Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

25 Aug 2012

AHMAD AIMAN DALAM KOSMO



PETANG itu, suasana di sekitar bandar Nottingham, United Kingdom tampak meriah daripada hari biasa. Di sana sini, kelihatan orang ramai yang entah dari mana mula berkumpul di sepanjang laluan menuju ke arah pusat bandar itu.
Masing-masing kelihatan ceria dan teruja. Umpama sedang berpesta, mereka bersorak dan menari tanpa henti, meniup wisel, siren, memukul gendang dan pelbagai bunyi-bunyian lain sekali gus menggamatkan suasana.
Ahmad Aiman Asmayatim, 16, hanya memerhatikan pelbagai gelagat manusia di sekelilingnya.
Seperti mereka, dia juga agak teruja menantikan acara larian obor Sukan Olimpik 2012 yang sedang berlangsung itu.
Selepas 41 hari diarak ke seluruh United Kingdom, api obor itu ‘menyala’ seketika di Nottingham, sebelum tiba ke destinasi terakhirnya di London pada 27 Julai lalu.
Bezanya, kehadiran Ahmad Aiman atau lebih mesra dengan panggilan Aiman, pelajar tingkatan empat Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak di situ pada hari itu bukan sebagai penonton, tetapi sebagai pembawa obor.
Dia merupakan salah seorang daripada 19 pembawa obor dari Azerbaijan, Brazil, Bangladesh, Mesir, Utopia, Ghana, Jordan, India, Indonesia, Mozambique, Nigeria, Palau, Afrika Selatan, Tanzania, Turki, Trinidad and Tobago, Uganda dan Zambia yang mendapat peluang keemasan itu melalui Program International Inspiration And Young Sports Leaders (II) pada 23 hingga 29 Jun lalu.
Tambah Aiman, program anjuran Lembaga Olimpik Malaysia melalui kerjasama antara UK Sport, Dana Kecemasan Pendidikan dan Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), British Council dan Jawatankuasa Penganjuran London untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik itu membolehkan dia mengenali rakan-rakan baharu yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.
Rasa gementar
“Kami banyak berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu.
“Di samping itu, rutin kami sepanjang tujuh hari di sana juga padat dengan pelbagai aktiviti dan acara lawatan di samping bertemu pegawai-pegawai tertinggi British Council dan Jawatankuasa Penganjuran London untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.
“Kemuncak program ialah ketika kami semua dibawa ke Nottingham untuk menyertai acara larian obor yang diadakan di sana,” katanya.
Bercerita tentang pengalamannya, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia menjadi peserta kedua di dalam kumpulan seramai 10 orang.
Biarpun agak gementar pada mulanya, namun semua perasaan itu hilang sebaik sahaja obor yang menjadi simbol temasya sukan paling berprestij di dunia itu berada di tangannya.
“Segala-galanya berlaku dengan pantas. Tahu-tahu saja sudah sampai giliran saya.
“Sukar digambarkan perasaan saya ketika itu, bangga, seronok, teruja, semuanya bercampur-baur. Saya tak pernah bayangkan akan menjadi sebahagian daripada sejarah Sukan Olimpik,” ceritanya.
Ketika memulakan larian, hanya nama Malaysia sahaja yang bermain di fikirannya.
“Sorakan dan tepukan gemuruh dan lampu kamera yang tidak putus-putus mengenai wajah membuatkan saya seperti seorang bintang.
API obor yang menyala sepanjang temasya menandakan bermula perjuangan atlet-atlet yang bertanding dan mencipta kemasyuran.


