Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

17 Dec 2013

CABARAN DEBAT MUDA 2121: ADA KISAH INDAH TERTINGGAL DI BUMI TRONOH

Cabaran Debat Muda untuk Alaf 21 (CDM2121) merupakan satu pertandingan debat untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berusia 21 tahun dan ke bawah. Menyedari betapa perlunya STAR untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi, maka KDBM STAR mengorak langkah buat pertama kalinya menyertai CDM2121 bagi edisi ke-2 tahun 2013. Penyertaan KDBM STAR merupakan usaha untuk menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman bersaing bersama-sama para pendebat universiti. 

Cabaran CDM2121 tahun ini disertai oleh 30 pasukan termasuklah dari empat buah sekolah iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR),  Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR),  Sekolah Seri Puteri(SSP), dan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara IPT yang mengambil bahagian ialah UIAM, Asasi UIAM, UPNM, UM, UTP, UTM dan UiTM. manakala pasukan jemputan dari Persatuan persuratan melayu Singapura (4PM).


STAR diwakili oleh Ahmad Aiman, Muhaimin, Syafiq Jebat dan Afif Nazhan.

Berikut kami paparkan keputusan perlawanan yang melibatkan STAR di peringkat pusingan awal (ENAM perlawanan) .

Pusingan Pertama

USUL : Teknologi Pencegahan Jenayah di Malaysia, Masih Lemah
STAR (kerajaan) menentang Asasi UIAM A (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Syafiq Jebat (STAR)

Pusingan Ke-dua

USUL : Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara
STAR (kerajaan) menentang UiTM E (pembangkang)
Pemenang : UiTM E
Margin : 2
Pendebat  Terbaik : Muhammad Aiman (UiTM E)

Pusingan ke-3

USUL : Industri Hiburan Tanah Air Gagal Memartabatkan Budaya dan Warisan Tempatan
UIAM C (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 5
Pendebat Terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Pusingan ke-4

USUL : Kita Perlu Mencontohi Kongres Diaspora
Asasi UIAM A  (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 1.33
Pendebat  Terbaik : Muhaimin (STAR)

Pusingan ke-5

USUL : Demi Alam Sekitar, Dewan Ini Lebih Percaya Kepada Teknologi Hijau Berbanding Pemantapan Kesedaran
UiTM E (Kerajaan) menentang STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2
Pendebat terbaik : Muhammad Syafiq (STAR)

Pusingan ke-6

USUL : Pewartaan Tapak Warisan Dunia Lambang Komitmen Kepada Khazanah Negara
STAR (Kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Margin : 1.67
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)


Perlawanan menentang UIAM C.


Alhamdulillah, dari sekadar hadir ke UTP untuk menimba pengalaman dan ilmu perdebatan bersama-sama para pendebat IPT, Allah memberi laluan yang mudah dan rezeki yang murah kepada pasukan kami apabila memenangi 4 perlawanan di peringkat pusingan awal. Secara ke seluruhannya STAR berada di kedudukan ke-4 daripada 30 pasukan yang bertanding.

STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan diundi menentang pasukan UIAM B. berikut merupakan keputusan peringkat suku akhir. 

Pusingan Suku Akhir

USUL : UNESCO Masih Releven Dalam Penjagaan Warisan Dunia
UIAM B (Kerajaan) menentang STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Margin : 2.55
juri : 3-0
Pendebat terbaik : Ahmad Aiman (STAR)

Dengan ini STAR berjaya melangkah ke separuh akhir, satu peringkat yang tidak pernah terduga kerana kami terpaksa bersaing dengan pembahas-pembahas universiti. Di peringkat separuh akhir, STAR sekali lagi diundi bertemu UiTM C, pasukan yang menewaskan STAR pada pusingan ke-5 dan merupakan juara liga pusingan awal.

Pusingan Separuh Akhir

USUL : Dewan Ini Menyokong Mekanisme Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS)  Demi Mengawal Pemanasan Global

STAR (kerajaan) v UiTM C (Pembangkang)
Pemenang : UiTM C
Juri : 4-1
Margin 1.67
Pendebat Terbaik : Haziq Jamaludin(UiTM C)

Dengan ini maka, tamatlah perjuangan STAR dalam CDM212 bagi tahun 2013. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dipelajari dalam tempoh empat hari berkampung di bumi Tronoh. Semoga kejayaan ini membuka jalan yang lebih luas kepada kejayaan seterusnya.


