Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

21 Jun 2009

Hari Terakhir di UKM



Kata-kata Umi semalam agak memberi perangsang kepada kami. Kata Umi, beliau tak pernah menang dengan SMAP Kajang dari tugasnya sebagai guru debat di KISAS sampailah beliau berpindah ke STAR. Umi juga pesan, jangan jadikan diri sebagai mangsa lagi kepada mereka.

Pagi yang dijanjikan telah tiba. Usul yang didebatkan ialah "Pelajar Samseng Perlu Dibuang Sekolah". Bertindak sebagai pembangkang, kami sebenarnya agak gentar kerana ada sekolah menyatakan bahawa SMAPK suka bermain selamat. Tetapi, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat kami.

Margin yang telah saya lupa, tetapi dengan juri 3-2, usul telah memihak kepada kami dengan Paman dianugerahkan dengan pendebat terbaik, juri 5-0. Gembira rasanya apabila dapat sekali lagi kami ke pentas juara, tetapi kali ini akan berdebat dengan pasukan yang agak kuat, iaitu SSP sekali lagi.

Usul telah disediakan awal-awal sebenarnya. Tetapi, penentuan kerajaan-pembangkang yang ingin ditentukan dahulu oleh pihak UKM. Kami menjadi kerajaan apabila lambungan syiling memihak kepada kami. Usul yang dibincangkan adalah,"Generasi Muda Kita Tidak Patriotik". Hampir 3 jam sebenarnya masa yang diberikan. Hasil perbincangan bersama Umi, Farid, dan Abang Sallehuddin telah membina 1 konsep yang agak kuat. Kami cuba menambah baik dengan menambah sedikit sebanyak fakta yang agak mudah untuk dicari.

Perdebatan pada petang itu sungguh menyeronokkan apabila Nurrul Syairah, pendebat pertama SSP mula mengusik Acap, yang juga 'rakannya' dengan analogi cinta. Haha. Nak tercabut bulu kaki bila isu itu dibangkitkan. Acap pun apalagi, menyambungnya dan perdebatan diakhiri dengan sesi tuduh-menuduh.

Kami agak gementar kerana merasakan SSP juga ada kes yang agak kuat. Namun, kami hanya menyerahkan segalanya kepada takdir dan reda dengan ketentuanNya. Hasil perdebatan, dengan juri 8-3, margin 2.67, kami telah berjaya akhirnya mengalahkan SSP di pentas final. Namun, Syairah tetap mendapat habuan secukupnya apabila mendapat anugerah pendebat terbaik final.

Jutaan terima kasih kami lafazkan kepada Umi Noridah, Farid, Abdul Hakim(Bapak), akak Nani & akak Alia, pilot kami, Pak Muz, bebudak band yang sanggup menyempit, guru-guru dan seluruh warga STAR yang mendoakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada orang yang banyak membantu kami, Azri dan Qusyai, ibu bapa dan ahli keluarga serta pendebat-pendebat sekolah lain yang memberikan sokongan kepada kami sepanjang waktu kami berdebat sehinggalah ke final. MISI BERJAYA!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Hari Kedua di UKM

Kedatangan Farid pada Jumaat hari itu banyak membantu kami untuk menganalisis konsep sendiri mahupun lawan dengan lebih baik. Pada hari itu, kami telah melakukan sebaik mungkin untuk memasuki pusingan kalah mati. 3 pertemuan dicatatkan dengan kekalahan kepada SSP dan dua kemenangan ke atas AYS dan SDAR. Setelah habis keenam-enam pusingan, pasukan senior(STAR B) telah layak ke pusingan suku akhir manakala pasukan junior(STAR A) hanya berpuas hati dengan 2 kemenangan dan 4 kekalahan sekaligus menamatkan perjuangan mereka.

