Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

27 Jul 2013

PESTA BAHAS 2013 - MEMUGAR KECEMERLANGAN KDBM STAR

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Keluarga Debat Bahasa Melayu (KDBM) STAR kembali menganjurkan PESTA BAHAS. PESTA BAHAS merupakan acara tradidi tahunan yang dianjurkan oleh KDBM bagi mencari bakat-bakat baru pembahas dalam kalangan pelajar tingkatan 1. Alhamdulillah, pada tahun 2013, seramai 36 pelajar tingkatan 1 telah menyahut cabaran PESTA BAHAS 2013 dengan membentuk 12 pasukan. Dengan tema " MEMUGAR KECEMERLANGAN KDBM STAR ", pertandingan ini telah dijalankan selama dua peringkat. Peringkat pertama akan menyaksikan 12 pasukan akan bersaing di  pusingan awal (empat pusingan) manakala peringkat ke dua akan berlangsung di peringkat menang mara iaitu suku akhir, separuh akhir dan akhir. Berikut disertakan sedikit laporan bergambar sepanjang berlangsungnya PESTA BAHAS 2013 peringkat awal.


Para peserta sedang mendengar taklimat dari Guru Pembimbing dan AJK Pelaksana PESTA BAHAS 2013. Taklimat berdasarkan proses pertandingan dilaksanakan, usul, peranan pembahas dan juga aspek-aspek teknikal perbahasan.


AJK Pelaksana yang terdiri daripada para pembahas senior dan ahli KDBM. Mereka bukan sahaja terlibat menguruskan pertandingan malah bertindak sebagai hakim.Manakala pembahas tingkatan dua bertindak sebagai  jurulatih kepada pasukan-pasukan yang bertanding.


Para peserta sedang melakukan sesi perbincangan setengah jam sebelum pertandingan selepas undian peranan kerajaan/pembangkang. Para peserta dilatih untuk berfikir dan berbincang dengan cepat kerana masa yang diperuntukkan hanyalah selama setengah jam.


Para hakim terdiri daripada guru pembimbing dan pembahas senior. Mereka diberi peluang untuk menjadi juri. Dengan cara ini, selain mendapat pengalaman sebagi juri, diharapkan dapat juga membaiki persembahan  mereka berdasarkan sudut pandangan juri.



Antara aksi perlawanan PESTA BAHAS. Ke dua-dua pasukan memiliki kemampuan dan bakat yang tinggi dan dijangka mampu bersaing hingga ke peringkat akhir.


Akhirnya setelah selesai empat perlawanan pusingan awal, maka empat pasukan telah berjaya melangkah ke peringkat menang mara, iaitu suku akhir berdasarkan jumlah kemenangan dan juga margin. Satu-satu pasukan yang belum tewas, iaitu UNITEN menjadi pilihan kali ini. Mampukah pasukan lain melakar kejutan? Nantikan aksi mereka seterusnya di peringkat suku akhir.


Para peserta PESTA BAHAS 2013 bergambar kenangan bersama guru pembimbing dan AJK PELAKSANA PESTA BAHAS 2013. Tahniah kerana berjaya menempuhi perlawanan pusingan pertama dengan baik. Semoga legasi kecemerlangan KDBM STAR terus menyerlah di persada debat sekolah-sekolah Malaysia.














TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

8 Jul 2013

VIDEO FINAL DEBAT MUSLEH ISDC 2013

Perlawanan akhir Pertandingan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2013 menemukan STAR dengan KISAS.

Usul : Sektor Pendidikan Negara Sudah Mencapai Tahap Yang Membanggakan

Kerajaan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 
Pembangkang : Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
Pemenang : Kerajaan (STAR)
Juri : 4-3
Pembahas terbaik : Syahmi (KISAS)








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Jul 2013

SELANGOR MUNCUL JOHAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN 2013


SIBU: Falsafah jangan memperkecilkan pihak lawan sebaliknya kita perlu terus berusaha menjadi kunci kejayaan Ahmad Safiuddin Ibrahim apabila dinobatkan sebagai pembahas terbaik semalam.

Kejayaan ini turut dirasai rakan sepasukannya apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang, Selangor menjadi johan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2013 di Regalia Ballroom Hotel Kingwood, Sibu.

