Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

24 Jul 2014

SALAM IDULFITRI DARI KDBM STAR



Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Mr S H A H N U N
S Y A F I Q   J E B A T
M U H A I M I N
A D I B
A R I F 
M E O R
A F I F 
S Y A M E E L
A L I F H A Z I M
Z A R U L
I L M A N
J U F R I
A S R A F
A R I F
I S K A N D A R





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

20 Jul 2014

STAR IPOH JUARA SULUNG DEBAT DAKWAH NEGARA

Yayasan Dakwah Negara dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Debat Negara Antara Sekolah . Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini diadakan di UKM, Bangi, Selangor pada. Alhamdulillah, STAR satu-satunya sekolah yang bukan dari aliran agama telah berjaya muncul juara pertandingan ini. Pasukan STAR diwakili oleh Afif Nazhan, Syameel Aeiman, Aliff Hazim dan Syafiq Jebat manakala Encik Shahnun Abdul Ghani selaku guru pembimbing. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR.

Pusingan 1

Usul : Ulama Segera Internet : Perbincangan Isu Agama Atas Talian Perlu Dikawal

STAR (kerajaan) lawan SM Islam Hidayah  B (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Al-Hidayah

Pusingan ke-2

Usul : Dakwah Drama Dan Filem : Halal Haram Diadun Bersama

STAR (kerajaan) lawan SM Islam Hidayah  C
Pemenang : STAR
Pembahas terbaik : Afif Nazhan (STAR)

Pusingan ke-3

Usul : Semangat Kesukarelawan Generasi Muda Kian Pudar

SMK Al-Irshad B (kerajaan) lawan STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Hafiz

Pusingan ke-4

Usul : Transformasi Pengurusan Masjid Pemangkin Hikmah Dakwah

STAR (kerajaan) lawan SMK Al Irshad A (pembangkang)
Pemenang : Al-Irsyad
pembahas Terbaik : Syazwani (Al-Irsyad

Pusingan ke-5

Usul : Kemajuan teknologi Ancaman Umat islam Kini

SAM Hulu Langat (kerajaan) lawan STAR (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)

Pusingan Separuh Akhir

Usul : Media Sosial Penyampai Dakwah Efektif

STAR (kerajaan ) lawan SMK Al-Irsyad B (pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Hafiz (Al-Irsyad

Pusingan Akhir

Usul : Dakwah di Malaysia : ketaksuban politik Temboknya

SMK Al-Irsyad B (kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syazwani (Al-Irsyad)










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

USUL DEBAT TERBUKA ASTAR 2014

















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

15 Jul 2014

STAR MUNCUL NAIB JOHAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK

Pada tanggal 21-22 Jun 2014, KDBM STAR telah menyertai Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Perak bertempat di Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini mempertandingkan tiga kategori iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Pertandingan ini hanya terbuka untuk sekolah-sekolah di negeri Perak sahaja.

STAR telah menghantar dua pasukan junior sebagai satu bentuk pendedahan iaitu STAR A dan STAR B. STAR A diwakili oleh Afif Nazhan, Ilman hakim, Syameel Aieman dan Muhd Asraf, manakala STAR B diwakili oleh Zarul Izham, Alif Hazim, Jufri Firdaus dan Taufiq Iskandar. Alhamdulillah ke dua-dua pasukan berjaya melepasi pusingan awal dan layak ke suku akhir. Berikut merupakan keputusan peringkat suku akhir.

Peringkat Suku Akhir

Usul : PLKN Mampu Membentuk Jati Diri Remaja

STAR A lawan SMK Raja Shahriman
Usul ditolak
Pemenang STAR A
Pembahas terbaik : Syameel Aeiman (STAR)


STAR B v SM Izzudin Shah
Usul diterima
Pemenang STAR B
Pembahas terbaik : Alif Hazim (STAR)

Ke dua-dua pasukan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. 

Peringkat Separuh Akhir

Usul : Pendidikan Untuk Peperiksaan

STAR A v SBPI Gopeng
Usul ditolak
Pemenang SBPI Gopeng
Pembahas Terbaik : Azizi (SBPI Gopeng)

STAR B v MCKK
Usul diterima
Pemenang STAR B
Pembahas Terbaik : MCKK


STAR B berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Walaupun STAR A tewas, namun sekurang-kurangnya kejayaan STAR B membuktikan STAR tidak pernah ketandusan pembahas-pembahas muda. Dalam pusingan akhir, STAR B bertemu SBPI Gopeng. Dengan  Usul Hukuman Rotan Wajar Dikembalikan, STAR bertindak sebagai kerajaan. 

