Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

26 Mar 2013

TEMA BAHAS BAHASA MELAYU DAN BAHAS BAHASA INGGERIS HKSBP KALI KE-40, 2013


ENGLISH LANGUAGE DEBATE THEMES


ROUND
THEMES
SCOPE
PRELIMINARY 1
Entertainment
Music icon
PRELIMINARY 2
Social
Choosing a life partner
PRELIMINARY 3
Sports
Malaysian footballers
PRELIMINARY 4
Education
Students’ Autonomy
PRELIMINARY 5
Education
Students’ Potential
2
Media
Privacy and security
QUARTER FINAL
Social
Women security
SEMI FINAL
Social
Human organs


TEMA BAHAS BAHASA MELAYU


PUSINGAN
TEMA
SKOP
1
HIBURAN
HIBURAN TANAH AIR
2
SOSIAL
PERPADUAN BANGSA
3
SUKAN
PELAPIS ATLET
4
PENDIDIKAN
KURIKULUM
5
PENDIDIKAN
KEMENJADIAN MURID
PUSINGAN 2
MEDIA
IMPAK MEDIA
SUKU AKHIR
SOSIAL
REMAJA
SEPARUH AKHIR
SOSIAL
(KESIHATAN)
PRODUK KESIHATAN






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

13 Mar 2013

UIAM JULANG PIALA DEBAT PERDANA INTEGRITI 2013


Selepas lapan tahun, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kembali menjuarai Debat Perdana Integriti Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2013 dengan menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.

Pasukan UIAM yang bertindak sebagai pembangkang dalam pembentangan Pembudayaan Integriti Bermula Daripada Pemimpin dibarisi Abdul Muiz Mustafa, 22, Fawza Sabila Faudzi, 22, Nur Ezzah Abdullah, 21, dan Muhammad Anas Shafie, 20.

Lebih mengharumkan nama UIAM, gaya bahasa dan persembahan Abdul Muiz Mustafa menjadikannya sebagai pendebat terbaik antara IPT.Menurutnya, kejayaan yang diperoleh itu adalah berkat usaha gigih mereka sekumpulan selama hampir sebulan sebelum menghadapi pusingan akhir.

"Kali terakhir UIAM menjuarai Debat Perdana Integriti ialah pada 2005, akhirnya kami dapat kembali di atas pentas sebagai juara. Seingat saya, kali terakhir itu adalah kali pertama Debat Perdana Integriti diadakan dan saya berharap sangat selepas ini, pelajar yang mewakili UIAM dapat mengekalkan kejuaraan ini.

"Bagi saya pendorong dan kekuatan pasukan kami ialah apabila kami jadikan pihak lawan yang menang pada pusingan awal sebagai perangsang untuk bekerja lebih baik," jelas pelajar tahun kedua jurusan Ekonomi, Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM itu.

Kemenangan itu membolehkan UIAM membawa pulang RM6,000, sebuah Netbook Asus setiap seorang, piala pusingan Debat Perdana Integriti, piala iringan, piala individu berserta sijil penyertaan, sementara Abdul Muiz menerima RM1,000 dan piala pendebat terbaik.

Selaku naib johan, pasukan UiTM yang diwakili Mohd. Nor Sadiq Mohd. Yusof, 22, Tengku Izwan Fareed Tengku Ismail, 21, Adzlan Qushairi Jamaluddin, 20, dan Mohd. Haziq Jamaluddin, 20, menerima hadiah RM4,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Debat Perdana Integriti Antara IPT 2013 melibatkan 96 pendebat dari 24 IPT dengan menggunakan format perbahasan ala Parlimen Malaysia dengan tema 'Resmi Rakyat Menjulang Integriti' dan diadili 70 orang hakim dari pelbagai latar belakang.

Penganjuran program itu adalah hasil usaha antara UTHM, Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum).