Apa yang kami harapkan selepas habis pusingan keenam itu cuma untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati, dan kalau boleh, tidak mahu berjumpa SSP pada peringkat awal saingan. Harapan kami berjaya untuk mendapatkan tempat ke-3 iaitu selamat daripada berjumpa SSP pada peringkat awal. Kami telah dijadualkan bertemu MRSM Tun Ghafar Baba yang menduduki tempat ke-6. Agak menakutkan sebenarnya kerana Ahmad Asyraf, pendebat pertama mereka pernah menggondol anugerah pendebat terakhir keseluruhan di UIAM.

Kami berdebat atas usul "Penggunaan Internet Perlukan Kawalan" dengan bertindak sebagai kerajaan. Alhamdulillah, dengan margin 4, juri 3-0, kami berjaya mengalahkan mereka dengan jayanya. Ternyata 'Battle of Asyraf's' telah dimenangi oleh Acap dengan diberikan title pendebat terbaik.

Esok, kami akan bertemu dengan SMAP Kajang yeng telah mengalahkan Ma'ahad Hamidiah di laluan kami. Hanya mengharapkan yang terbaik...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

20 Jun 2009

Hari Pertama di UKM

Hari semalam telah kami lalui dengan beberapa kejayaan. Pasukan senior telah bertemu dengan beberapa pasukan yang tidak kurang hebatnya seperti INTEGOMB(sekali lagi), Ma'ahad Hamidiah dan SMK Seri Serdang. Manakala pasukan junior lebih mencabar, di mana mereka telahpun bertemu dengan SDAR, INTEGOMB dan MRSM KKB. Bagi pasukan senior, 2 kemenangan dan 1 kekalahan dicatatkan manakala pasukan junior dengan 1 kemenangan dan 2 kekalahan.

Dalam pasukan senior, perlawanan pertama menentang INTEGOMB digunakan sepenuhnya untuk membalas dendam yang berkesumat di jiwa. HEHE. Memang puas hati apabila juri mengisytiharkan kemenangan kami dengan margin 7. Tetapi, pendebat terbaikdianugerahkan kepada pendebat kedua INTEGOMB.

Perlawanan kedua pula menemukan kami dengan Ma'ahad Hamidiah yang mana merupakan salah satu pasukan yang tidak kurang hebatnya. Dengan usul Konsep Satu Malaysia Tepat Pada Masanya, kami yang bertindak sebagai kerajaan berjaya memenangi usul dengan margin 4. Saudara Acap dinugerahkan pendebat terbaik perlawanan itu.

Perlawanan ketiga agak memberikan tekanan kepada kami kerana kami berada pada kedudukan rangking pertama selepas perlawanan kedua dijalankan. Kali ini, pertemuan antara kami dengan SMK Seri Serdang yang juga johan negeri Selangor bagi Piala Dato' Shukor sedikit hambar kerana masing2 keletihan disebabkan 3 perlawanan. Yang paling bermasalah ialah Paman yang agak pancit dan gelabah. HEHE. Kesannya, kami tewas kepada mereka dengan kekalahan tipis margin 1 dan Acap sekali lagi diisytihar sebagai pendebat terbaik perlawanan.

Pasukan junior kami juga sebenarnya telah memberikan yang terbaik. Yelah, walaupun mereka baru tingkatan 2, kejayaan untuk berdebat di hadapan manusia2 lain selain kami amat kami respect. Walaupun mereka tewas dalam 2 pusingan awal, mereka bangkit dengan kemenangan pada pusingan 3 dengan menewaskan MRSM KKB dengan margin 7! Yang lagi membanggakan, sifat meng'anjing'kan yang ada pada Amsyar membuatkan dia diiktiraf oleh juri sebagai pendebat terbaik perlawanan. Uthman pula lain ceritanya. Walaupun selepas mendapat tahu neneknya baru sahaja meninggal dunia, dia tabah dan berjay membawa pasukannya untuk memenangi pusingan ketiga itu.

Hari ini, akan ada 3 lagi perlawanan pusingan awal untuk meletakkan STAR A & B berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik. Jika berjaya, kami akan meneruskan perjuangan pada malam ini untuk perlawanan suku akhir. Diharapkan agar impian kami menjadi realiti...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

19 Jun 2009

SEMPIT!!!