Pusingan Akhir

Usul : Hukuman Rotan Wajar Dikembalikan
STAR (kerajaan) lawan SBPI Gopeng (Pembangkang)
Pemenang : SBPI Gopeng
Pembahas Terbaik : Azizi (IGop)

Walaupun mencuba sehabis baik, namun akhirnya STAR tewas pada malam tersebut kepada SBPI Gopeng. Walau bagaimanapun seharusnya pujian diberikan kepada para pendebat muda STAR yang berjaya melangkah ke final walaupun dibarisi pelajar tingkatan 2 dan 3 sedangkan sekolah lain khususnya juara diwakili oleh pelajar tingkatan 5. Tahniah, semoga kejayaan yang lebih hebat bakal menyusul selepas ini. Jumpa lagi pada edisi 2015.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HKSBP 2014, MENGULANGI EPISOD DUKA 2013

HKSBP 2014 kembali lagi, kali ini bumi SESMA, Kuala Terengganu  menjadi medan pertembungan antara bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar SBP bagi merebut tempat ke pentas final di PICC. Kali ini KDBM STAR mempertaruhkan Syafiq Jebat, Muhaimin, Adib dan Afif Nazhan bagi menebus kehampaan tahun 2013 di SMS Selangor, apabila tewas di separuh akhir.


Pasukan Debat BM dan BI bergambar kenangan sewaktu pendaftaran.

Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR

Pusingan Pertama Sesi 1

Usul : Adaptasi Novel Tempatan Merancakkan Kreativiti Hibura Tanah Air

SMS Alam Shah (kerajaan) v STAR (pembangkang)

Usul ditolak
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat  (STAR)


Pusingan Pertama sesi 2

Usul : Belia Hari Ini Mempunyai Jati Diri Tinggi

SMS Tengku Abdullah (Kerajaan) v STAR (Pembangkang)

Usul Ditolak
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Adib Farazi (STAR)


Pusingan Pertama  Sesi 3

Usul : PdP Maya Sesuai Pada Alaf Kini

STAR (Kerajaan) v SMS Tuanku Munawer (Pembangkang)

Usul diterima,
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)

\

Selepas perlawanan dengan ASIS

Dengan ini, STAR berjaya melangkah ke pusingan ke-2, iaitu pusingan 16 sekolah terbaik. Dalam undian, STAR ditemukan dengan SBPI Gopeng. Alhamdulillah, di pusingan ke dua, STAR berjaya menyingkirkan SBPI Gopeng. STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir, iaitu peringkat LAPAN pasukan terbaik. 


Pusingan Suku Akhir 

Usul : Kerajaan Wajar Mengambil Alih Pengurusan Bekalan Air Negara 

STAR (kerajaan) v SBPI GOMBAK (Pembangkang)
Usul diterima
 pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq bin Jebat (STAR)

STAR berjaya menyingkirkan SBPI gombak di peringkat suku akhir. Dan mengulangi sejarah muncul empat pasukan terbaik apabila melangkah ke pusingan separuh akhir. Kali ini, STAR akan berhadapan dengan juara bertahan, SMAP Kajang.

Pusingan Separuh Akhir


Usul : Mahkamah Alam Sekitar Serantau Perlu Ditubuhkan Demi Kelestarian Hidup

STAR (kerajaan)  lawan SMAP Kajang (Pembangkang)


Aksi bersahaja Muhaimin sewaktu membidas.

Perlawanan sengit yang pada zahirnya kelihatan dimenangi oleh STAR, namun takdir juga yang menentukan. Episod duka 2013 berulang kembali apabila hakim memilih SMAP Kajang sebagai pihak yang akan membawa cabaran ke final. Perjuangan kami di HKSBP sekali lagi terkandas di separuh akhir. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan kami, namun, semuanya mesti dilihat secara positif. Mungkin ada rezeki STAR di tempat lain. Apapun sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam memastikan STAR terus berada dalam arus perdana debat sekolah-sekolah malaysia. Insya Allah, pencapaian yang lebih hebat pasti akan menyusul selepas ini. Jumpa lagi di SEHEBAT, Batu Pahat pada tahun 2015.  





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...