“Paling mengharukan, di celah wajah-wajah asing di kiri dan kanan jalan, saya sempat memerhatikan beberapa rakyat Malaysia yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang.
“Semasa larian tamat, ada antaranya yang datang menghampiri dan memberitahu mereka bangga melihat anak Malaysia yang diberi penghormatan sedemikian,” ujarnya yang bercita-cita menjadi seorang penyiasat suatu hari nanti.
Menyusuri perjalanan hidup remaja yang berasal dari Kuala Lumpur itu, dia sememangnya seorang yang aktif dan cemerlang dalam pelajaran sejak di sekolah rendah lagi.
Ibunya, Zuriati Ashaari, 49, bangga dengan pencapaian anaknya itu yang sebelum ini merupakan seorang yang agak pendiam dan rendah diri kerana bentuk fizikalnya yang agak gempal.
Prestasi cemerlang
“Saya selalu menasihatkan dia agar tidak mempedulikan usikan rakan-rakannya itu, sebaliknya cuba mengenali potensi dirinya untuk menjadi seorang insan yang cemerlang dan terbilang.
“Alhamdulillah, Aiman berjaya menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam peperiksaan.
“Pada masa yang sama dia sering mewakili sekolahnya dalam pelbagai acara sukan dan kokurikulum,” katanya yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman.
Jelas Zuriati, seperti abangnya, Ali Asyraf, 22, Aiman mula menonjolkan ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi yang ada di dalam dirinya termasuk ketika mendapat tawaran di STAR.
Pada masa ini, dia merupakan pembahas pasukan Bahasa Melayu, ahli Badan Dakwah dan Rohani, pemain ragbi dan Ahli Kelab Young Sport Leader di sekolahnya.
“Saya gembira apabila diberitahu Aiman terpilih untuk mengikuti program di UK baru-baru ini.
“Biarpun tidak berpeluang mencipta nama sebagai atlet negara yang berjuang di pentas Olimpik, namun sekurang-kurangnya kejayaannya menjadi peserta tunggal negara ke acara itu kini terpahat di dalam lipatan sejarah,” jelasnya.
Sementara itu, Penolong Kanan STAR, Dr. Mior Hamdan Ghazali berkata, kejayaan Aiman itu sedikit sebanyak telah berjaya mengharumkan nama sekolah.
Beliau tidak menyangka daripada puluhan calon yang telah ditapis dan ditemuduga oleh British Council di Malaysia, pelajar sekolah terpilih mewakili negara ke acara itu.
“Sejak program II dilancarkan di sekolah ini kira-kira tiga tahun lalu, ia telah melahirkan ramai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah mempunyai daya kepimpinan yang dinamik.
“Aiman salah seorang daripadanya. Sebelum ini pun, dia pernah mengikuti lawatan ke beberapa buah sekolah di UK dan segala ilmu dan pengalaman yang dikutipnya di situ kini dicurahkan kepada pelajar-pelajar lain di STAR,” katanya.
Mior Hamdan berkata, jika dahulu STAR lebih dikenali dengan pencapaian akademik semata-mata, kini melalui program itu, pengurusan sekolah bertekad melahirkan lebih ramai pelajar yang mampu cemerlang di dalam bidang sukan dan kokurikulum.
“Ia boleh dilihat melalui kejayaan beberapa pelajar STAR dalam mengendalikan beberapa acara penting di sekolah sebelum ini. Antaranya, pertandingan Mini Marathon, Mini Olimpik, Striking STAR, STAR Garage dan sebagainya,” katanya.

SUMBER : KOSMO






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1433H DAN AMBANG MERDEKA STAR IPOH


KDBM amat berbesar hati untuk sama-sama memeriahkan sambutan DUA DALAM SATU Majlis Aidilfitri  1433 H dan Ambang Merdeka 2012. Sambutan Aidilfitri dan Merdeka yang diadakan di STAR saban tahun amat meriah. 

"Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah. Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam..."

"Sayangnya kini, erti kemerdekaan sebenar kian luput. Bukan sahaja golongan ‘muda’ tidak jelas kefahaman mereka tentang erti kemerdekaan tetapi terdapat juga golongan ‘tua’ yang seakan lupa apakah makna kemerdekaan sebenar. Kemewahan dan kesenangan yang diperoleh kini melekakan kita akan hakikat kemerdekaan yang kita kecapi. Tanyalah kepada golongan muda kini, apakah makna kemerdekaan kepada mereka. Pasti jawapannya longgar dan hanya sekadar meniru apa orang lain kata. Ini membuktikan bahawa penghayatan kemerdekaan masa kini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja."