Perhatian, teks ini ditulis semasa berada di dalam bas...
__________________________________________________________

Hari yang ditunggu2 dah pun tiba. Hari ini, kami akan ke UKM untuk pertandingan TNCHEPA UKM. Alhamdulillah, dapat juga kami pergi walaupun terpaksa menyempit dalam bas bersama banders STAR yang akan bertanding di Finale Festival Wind Orchestra SBP & Kluster peringkat kebangsaan. Rancangannya, nak biar banders dok kat bas baru. Takpalah, kami sanggup dok bas lama. Tapi...

Apa yang dirancang nampak tidak menjadi sebab bas lama dah dipenuhi alat2 band. Adoi!!! Macam mana nak buat nih... Lama la juga berpikior camne nak menyelit kat bas ni. Nasib baik, ada banders yang ambil berat dan cuba untuk menyelesaikan kekalutan dengan mengarahkan junior2 mereka menaiki bas baru. Alhamdulillah, dapat juga duduk di bas lama ni walaupun keadaannya lebih kurang dengan tongkang. Hehe...

Petang ini akan menjadi permulaan penting bagi kami di mana akan ada 2 wakil STAR yang akan berlawan iaitu pasukan senior(Form 4) dan pasukan junior(Form 2). Hari ini saja, akan ada tiga perlawanan di mana akan menguji stamina dan pemikiran masing2. Di samping itu, Abdul Hakim Maiden pun ikut bersama kerana beliau ingin mengadakan sedikit latihan dan menerima nasihat daripada saudara Farid Al-Azim yang akan turut bersama yang juga pernah menjadi pendebat dan pemidato STAR.

Kami amat berharap agar semua wakil2 STAR yang banyak bertanding pada hujung minggu ini, antaranya, budak2 band, budak2 pantun dan kami. Harapan kepada pasukan memang amat tinggi kerana kami ingin mengembalikan maruah yang tercalar baru2 ini.

Moto pasukan...
HEXA WILL TRANSFORM...
REVENGE OF FALLEN...
Kekekeke...

-paman-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

13 Jun 2009

Debat Piala Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM 2009


Persiapan untuk ke UKM bagaimana???

Persoalan di atas sering ditanya budak2 bahas sekolah lain, mungkin selepas kekalahan di SSP hari tu, ramai yang bertanya, boleh lagi ke STAR ni???

Jawapannya, mestilah boleh!!! Hehe.

Teringat lagi sewaktu hari-hari terakhir menjelang PPM, Acap ada cakap yang dia berasa lebih cenderung untuk bersemangat gila2 di UKM. Mungkin benar kata dia. Terasa macam ada bara yang membakar dalam diri masing2. Yelah, terasa seperti ingin membalas dendam kesumat yang tak terbalas di PPM hari tu. Tapi, ada masalah.

Pertamanya, untuk ke UKM pada hujung minggu ni(19-21 Jun), tiada pengangkutan yang boleh digunakan kerana budak2 band sekolah nak guna untuk ke PICC untuk perlawanan akhir Wind Orchestra SBP dan Kluster. Rezeki diorang kan, dapat la depa ke PICC. Sudahnya, kami takda transport nak ke sana. Adoi...

Kedua, kami sebenarnya boleh ke UKM dengan menaiki kereta2 cikgu2 BM. Tapi, yang menjadi masalahnya apabila cikgu2 BM waktu tu sibuk dengan aktiviti lain. Cikgu Rossaliza akan ke mesyuarat disiplin. Cikgu Asmawati ada drama rasanya. Cikgu Shahnun pula, ada pantun waktu tu. Walaupun Mr. Imanshah ni tak dapat pergi, rasa tak seronok la pulak. Yelah, memang seronok bergurau dengannya. Haha. Tapi, itulah...

