Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

24 May 2012

MULAKAN LANGKAHMU
SECEBIS INGATAN BUAT KALIAN
HARI KECEMERLANGAN SBP KALI KE-39 2012




1. BETULKAN NIAT
2. MAJUKAN TEKAD
3. AZAM DISEMAT
4. JANGAN GENTAR SENTIASA
5. TERUSKAN BERUSAHA
6. KAMI YAKIN ANDA MAMPU LAKUKANNYA

PIALA INI PASTI AKAN TERUS MENETAP DI STAR IPOH, INSYAALLAH




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 May 2012

JELAJAH BAHAS KE ASIS, SMAP KAJANG DAN SEKOLAH SERI PUTERI


Hujung minggu yang memenatkan tapi sangat bermakna. Hujung minggu yang lepas, KDBM STAR  pasukan bahas  Bahasa Inggeris telah bertolak ke ibu kota bagi mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bahas dengan tiga buah sekolah. Kunjungan ini sebagai perlawanan pemanas badan sebelum menghadapi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang akan berlangsung pada 25-29 Mei 2012 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Justeru, sebagai tuan rumah seharusnya kami membuat persediaan yang rapi, apatah lagi pasukan bahas Bahasa Melayu merupakan juara bertahan Piala Perdana Menteri.


Aksi pembahas Bahasa Inggeris sewaktu mennetang Sekolah Menengah Sains  Alam Shah (ASIS). STAR bertindak sebagai kerajaan.


Para pembahas bergambar kenangan di hadapan lencana besar ASIS


Di sebelah petang, kami meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP K), iaitu satu kuasa besar dalam arena perbahasan. Di sini sekali lagi perlawanan persahabatan diadakan, dan Alhamdulillah, ada peningkatan yang ditunjukkan oleh ke dua-dua pasukan.


Kami mengakhiri siri jelajah bahas ke ibu kota dengan mengunjungi pasukan 'wanita' iaitu Sekolah Seri Puteri , Cyberjaya. Walaupun dalam keadaan kepenatan dan keletihan, namun perbahasan tetap berjalan dengan lancar dan sengit.

Alhamdulillah, sempurna juga hasrat untuk memulakan perlawanan pemanas badan dengan beberapa buah sekolah di ibu kota, dan kami sampai semula di Ipoh pada jam 2.00 pagi. Sekalung penghargaan buat guru-guru dan para pelajar ASIS, SMAP KAJANG dan SSP atas layanan dan sambutan yang baik sewaktu kunjungan kami. Kepada para pembahas STAR, semoga lawatan yang singkat ini memberikat seribu pengajaran buat anda. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...