SALAM AIDILFITRI DAN SALAM KEMERDEKAAN DARI KDBM STAR IPOH..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MAKLUMAT PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO AYS 2012




Maklumat Pertandingan

Tarikh : 14 - 17 September 2012

Hari : Jumaat, Sabtu, Ahad dan  Isnin
Tempat : Asrama Yayasan Selangor Klang,
                 Jalan Raya Barat, 41000 Klang.



Debat Ala Parlimen


1. Pertandingan ini merupakan Debat Ala Parlimen kategori Bahasa Melayu sahaja.


2. Setiap pasukan akan diwakili oleh 4 orang peserta (3 peserta utama & seorang simpanan).


3. Pertandingan akan dijalankan berdasarkan format Debat Ala Parlimen yang mengaplikasikan sistem 'power match' berkumpulan.


4. Melalui sistem ini, setiap pasukan akan berdebat sekurang-kurangnya 5 kali dalam pusingan awal.


5. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diadakan secara kalah-mati.




Pidato Umum


1. Pertandingan ini menggunakan format 2 pusingan.


2. Untuk pusingan 1, pemidato akan berucap selama 7 minit.


3. Lima (5) tajuk akan diberikan seminggu sebelum tarikh pertandingan.


4. Pemidato dikehendaki bersiap-sedia untuk kelima-lima tajuk tersebut kerana tajuk akan dicabut undi ketika pertandingan pusingan 1 dijalankan.


5. Untuk pusingan 2, pemidato akan berucap selama 2 minit.


6. Bagi pusingan 2, pemidato akan ditanya oleh hakim tentang isu-isu semasa 
dan pemidato akan berpidato secara spontan.





Penyertaan



1. Bagi kategori Debat Ala Parlimen, setiap sekolah/asrama dibenarkan untuk menghantar satu pasukan sahaja.


2. Namun sekiranya ingin menghantar lebih daripada satu pasukan, pihak sekolah diminta menghubungi pihak penganjur untuk mengetahui kekosongan penyertaan jika ada.


3. Bagi kategori pidato, setiap sekolah/asrama dibenarkan untuk menghantar seorang peserta sahaja.


4. Namun sekiranya ingin menghantar lebih daripada seorang peserta, pihak sekolah juga perlu menghubungi penganjur untuk mengetahui kekosongan tempat.


5. Pihak sekolah diminta untuk mengesahkan penyertaan dengan mengfakskan borang penyertaan kepada pihak penganjur sebelum 30 Ogos 2012 (Khamis).



Yuran



1. Yuran penyertaan untuk pertandingan ini adalah RM250.00 bagi setiap pasukan debat ala parlimen dan RM100.00 bagi setiap peserta pidato.


2. Bagi guru pengiring, RM70.00 dikenakan untuk setiap guru.


3. Yuran ini termasuklah bayaran penginapan dan makanan sepanjang tempoh pertandingan.


4. RM70.00 dikenakan bagi setiap pemerhati.


5. Pembayaran dibuat pada hari pendaftaran secara tunai kepada urus setia pertandingan.


ATUR CARA PERTANDINGAN

Jumaat, 14 September 2012
09.00pm - 11.30pm : Pendaftaran / Check-In

Sabtu, 15 September 2012

07.30am - 8.30am : Sarapan
08.30am - 10.00am : Taklimat Peserta/Hakim
10.00am - 10.30am : Minum Pagi
10.30am - 12.30pm : Debat Pusingan 1 & Pidato Pusingan 1
12.30pm - 02.00pm : Makan Tengah Hari & Solat Zohor
02.00pm - 04.00pm : Debat Pusingan 2 & Sambungan Pidato Pusingan 1
04.00pm - 05.00pm : Minum Petang & Solat Asar
05.00pm - 07.00pm : Debat Pusingan 3
08.30pm - 10.30pm : Majlis Makan Malam