Selamat tinggal UTP ! Selamat tinggal CDM2121. Ada kisah indah tertinggal di sini.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

12 Dec 2013

USUL CABARAN DEBAT MUDA 2121 TAHUN 2013


Berikut merupakan usul Debat bagi Pertandingan Cabaran Debat Muda 2121, universiti Teknologi Petronas bagi tahun 2013.

Pusingan Pertama
Teknologi Pencegahan Jenayah di Malaysia, Masih Lemah

Pusingan Ke-dua
Pembangunan bandar Menjejaskan Warisan Negara

Pusingan ke-3
Industri hiburan tanah Air Gagal Memartabatkan budaya dan Warisan Tempatan

Pusingan ke-4
Kita Perlu Mencontohi Kongres Diaspora

Pusingan ke-5
Demi Alam Sekitar, Dewan Ini Lebih Percaya Kepada Teknologi Hijau Berbanding Pemantapan Kesedaran

Pusingan ke-6
Pewartaan Tapak Warisan Dunia Lambang Komitmen Kepada Khazanah Negara

Pusingan Suku Akhir
UNESCO Masih Releven Dalam Penjagaan Warisan Dunia

Pusingan Separuh Akhir
Dewan Ini Menyokong Carbon Capture Storage (CCS) Demi Mengawal Pemanasan Global

Usul Pusingan Akhir akan dikeluarkan oleh penganjur sebelum pertandingan akhir.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

10 Dec 2013

PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2014

Program : Pertandingan Debat Junior SEHEBAT 2014
Tarikh : 4 - 6 April 2014 (Jumaat, Sabtu & Ahad) 
Lokasi : SM Sains Batu Pahat, KM8 Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor 

Jumlah Peserta : 4 orang pembahas & seorang guru/pengiring setiap pasukan/sekolah
Yuran Penyertaan : RM 250.00 sepasukan 
Kod Program : 007
(Kod program perlu dimasukkan ke dalam borang penyertaan bagi melengkapkan proses pendaftaran pasukan anda.)

Maklumat Penyertaan

1. Penyertaan terbuka kepada 15 buah pasukan bahas sekolah dari seluruh negara yang terawal mendaftar secara atas talian menerusi borang penyertaan yang dipaparkan di bawah sahaja.

2. Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pembahas (pelajar Tingkatan 1 & 2 sesi persekolahan 2014 sahaja) dan seorang guru pengiring.

3. Yuran penyertaan setiap pasukan adalah RM 250.00 (Dua Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja). Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan bahas Bahasa Melayusahaja. Permohonan untuk menghantar pasukan kedua atau individu tambahan (pelajar/guru/pemandu) akan dipertimbangkan atas budi bicara dan keizinan pihak penganjur.

4. Penginapan, makan-minum sepanjang program, sijil penyertaan dan segala kemudahan yang difikirkan perlu akan disediakan oleh pihak penganjur. Namun begitu, pengangkutan dari sekolah masing-masing ke lokasi program (SM Sains Batu Pahat) adalah atas tanggungjawab sekolah masing-masing.

5. Format pertandingan adalah berdasarkan format bahas ala Parlimen sepertimana amalan HKSBP dan KPM mengikut sistem liga berkumpulan (bagi pusingan awal). Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara sistem menang-mara.

6. Senarai usul berdasarkan tema 'KELESTARIAN SENI DAN BUDAYA BANGSA' akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh pertandingan. Peranan kerajaan/pembangkang akan ditentukan menerusi undian sebelum sesi kuarantin 30 minit bermula.

7. Maklumat berkenaan syarat-syarat pertandingan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi paparan blog ini. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keizinan jawatankuasa teknikal penghakiman dan pertandingan.

8. Surat jemputan akan hanya dihantar kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar secara atas talian (online registration) menerusi borang penyertaan yang dipaparkan di bawah. Sila masukkan kod program 007 jika membuat pendaftaran bagi pertandingan ini.

9. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Isnin, 3 Mac 2014.


