HKSBP 2014 kembali lagi, kali ini bumi SESMA, Kuala Terengganu menjadi medan pertembungan antara bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar SBP bagi merebut tempat ke pentas final di PICC. Kali ini KDBM STAR mempertaruhkan Syafiq Jebat, Muhaimin, Adib dan Afif Nazhan bagi menebus kehampaan tahun 2013 di SMS Selangor, apabila tewas di separuh akhir.
Pasukan Debat BM dan BI bergambar kenangan sewaktu pendaftaran.
Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR
Pusingan Pertama Sesi 1
Usul : Adaptasi Novel Tempatan Merancakkan Kreativiti Hibura Tanah Air
SMS Alam Shah (kerajaan) v STAR (pembangkang)
Usul ditolak
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)
Pusingan Pertama sesi 2
Usul : Belia Hari Ini Mempunyai Jati Diri Tinggi
SMS Tengku Abdullah (Kerajaan) v STAR (Pembangkang)
Usul Ditolak
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Adib Farazi (STAR)
Pusingan Pertama Sesi 3
Usul : PdP Maya Sesuai Pada Alaf Kini
STAR (Kerajaan) v SMS Tuanku Munawer (Pembangkang)
Usul diterima,
Pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq Jebat (STAR)
Selepas perlawanan dengan ASIS
Dengan ini, STAR berjaya melangkah ke pusingan ke-2, iaitu pusingan 16 sekolah terbaik. Dalam undian, STAR ditemukan dengan SBPI Gopeng. Alhamdulillah, di pusingan ke dua, STAR berjaya menyingkirkan SBPI Gopeng. STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir, iaitu peringkat LAPAN pasukan terbaik.
Pusingan Suku Akhir
Usul : Kerajaan Wajar Mengambil Alih Pengurusan Bekalan Air Negara
STAR (kerajaan) v SBPI GOMBAK (Pembangkang)
Usul diterima
pemenang STAR
Pembahas Terbaik : Syafiq bin Jebat (STAR)
STAR berjaya menyingkirkan SBPI gombak di peringkat suku akhir. Dan mengulangi sejarah muncul empat pasukan terbaik apabila melangkah ke pusingan separuh akhir. Kali ini, STAR akan berhadapan dengan juara bertahan, SMAP Kajang.
Pusingan Separuh Akhir
Usul : Mahkamah Alam Sekitar Serantau Perlu Ditubuhkan Demi Kelestarian Hidup
STAR (kerajaan) lawan SMAP Kajang (Pembangkang)
Aksi bersahaja Muhaimin sewaktu membidas.
Perlawanan sengit yang pada zahirnya kelihatan dimenangi oleh STAR, namun takdir juga yang menentukan. Episod duka 2013 berulang kembali apabila hakim memilih SMAP Kajang sebagai pihak yang akan membawa cabaran ke final. Perjuangan kami di HKSBP sekali lagi terkandas di separuh akhir. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan kami, namun, semuanya mesti dilihat secara positif. Mungkin ada rezeki STAR di tempat lain. Apapun sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam memastikan STAR terus berada dalam arus perdana debat sekolah-sekolah malaysia. Insya Allah, pencapaian yang lebih hebat pasti akan menyusul selepas ini. Jumpa lagi di SEHEBAT, Batu Pahat pada tahun 2015.
0 comments :
Post a Comment