Ahad, 16 September 2012

07.30am - 8.30am : Sarapan
08.30am - 10.30am : Debat Pusingan 4 & Pidato Pusingan 2
10.30am - 11.00am : Minum Pagi
11.00am - 01.00pm : Debat Pusingan 5 & Sambungan Pidato Pusingan 2
01.00pm - 02.00pm : Makan Tengah Hari & Solat Zohor
02.00pm - 04.00pm : Debat Pusingan 6
04.00pm - 05.00pm : Minum Petang & Solat Asar
05.00pm - 07.00pm : Debat Suku Akhir
07.00pm - : Makan Malam

Isnin, 17 September 2012

07.30am - 8.30am : Sarapan
08.30am - 10.00am : Debat Separuh Akhir
10.00am - 10.30am : Minum Pagi
10.30am - 12.30pm : Pertandingan Akhir Pidato Yayasan Selangor
12.30pm - 02.00pm : Makan Tengah Hari & Solat Zohor
02.00pm - 04.30pm : Pertandingan Akhir Debat Yayasan Selangor
04.30pm - 05.00pm : Minum Petang
05.00pm : Check-Out



Maklumat Lanjut



Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi:



Pejabat Asrama Yayasan Selangor Klang : 03-3373 4437

SUMBER : Surat Jemputan Debat dan Pidato AYS  atau boleh melayari  FACEBOOK PERTANDINGAN.












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PIALA PUSINGAN PESTA BAHAS

Buat pertama kalinya KDBM ingin memperkenalkan Piala Pusingan Pesta Bahas anjuran KDBM STAR. Alhamdulillah, impian untuk mewujudkan piala pusingan sendiri akhirnya telahpun menjadi kenyataan pada tahun ini setelah saban tahun KDBM mengadakan Pesta Bahas bagi mencungkil bakat-bakat bahas dalam kalangan pelajar-pelajar junior. 


Dan dalam pertandingan akhir nanti, pasukan UKM akan berentap dengan UNITAR bagi merebut piala pusingan buat kali pertama ini. InsyaAllah piala ini akan menjadi simbol kepada kecemerlangan bahas bahasa Melayu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, ipoh. Moga saban tahun STAR akan terus melahirkan pembahas-pembahas hebat yang disegani dalam arena bahas sekolah-sekolah malaysia. 

p/s : terima kasih En Shahnun kerana merealisasikan kewujudan Piala Pusingan ini. 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

18 Aug 2012

SELAMAT HARI RAYA, KDBM

Assalamualaikum,


Benarlah kata orang, masa itu terus berlalu tanpa disedari. Andai dikenang kembali Ramadhan-ramadhan saya sebelum ini bersama KDBM, terasa baru semalam (agak klise ayat ini) saya merasa nikmat berpuasa di bumi alma mater ini.

Benar juga kata orang, Aidil Fitri itu secara literalnya membawa maksud kembali kepada fitrah. Dan sememangnya fitrah seorang insan itu sentiasa melakukan kesilapan. Seiring dengan situasi itu juga, manusia sering ingin dimaafkan.

Benar juga kata orang, lumrah dunia itu yang bertemu pasti berpisah. Kerana dengan perpisahanlah, kenangan yang diukir terasa begitu indah bersama. Beginilah hebatnya aturan Sang Pencipta.


Justeru, mengenangkan Ramadhan terakhir saya di sini, mengenangkan kesilapan saya selaku kapten mahupun hamba Allah yang serba kekurangan, dan mengenangkan perpisahan yang pasti akan berlaku , saya menyusun jemari kerdil ini untuk dimaafkan segala dosa, dihalalkan ilmu yang dicurahkan, dihalalkan makan dan minum. Mohon yang mana terasa , jangan disimpan dalam hati.