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Mar 2013

USUL DEBAT INTEGRITI 2013



1. Kemiskinan punca utama rasuah.
2. Media kita semakin bebas.
3. Dewan ini percaya AES mendidik pengguna jalan raya.
4. Aktiviti kesukarelawanan tingkatkan integriti graduan.
5. 1Malaysia - Jauh panggang dari api.
6. Dewan ini akan menghadkan bilangan anak dalam keluarga untuk menjamin kesejahteraan keluarga.
7. Dewan ini percaya hukuman yang lebih berat akan mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja.
8. Dewan ini akan mengurangkan cukai kepada syarikat yang menyumbang kepada tanggungjawab social korporat.
9. Dewan ini akan mewajibkan perokok tegar menjalani sesi kaunseling.
10. Tekad Integriti memantapkan Institusi Kekeluargaan.
11. Dewan ini percaya Pegawai Integriti Bertauliah(CeiO) perlu diwajibkan dalam Sektor Perumahan.
12. Dewan ini akan menghapuskan hukuman mati di Malaysia.
13. Kita perlukan ISA semula.
14. Pakatan Rakyat perlu diberi peluang di media arus perdana.
15. Sistem pilihan raya di Malaysia perlu dikaji semula.
16. Kadar rasuah di Malaysia bukan penentu imej negara.
17. Politik Berintegriti : Mimpi Siang Hari.
18. Dewan ini percaya kekerasan perlu untuk mencapai keamanan dunia.
19. Demonstrasi Simbol Demokrasi.
20. Pembudayaan Integriti Bermula Dari Pemimpin.
21. Integriti Pemangkin Utama Transformasi Politik.
22. Transformasi Perundangan di Malaysia : Indah Khabar Dari Rupa?
23. Kedai Rakyat 1 Malaysia membantu rakyat
24. Negara maju: Angan-angan Mat Jenin
25. Dewan ini mencadangkan penghapusan penuh subsidi minyak secara berkala.
26. Dewan ini mencadangkan sektor bekalan air Malaysia dinasionalisasikan.
27. Dewan ini akan menetapkan harga siling hartanah di Malaysia.
28. Tender terbuka punca masalah kualiti bagi produk dan perkhidmatan.
29. Kualiti perkhidmatan awam masih lemah.
30. Gejala salah laku penjawat awam menjejaskan integriti negara.
31. Piagam Pelanggan sekadar hiasan.
32. Sistem pengurusan elektronik merangsang kualiti perkhidmatan awam.
33. Jumlah kakitangan awam wajar dikecilkan.
34. Dewan ini percaya udang-undang tegas menjamin integriti kakitangan awam.
35. Dewan ini akan menaikkan gaji sebagai insentif kepada penjawat awam untuk lebih produktif.
36. Dewan ini percaya system pendidikan kita kurang berkesan melahirkan modal insan berjaya.
37. Birokrasi pemangkin integriti.
38. Dewan ini akan mewajibkan rakyat Malaysia menjalani perkhidmatan tentera.
39. Dewan ini percaya kita tidak perlu memanggil pulang tenaga kerja profesional Malaysia yang bekerja di luar negara.
40. Dewan ini akan menghentikan pengambilan pembantu rumah dari luar negara.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR TEWASKAN SIS JUARAI BAHAS ALA PARLIMEN


Pada 4 dan 5 Mac 2013, STAR telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen Zon 1, Kinta Utara. Walaupun sememangnya dalam peraturan sudah jelas Sekolah Berasrama Penuh tidak layak untuk menyertai pertandingan ini, namun pihak pengelola iaitu Sekolah Menengah Izzudin Shah tetap menjemput pasukan STAR sebagai persediaan untuk PPM 2013.

Dalam pusingan awal, STAR telah diundi bertemu Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah (SERATA) dan bertindak sebagai kerajaan. Usul yang diperdebatkan ialah Industri Sukan Pemangkin Kemauan Ekonomi Negara. Dan Alhamdulillah, walaupun disaingi hebat oleh SERATA, usul diterima.

Dengan kemenangan ini, STAR berjaya melangkah ke perlawanan peringkat separuh akhir dan bertemu SMK Gunung Rapat. STAR sekali lagi bertindak sebagai kerajaan dan membahaskan usul bertajuk "PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG MENGURANGKAN KESKEMALANGAN JALAN RAYA" dan sekali lagi STAR muncul sebagai pemenang.

STAR melangkah ke pusingan akhir dan bertemu pasukan tuan rumah Sekolah Izzudin Shah (SAS). Bertindak selaku pihak kerajaan, STAR dan SIS membahaskan usul "KECEMERLANGAN AKDEMIK MENJAMIN MASA DEPAN PELAJAR". Setelah berbahas hampir sejam setengah, akhirnya pihak panel juri memutuskan usul diterima dan STAR muncul pemenang. Bertambah manis apabila DInie Zhafri diumumkan sebagai pembahas terbaik.

Walaupun menang, STAR tidak akan mewakili zon ke peringkat daerah kerana peraturan yang tidak membenarkan. Selamat maju jaya untuk SIS dalam pertandingan di peringkat daerah nanti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...