaysia. Kini, sekalian rakyat mempunyai satu haluan, satu tujuan.
Perpaduan telah disemai subur sejak
dahulu lagi melalui sistem pendidikan kebangsaan yang telah diusulkan dalam
Laporan Razak. Bahasa Malaysia telah
menjadi bahasa penghantar utama dalam pembelajaran. Kerajaan sedar, untuk
menyemai perpaduan, kita perlu menyemai dari kecil, bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Tidak cukup dengan itu, dari aspek
politik,parti-parti politik yang dahulunya
memperjuangkan semangat perkauman sahaja telah bergabung untuk menjadi satu
parti gabungan yang memperjuangkan semangat kenegaraan atau nasionalisme. Inilah
sebenarnya perpaduan yang ingin kita
bentuk agar bangsa malaysia akan terus perkasa dan disegani dunia.
Warga dewan
yang budiman,
Ke empat,
pencapaian hebat, nama malaysia terpahat. Hari ini, Bangsa malaysia telah
melahirkan ramai insan-insan hebat yang telah mengharumkan mana Malaysia di
persada jaya. Dari ketokohan Tun Dr Mahathir Mohammad memimpin negara,
kehebatan Dato Dr Muzhafar Shah menjeki anagkasa sehinggalah kemampuan Dato Lee
Chong Wei dan Pandalela Rinong untuk meraih pingat Olimpik, kita tidak pernah
ketandusan nama-nama terbilang. Semuanya bertolak dari kehebatan, semangat dan
keinginan untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Usaha yang bukan
sedikit dari mereka , perlu dijadikan panduan dan tauladan. Kemmapuan Bangsa
Malaysia dalam berdiri sama tinggi, duduk nampak sama rendah bersama
bangsa-bangsa lain di dunia harus kita banggakan. 55 tahun bangsa kita terus
hebat.
Anak-anak
bangsaku,
Saya dapat
menyimpulkan bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.
Nilai-nilai keperkasaan dan kegemilangan masih utuh mendasari bangsa Malaysia.
Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kita kibarkan potret kegemilangan Malaysia
selagi hayat dikandung badan. Sekian, Salam Bangsa Malaysia Perkasa,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Disediakan oleh : SHAHNUN ABDUL GHANI DAN KHAIRUL HAFIZ KHAIRUL ANNUR
Disampaikan oleh : KHAIRUL HAFIZ KHAIRUL ANNUR (Tempat ke-3 Pertandingan Pidato Yayasan Selangor Kali Ke-6, 2012)
26 comments :
salam. saya perlu berpidato. tajuknya , pengisytiharaan hari kemerdekaan malaysia. saya kurang jelas dengan tajuk ini. bagaimana dan jenis isi apakah yang perlu saya cari?
p/s: saya tiada sebarang pengalaman dalam berpidato ataupun bahas. mohon bantu. sekian, terima kasih :)
salam sejahtera . saya memohon keizinan untuk mengunakan teks pidato ini sepenuhnya .
Salam saya tak lama lagi akan ada pertandingan pidato. Boleh ke kalau saya guna teks di atas?
Assalam, izinkan saya menggunakan teks pidato ini sepenuhnya. Terima kasih.
Izinkan saya menggunakan teks pidato saudara untuk memupuk minat berpidato dalam kalangan murid-murid saya.Terima kasih atas usaha saudara dan semoga usaha saudara sentiasa diberkati Allah.
Assalammualaikum, izinkan saya menggunakan teks pidato ini utk persembahan sekolah.
Terima kasih
Assalamualaikum , izinkan saya menggunakan teks pidato ini untuk pertandingan minggu bahasa. Terima kasih .
Izin kan saya merujuk pidato ni ya, cikgu
Assalamualaikum,izinkan saya menggunakan teks pidato ni sepenuhnya utk pidato minggu kemerdekaan. terima kasih
salam . izinkan saya menggunakan teks ucapan ini untuk berucap sempena bicara merdeka anjuran universiti saya . terima kasih .
assalamualaikum minta izin untuk menggunakan teks pidato ini sepenuhnya sempena bicara merdeka di kolej saya
sebuah pidato yang sangat hebat dan saya kira bakal membuat penonton fokus
Assalamualaikum izinkan menggunakan sepenuh tekz ini
Assalamualaikum
Meminta keizinan untuk mengguna pakai pidato di atas s terima kasih 😍
saya juga seperti mereka di atas, terima kasih dan assalamualaikum
Assalam. Mohon utk menggunakan teks pidato ini untuk tujuan kokum di sekolah. Terima kasih.
assalamualaikum. saya meminta keizinan untuk menggunakan teks pidato ini dan mengubahkan sedikit teks ini dengan tujuan pertandingan pidato sekolah saya. terima kasih.
Assalamualaikum. Minta keizinan menggunakan teks pidato di atas. Terima kasih💐
Assalamualaikum. Minta keizinan menggunakan teks pidato di atas. Terima kasih
Minta izin untuk guna teks pidato ini
Minta keizinan menggunakan teks pidato ini. Terima kasih
Assalamualaikum. Minta keizinan menggunakan teks pidato ini dan mengubah sedikit untuk pertandingan di sekolah. Terima kasih buat saudara dan semoga terus maju jaya.
ASSALAM IZINKN SAYA MENGGUNAKAN TEKS PIDATO INI YEE
Izinkan saya menggunakan teks pidato ini. Terima kasih, banyak2.
mohon izin guna teks pidato ya
mohon izin gn teks ini sepenuhnya
Post a Comment