Buat Cikgu Shahnun, Umi Noridah dan cikgu-cikgu, hanya balasan daripada Tuhan dapat saya pinta untuk dititipkan buat kalian pada hari mulia ini.

Buat abang-abang senior KDBM, mohon halal segala ilmu dan mohon ampun segala kesilapan yang lalu.

Buat rakan-rakan seperjuangan KDBM, harap Ramadhan ini eratkan lagi ukhwah yang terjalin sekian lama.

Buat adik-adik KDBM, lumrah seorang senior, biasalah. Andai ada yang terasa, maafkanlah, tiada niat untuk menyakiti, hanya sekadar untuk bermesra (baca : bergurau) dan merapatkan jurang usia.


Nikmat Ramadhan bulan mulia, syukur Syawal diukir kepada-Nya.

Selamat Hari Raya. Taqabbalallahu minna waminkum. Semoga diterima segala amalan.


Salam sayang,
Kapten KDBM 2012
Uthman AG
29 Ramadhan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 Aug 2012

PERUTUSAN AIDILFITRI 1433 H


Bersempena Dengan 1 Syawal 1433H saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Adilfitri kepada semua ahli KDBM yang  dikasihi.


Bersama kita memanjatkan setinggi –setinggi kesyukuran kepada Allah SWT  yang telah mengurniakan segala nikmat. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima sepertimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah. Ganjaran daripada Allah  kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di Madrasah Ramadan. Kemenangan ini amat bermakna bila kita berjaya melaksanakan tranformasi diri ke arah menjadi insan ta’dibi yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada.

Akhir kata saya mewakili KDBM STAR IPOH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR  BATIN   buat semua warga STAR dan pengunjung kdbm.blogspot.com  yang dikasihi. Semoga Allah merahmati kita. Amin.



SHAHNUN ABDUL GHANI
Guru Pembimbing
Bahas Bahasa Melayu STAR, IPOH







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

16 Aug 2012

KERTAS KERJA PESTA BAHAS 2012


KERTAS KERJA PESTA BAHAS PIALA PENGETUA 2012



Anjuran : Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR
.

1.0            Pengenalan
Setiap tahun Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR akan menganjurkan satu pertandingan bahas yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1. Pesta Bahas ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar tingkatan 1. Demi meneruskan legasi yang telah diukir oleh para pembahas STAR terdahulu, pelapis-pelapis yang terdiri dalam kalangan pelajar tingkatan 1 amat penting untuk menjayakan legasi ini. Justeru, dengan penganjuran ini diharapkan menjadi platform terbaik mengenengahkan pelajar-pelajar yang berbakat dalam arena perbahasan.

2.0            Objektif
2.1 Melahirkan pelajar yang “well rounded” bukan sahaja berkemampuan dalam bidang akademik, malahan kokurikulum.
2.2 Memupuk budaya bahas dalam kalangan pelajar tingkatan satu.
2.3 Melahirkan pelajar yang mampu menyampaikan hujah dengan penuh kritis dan analitikal.
2.4 Melahirkan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar tingkatan 1 demi meneruskan legasi kecemerlangan STAR.
3.0            Tema
“Born To Speak”

5.0     Anjuran
Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Unit Kokurikulum STAR.

6.0     Tempat Program
6.1 Bilik Darjah
6.2 Bilik Sumber
6.3 Dewan Besar

7.0     Penglibatan dan Penyertaan
Empat Puluh lapan pelajar tingkatan 1 yang terdiri daripada enam belas kumpulan

9.0     Tarikh
            Tarikh              : 28-29 Julai 2012 (Pusingan Awal)
                                      1 Ogos 2012 (Suku Akhir)
                                     15 Ogos 2012 (Separuh Akhir)
                                       5 September 2012 (Akhir)
            Masa                : Bermula pada 9.30 malam hingga 11.00 malam


10.0   Struktur Organisasi
            Rujuk Lampiran A

11.0   Tentatif Program
            Rujuk Lampiran B

12.0   Belanjawan
            Rujuk Lampiran C

13.0   Penutup
Diharapkan Pesta Bahas 2012 ini akan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga dengan usaha yang berterusan daripada KDBM STAR, legasi kecemerlangan STAR dalam arena perbahasan sekolah-sekolah Malaysia akan berjaya diteruskan pada masa akan datang.