Menurut Umi sewaktu di SSP, mungkin kami tak dapat pergi kerana masalah2 ni. Yelah, Umi kata, Umi pun nak berehat. Betul juga kata Umi tu. Memang sedih bila Umi kata begitu. Jadi, kami minta sedikit maklumat (sepanjang cuti 2 minggu) daripada Abang Rizal (coach SMK Seri Serdang) untuk perlawanan di UKM. Abang Rizal ni rapat juga dengan Umi. Dapat la juga meredakan kesedihan apabila Abang Rizal ada menyatakan tentang penyertaan kami di UKM. Dia kata, insyaALLAH dapat pergi. Fuh... Memang gembira bila tahu yang kami dapat juga pergi.

Tapi bagaimana??? Sebenarnya, ada kemungkinan yang kami akan menumpang bas dengan budak2 band pada 19 haribulan untuk ke UKM. Bagi kami, keselesaan tak menjadi masalah sekiranya dapat merasai kepuasan berdebat. Harap2, dapatlah kami ke sana.

Berkaitan dengan perdebatan di UKM, Abang Rizal ada mengatakan bahawa pendebat yang hebat tak kisah untuk berdebat dengan siapa2 pun. Kenyataan tu keluar apabila kami bertanya mengenai jumlah sekolah yang menyertai pertandingan itu dan siapa yang menyertainya. Memang benar nasihat itu, sangat berguna untuk menghilangkan kegugupan semasa berdebat. Tapi, dapat juga kami korek maklumat tu. Dengar cerita, SDAR dan SSP dah confirm masuk. Wah2. Memang meletup. Kata Azri, MCKK pun dah confirm. Hasil risikan yang dilakukan terhadap KP STF, mereka mungkin akan pergi. Kalau sekolah jauh2 pun turut serta, takkan lah SSAS tercicir pulak kan. Jadi, tournament ni akan menjadi tempat perlawanan sekolah2 yang melibatkan SBP elit!!! Wah3. Memang tak sabar ingin berlawan dengan mereka. Sekolah2 biasa, tak pernah kami pandang enteng. Yelah kekalahan kepada SMI Hidayah banyak mengajar kami. Ma'ahad2 dan sekolah2 agama lagilah. Fuh, memang menakutkan.


Kami harap agar kami dapat ke sana walaupun Siraj sudahpun bersara di samping rakan seperjuangan, Azri tak dapat bersama. Pembahas tingkatan 3 juga tak dapat pergi kerana fokus perlu diberi kepada PMR. Doakan kami ya!!! Kekeke...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

11 Jun 2009

Piala Perdana Menteri 2009







Tahun ini, buat kali pertamanya pembahas-pembahas STAR, yang terdiri daripada Mohamad Asyraf b. Che Ibrahim, Muhammad Siraj b. Abdul Aziz, Muhammad Haziq b. Janudin, Muhamad Faizs b. Omar, dan Muhammad Azri b. Kamaruddin mewakili STAR ke Piala Perdana Menteri ke 37 yang berlangsung pada 28 Mei-1 Jun yang diadakan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Grouping kami agak tough. Bersama kami, MCKK dan INTEGOMB. Kami pernah berlawan dengan mereka. Tapi sayang, kesemua perlawanan menentang mereka tidak pernah berpihak kepada kami. Semua dimenangi oleh mereka. INTEGOMB(3 kali lawan). MCKK(1 kali lawan).

Keadaan tersebutlah yang sebenarnya membingungkan kami sebelum berangkat ke SSP. Tapi, kami cuba untuk menyembunyikan perasaan itu dengan melupakan segala kekalahan kami kepada mereka.

