Pada tanggal 21-22 Jun 2014, KDBM STAR telah menyertai Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Perak bertempat di Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini mempertandingkan tiga kategori iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Pertandingan ini hanya terbuka untuk sekolah-sekolah di negeri Perak sahaja.
STAR telah menghantar dua pasukan junior sebagai satu bentuk pendedahan iaitu STAR A dan STAR B. STAR A diwakili oleh Afif Nazhan, Ilman hakim, Syameel Aieman dan Muhd Asraf, manakala STAR B diwakili oleh Zarul Izham, Alif Hazim, Jufri Firdaus dan Taufiq Iskandar. Alhamdulillah ke dua-dua pasukan berjaya melepasi pusingan awal dan layak ke suku akhir. Berikut merupakan keputusan peringkat suku akhir.
Peringkat Suku Akhir
Usul : PLKN Mampu Membentuk Jati Diri Remaja
STAR A lawan SMK Raja Shahriman
Usul ditolak
Pemenang STAR A
Pembahas terbaik : Syameel Aeiman (STAR)
STAR B v SM Izzudin Shah
Usul diterima
Pemenang STAR B
Pembahas terbaik : Alif Hazim (STAR)
Ke dua-dua pasukan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Peringkat Separuh Akhir
Usul : Pendidikan Untuk Peperiksaan
STAR A v SBPI Gopeng
Usul ditolak
Pemenang SBPI Gopeng
Pembahas Terbaik : Azizi (SBPI Gopeng)
STAR B v MCKK
Usul diterima
Pemenang STAR B
Pembahas Terbaik : MCKK
STAR B berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Walaupun STAR A tewas, namun sekurang-kurangnya kejayaan STAR B membuktikan STAR tidak pernah ketandusan pembahas-pembahas muda. Dalam pusingan akhir, STAR B bertemu SBPI Gopeng. Dengan Usul Hukuman Rotan Wajar Dikembalikan, STAR bertindak sebagai kerajaan.
Pusingan Akhir
Usul : Hukuman Rotan Wajar Dikembalikan
STAR (kerajaan) lawan SBPI Gopeng (Pembangkang)
Pemenang : SBPI Gopeng
Pembahas Terbaik : Azizi (IGop)
Walaupun mencuba sehabis baik, namun akhirnya STAR tewas pada malam tersebut kepada SBPI Gopeng. Walau bagaimanapun seharusnya pujian diberikan kepada para pendebat muda STAR yang berjaya melangkah ke final walaupun dibarisi pelajar tingkatan 2 dan 3 sedangkan sekolah lain khususnya juara diwakili oleh pelajar tingkatan 5. Tahniah, semoga kejayaan yang lebih hebat bakal menyusul selepas ini. Jumpa lagi pada edisi 2015.
0 comments :
Post a Comment