Disediakan oleh:                                                                     


___________________________                             
Encik Shahnun bin Abdul Ghani                                            
Penasihat Kelab Bahasa Melayu                                 
Sekolah Tuanku Abdul Rahman                                 



Disemak oleh :



_____________________________
Encik Mohammad Zaini bin Dahalan
Ketua Pembantu Tadbir
Sekolah Tuanku Abdul Rahman



Disahkan oleh :



_____________________________
Encik Naharudeen bin Othman
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Tuanku Abdul Rahman




Diluluskan  oleh:


___________________________
Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim
Pengetua Cemerlang
Sekolah Tuanku Abdul Rahman







LAMPIRAN C

Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM

BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
JUMLAH

1.


2.


3.


4.


5.


6.

Piala Pusingan


Piala Iringan Johan


Piala Iringan Naib Johan


Pembahas Terbaik Keseluruhan

Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir

Alat Tulis

RM 200 x 1


           RM 15 x 3


           RM 10 X 3


RM 10 X 10


          RM 10 X 1


          RM 15

     RM 200


     RM 45


     RM 30


     RM 100


     RM 10


     RM 15
Jumlah keseluruhan

     RM 400








LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA PESTA BAHAS PIALA PENGETUA 2012
Penaung : Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim
Penasihat : Encik Shahnun bin Abdul Ghani
Pengerusi :  Dinie Zhafri bin Zainudin
Timbalan Pengerusi : Muhammad Amirul bin Rosli
Setiuasaha : Eyman Ashraf bin Masfazil
Bendahari : Ahmad Aiman bin Asmayatim
Ahli Jawatankuasa
1) Hakim : Khairul Hafiz bin Khairul Annur
2) Persiapan Tempat : Fayyaz Imran bin Mat Setia
3) Peralatan : Muhaimin bin Mohammad
4) Promosi : Muhammad Syafiq bin Jebat
5) Statistik : Mior Amir Ikhwan bin Ahmad Nizam
6) Jurukamera : Adib Farazi bin Mat Ghani
7) Peserta : Ariff Kamal bin Mahadi










LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
JADUAL PERTANDINGAN PESTA BAHAS 2012
Tarikh : 28  Julai 2012 (SABTU)
8.00 pagi – Pendaftaran Peserta
8.15 pagi - Taklimat Pertandingan
8.30  pagi - Kuarantin
9.00 pagi - Pusingan Awal 1
10.30 pagi - Taklimat Pertandingan
10.40 pagi - Kuarantin
11.10 pagi - Pusingan Awal 2
3.00 petang – Taklimat pertandingan3.00 petang
3.10 petang - Kuarantin
3.40 petang – Pusingan Awal    3
5.00 petang – Bersurai

Tarikh : 29 Julai 2012 (AHAD)
9.00  pagi - Taklimat Pertandingan
9.15  pagi - Kuarantin
9.45  pagi - Pusingan Awal 4
11.30  pagi - Taklimat Pertandingan
11.40 pagi - Kuarantin
12.10 pagi - Pusingan Awal 5

Suku Akhir : 1 ogos 2012
3.00  petang - Taklimat Pertandingan
3.15  petang- Kuarantin
3.45  petang – Pusingan suku akhir
Separuh Akhir  : 15 ogos 2012
3.00  petang - Taklimat Pertandingan
3.15  petang- Kuarantin
3.45  petang – Pusingan suku akhir
Pertandingan akhir : 1 September  2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan BESAR


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...