Perlawanan kami yang pertama dijadualkan bertemu dengan INTEGOMB. Memang cuwak bertemu mereka sebenarnya. Haha. Tapi kami tetap mencuba untuk melakukan yang terbaik. Bertindak sebagai pembangkang, dengan tajuk "Pemain Import Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara". Sebenarnya, banyak masalah yang kami hadapi pada pagi itu. Bayangkanlah bas ke SSP untuk BM bergerak pada pukul 7.00 pagi, kami dikehendaki untuk mencabut undi pada pukul 7.15 pagi. Alamatnya, kenalah berbahas dengan perut yang kosong. Memang bukan rezeki kami, kami tewas kepada INTEGOMB dengan pembahas terbaik dianugerahkan kepada Paman(Haziq). Walaupun beliau dianugerahkan dengan anugerah itu, tetap wujud kekesalan pada raut wajahnya yang menyatakan bahawa apa yang dikecapinya hanyalah kejayaan individu, sedangkan, apa yang diinginkan mereka ialah kemenangan pasukan.

Kesedihan jelas di raut wajah kesemua budak bahas BM. Harinn dan Farid, marah-marah dengan kekalahan yang dikatakan puncanya berasal dari kami sendiri. Kami sedar akan kesilapan itu, Abg. Hasril, oldboy yang pernah menjulang PPM 1996 memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada kami kerana peluang masih ada. Lagi-lagi, apabila pertemuan kami keesokannya akan bertemu dengaan musuh tradisi, MCKK.

Hari itu, (30 Mei) kami sudah bersedia untuk menewaskan MCKK. Usul pada pagi itu, "Institut Jantung Negara Wajar Diswastakan". Kami sekali lagi bertindak sebagai pembangkang pada pagi itu. Kali ini, kami dah pun bersarapan, bersemangat dan bersedia untuk berhadapan MCKK. Kami berjaya melawan usul dengan agak baik. Itu kata pemerhati. Tapi, rezeki MCKK didahulukan dengan usul pagi itu diterima. Kekalahan mengejut ini, sebenarnya tidak kami jangka. Mungkin, kepakaran bahasa yang ada pada pembahas-pembahas MCKK membuatkan mereka memenangi perlawanan tersebut. Perkara itu terbukti apabila pembahas kedua mereka, Aqwa Alif dianugerahkan sebagai pembahas terbaik.

Peristiwa itu membuatkan harapan Umi Noridah untuk sekali lagi menjulang Piala Perdana Menteri hancur berkecai. Maafkan kami Umi. Siraj lagilah, frust menonggeng. Beliau straight lupakan bahas dan terus pergi support kawannya yang bermain basketball. Argh!!! Memang pilu keadaan tersebut. Buat pertama kalinya selepas Farid dan Harinn menjadi pembahas utama(waktu ni, Syazwan masih jd observer), STAR kalah grouping, dan ini amat menghampakan kami.

Keesokannya, penentuan pasukan untuk berlawan dgn INTER SABER ingin diubah dengan memasukkan Yoq(Faizs). Tetapi, Siraj ingin menghabiskan tahun terakhirnya dengan perlawanan itu. Dia teringin sangat menang untuk perlawanan itu. Tajuk pada pagi itu, berkaitan dengan budaya, kami bertindak sebagai kerajaan. Acap kata, dia ingin sempoi, Paman pun ingin ikut sama. Sudahnya, kami memang sempoi habis, ikut gaya UIA. Haha!!! Memang best. Acap diberi anugerah pembahas terbaik, mungkin kerana kesempoiannya. Yang paling menyengat, Siraj. Dia kata, dia nak perli semua hakim di PPM dengan menjadikan 3 orang hakim pada pagi itu sebagai mangsanya. Memang terasa la jugak hakim2 tu. BAGUS SIRAJ!!! BAGUS!!! Haha!!!

Pasukan yang layak ke final, SMAPK dan SMSS. Di separuh akhir, SMAPK menewaskan SEMASHUR manakala SSP tewas kepada SMSS. Kekalahan SSP memang mengejutkan, tapi kerana usul yang agak berat, memungkinkan kekalahan itu.

Rasanya tak perlu lagi ditulis banyak2. Kami pasti kembali. InsyaALLAH, paling dekat ialah tournament TNCHEPA UKM yg akan berlangsung pada 19 Jun ini. Doakan kami ya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...