Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

22 Feb 2012

UNIVERSITI MALAYA JUARA DEBAT DIRAJA


Pasukan debat Universiti Malaya (UM) membuktikan kejaguhan mereka apabila menjuarai kategori Bahasa Melayu Utama dalam Pertandingan Debat Diraja 2012.

UM yang dibarisi Mohd. Azzairi Roslan, Chan Keng Fai, Mohd. Firdaus Abdullah dan Mohd. Asri Abdul Jani, kesemuanya penuntut jurusan undang-undang menewaskan pasukan tuan rumah, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Budaya, USM di sini malam tadi.

Dalam pertandingan akhir itu, UM yang bertindak sebagai barisan pembangkang dalam debat bertajuk Dewan Ini Mencadangkan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Dipilih Melalui Pilihan Raya turut menyapu gelaran Pendebat Terbaik menerusi pendebat ketiganya, Mohd. Firdaus.

Menurut Mohd. Firdaus, kemenangan tersebut cukup bermakna selepas tiga tahun mereka tidak pernah melepasi peringkat suku akhir.

"Kami terkejut dengan keputusan ini kerana menjangkakan saingan sengit daripada pendebat tuan rumah, namun bersyukur kerana berjaya menyampaikan hujah dengan baik.

"Ini merupakan kali terakhir kami bertanding sebagai rakan sepasukan kerana selepas ini ada yang akan menamatkan pengajian," katanya pada sidang akhbar selepas pertandingan.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Turut hadir Pemangku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM), Prof. Adnan Hussein.

Selaku pendebat terbaik, Mohd. Firdaus menerima hadiah tambahan RM1,500.

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diwakili Mohd. Shafiq Ahmed Bazari, Maizura Mokhsein, Aina Syazwani Salleh dan Esmail Ebrahim Al Mokhtarn turut menyerlah apabila mengungguli kategori Bahasa Inggeris Utama selepas menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mohd. Syafiq turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik.

Mohd. Syafiq berkata, selepas ini mereka akan menumpukan perhatian untuk bersaing dalam pertandingan debat universiti peringkat dunia yang akan berlangsung di Jerman.

"Kami menyasarkan untuk memasuki kelompok 32 pasukan terbaik di Jerman nanti. Sebelum ini pencapaian terbaik kami adalah pada tangga ke-37," katanya.

UiTM turut mencatat kemenangan berganda apabila pendebat mudanya memenangi kategori bahasa Inggeris Muda dengan sekali lagi menewaskan UIAM.

Begitupun, UIAM tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjuarai kategori debat bahasa Arab menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) turut mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kategori Bahasa Melayu Muda.

- Utusan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

7 Feb 2012

KHAIRI JAMALUDDIN VS RAFIZI RAMLI UKEC DEBATE : VISION 2020

UKEC's Projek Amanat Negara (PAN) held on 29 January 2012 featured the first public debate between UMNO Youth Chief, YB Khairy Jamaluddin, and PKR Director of Strategies, Rafizi Ramli. Taking on a Presidential-style format, the session "Public Policy: Vision 2020 -- Is Malaysia Moving Towards the Right Direction?" was civil and diplomatic as the two renowned as passionate voices for their party's causes squared off. They spoke and in several instances agreed on many issues ranging from Vision 2020, party policies, and race relations, to the rights of students to participate in politics, media access and freedom of assembly.


Projek Amanat Negara (PAN) is an annual initiative -- this year in its 9th instalment -- that serves as a platform for intellectual discourse between leading figures of the political, social and economic fields and Malaysian students. Examining various key issues relevant to the governance, development and holistic progress of our country, it has been hugely successful in previous years, even providing the impetus to organise the Malaysian Student Leaders' Summit (MSLS) in Kuala Lumpur annually. This year's conference hosted the likes of Tan Sri Rafidah Aziz, Datin Paduka Marina Mahathir, YB Dr Dzulkefly Ahmad, Pang KheeTeik (Seksualiti Merdeka), Karim Raslan, and Zainah Anwar (co-founder of Sisters in Islam) among several others. SUMBER : HOK SENGOTI




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERTANDINGAN DEBAT KEAMANAN ANTARA IPT ASEAN 2012

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UNPM) akan menganjurkan Pertandingan Debat Keamanan Antara Institusi Pengajian Tinggi Asean 2012 Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
UNPM melalui satu kenyataan memberitahu, pertandingan debat tersebut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Debat Universiti Malaysia dan Kesatuan Debat UNPM.
“Perrtandingan ini dijadual diadakan pada 8 Februari ini. Turut hadir Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Datuk Allatif Mohd. Nor,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pertandingan dijadual berlangsung di Dewan Tun Templer, UPNM di Kem Perdana Sungai Besi di ibu negara bermula pukul 8 hingga 10.30 malam.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...