 TENTATIF PROGRAM

Jumaat, 4 April 2014
4:00 petang – 6.00 petang
Sesi Pendaftaran Pasukan
Daftar Masuk Penginapan
7.00 malam – 8.00 malam
Makan Malam
8.30 malam – 10.00 malam
Sesi Taklimat Pertandingan
Undian Kumpulan
10.00 malam – 10.30 malam
Minum Malam

Sabtu, 5 April 2014
7.30 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 8.30 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
8.30 pagi – 9.00 pagi
Sesi Kuarantin
9.00 pagi – 10.30 pagi
Pusingan Awal 1
10.30 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 11.30 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
11.30 pagi – 12.00 tengah hari
Sesi Kuarantin
12.00 tengah hari – 1.30 petang
Pusingan Awal 2
1.30 petang – 2.30 petang
Rehat/Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.30 petang – 3.00 petang
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
3.00 petang – 3.30 petang
Sesi Kuarantin
3.30 petang – 5.00 petang
Pusingan Awal 3
5.00 petang – 5.30 petang
Minum Petang
7.00 malam – 8.00 malam
Makan Malam
8.00 malam – 8.30 malam
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
8.30 malam – 9.00 malam
Sesi Kuarantin
9.00 malam – 10.30 malam
Pusingan Suku Akhir
10.30 malam – 11.00 malam
Minum Malam

Ahad, 6 April 2014
7.30 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 8.15 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
8.15 pagi – 8.45 pagi
Sesi Kuarantin
8.45 pagi – 10.15 pagi
Pusingan Separuh Akhir
10.15 pagi – 10.45 pagi
Minum Pagi
10.45 pagi – 11.00 pagi
Sesi Taklimat & Pengumuman Usul
11.00 pagi – 11.30 pagi
Sesi Kuarantin
11.30 pagi – 1.00 petang
Pertandingan Akhir
1.00 petang – 2.00 petang
Majlis Perasmian Penutup
2.00 petang – 2.30 petang
Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.30 petang
Bersurai

10. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah diajukan kepada penama berikut:

Nama : En. Harmi bin Mohammad Jamil
Talian : 012 215 4945 (sms amat digalakkan)
Emel : mjharmi@yahoo.com

Harap maklum. Terima kasih. 


Sumber : http://belajardebat.blogspot.com





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERANCANGAN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM 2014 OLEH KONSULTAN MiG-ADCE

Berikut dipaparkan aktiviti dan program yang telah dirancang dan boleh disertai oleh para peminat setia dunia pengucapan awam, sama ada dalam kalangan pelajar sekolah/IPT serta para guru sekalian:

Pertandingan Debat 10 Penjuru MRSM Tun Ghafar Baba
Sabtu - Ahad, 8 Februari - 9 Februari
MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah terpilih sekitar Melaka sahaja.

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Sembilan
Sabtu, 15 Februari
Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan, Kuala Pilah
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan.

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Negeri Perak
Sabtu, 22 Februari
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Ulu Kinta, Perak
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Perak.

Bengkel Bahas & Pidato Sekolah-Sekolah Daerah Kota Belud
Sabtu, 1 Mac
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud, Sabah
Terbuka kepada sekolah rendah & menengah sekitar Kota Belud.

Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor
Sabtu, 8 Mac
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Cheras
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Bengkel Bahas & Pidato Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan
Sabtu, 15 Mac
Pusat Sumber BTPN Wilayah Persekutuan Labuan
Terbuka kepada sekolah rendah & menengah sekitar Labuan.

Pertandingan Debat Junior SEHEBAT
Sabtu - Ahad, 5 April - 6 April
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor
Terbuka kepada para pelajar menengah rendah (Tingkatan 1 & 2) sahaja.

Pertandingan Debat Persahabatan ADCE-MiG
Jumaat - Ahad, 2 Mei - 4 Mei
Lokasi pertandingan akan dimaklumkan kemudian.
Terbuka kepada sekolah menengah (terutamanya sebagai persediaan menghadapi HKSBP SESMA 2014) dan IPG.

Pertandingan Debat Piala Koperasi SMKSS (DEKO VI)
Jumaat - Ahad, 20 Jun - 22 Jun 
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Selangor
Terbuka kepada para pelajar menengah rendah dari sekolah-sekolah menengah seluruh negara. 

Pertandingan Debat PERMATA UMP
Jumaat - Ahad, 29 Ogos - 1 September 
Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan
Terbuka kepada para pelajar sekolah/IPT seluruh negara
Kehadiran anda amat dialu-alukan dalam menyertai atau menghadiri program-program tersebut
Harap maklum, terima kasih.


Sumber : http://belajardebat.blogspot.com



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...