Usul yang dibentangkan oleh SMK Seri Serdang ‘Pendidikan Vokasional Dimulakan Pada Peringkat Sekolah Rendah’ telah diterima sepenuhnya oleh sidang dewan dalam sesi perbahasan akhir apabila ditentang hebat oleh pihak pembangkang yang diwakil SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor sekali gus membawa pulang piala pusingan, piala individu serta sijil.

Manakala SMK (P) Sultan Ibrahim terpaksa akur selaku naib johan sementara tempat ketiga dimenangi oleh SMK Sungai KOB, Kedah serta SMK Derma, Perlis.

Bagi Safiuddin, kejayaan yang diperolehi tidak disangka sama sekali sebaliknya menyatakan itu adalah berkat usaha bersama pasukan sekolah untuk terus memburu kejayaan di peringkat kebangsaan.

“Saya memang tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pembahas terbaik kerana rata-rata pembahas adalah terbaik.

“Mungkin ini rezeki serta keberkatan usaha mahupun mengikuti segala nasihat dan tunjuk ajar guru pembimbing.

“Ini suatu yang amat manis kerana ini adalah penglibatan terakhir saya memandangkan saya akan menduduki SPM tahun ini.

“Berdasarkan pengalaman penglibatan sejak dari tingkatan satu, ini adalah kejuaraan kedua bagi sekolah kami yang sebelum ini kami menangi di peringkat kebangsaan pada 2011,” kata Safiuddin, anak bongsu daripada lima beradik ketika ditemui di sini semalam.

Mengenai persepsi sesetengah pihak menyatakan bahawa penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum menjejaskan prestasi pelajaran, Safiuddin menyanggah pendapat sedemikian.

“Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bukan alasan untuk kita tidak mengecapi kecemerlangan dalam akademik.

“Secara peribadi, penglibatan sedemikian mampu memberi keseimbangan kondusif buat seseorang pelajar malahan secara langsung membentuk skop pemikiran yang lebih proaktif, matang dan meningkatkan keupayaan intelektual pelajar.

“Justeru, saya mengharapkan selepas ini lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bahas/debat di peringkat sekolah kerana ia memberi banyak impak positif terhadap aspek kendiri, kemantapan minda serta keyakinan dalam mempertingkatkan komunikasi sosial pelajar,” ujarnya.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Ellen@Manium Engang yang mewakili pengarah pelajaran Sarawak.

Turut hadir Penolong Pengarah Unit Bahasa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia Siti Kahdijah Mion, Pegawai Pelajaran Daerah Sibu Wong Chong Kung serta pegawai dan pengurus kontinjen negeri.

Sebanyak 15 pasukan mewakili setiap negeri dan wilayah persekutuan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen yang menyaksikan SMK Rosli Dhoby mewakili pasukan tuan rumah Sarawak.



Sumber : THE BORNEO POST
Sumber gambar : belajardebat.blogspot.com





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MUSLEH ISDC 2013 : STAR, IPOH PERTAHANKAN KEJUARAAN KATEGORI BAHASA MELAYU


KUALA LUMPUR – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Musleh ke-5 kategori Bahasa Melayu sementara Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru mempertahankan kejuaraan dalam kategori Bahasa Inggeris.
Pasukan debat STAR mengalahkan pasukan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sementara pasukan debat SMIH (B) mengalahkan pasukan SMIH (A) dalam pusingan akhir debat, sebelum berlangsung majlis penutup di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur (UTMKL).
Dalam kategori debat Bahasa Arab pula, As-Salah Charity Islamic School dari Gaza muncul juara mengalahkan pasukan debat al-Shahaniyyah Preparatory and Secondary Independent School for Boys dari Qatar.
Debat telah berlangsung di Hotel Putra dan UTMKL pada 26 hingga 29 Jun 2013. Majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil Menteri Pendidikan II, Dato’ Hj Nasir Mat Dom, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir di majlis penutup ialah Prof Dr Hamdani Saidi, Pengarah UTMKL, Mohamad Abdul Latif mewakili UIAM dan Prof Dr Omar Yaakob, Pengerusi JK Pendidikan IKRAM.
Kejohanan ini dianjurkan oleh IKRAM-Musleh dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE).
Sebanyak 110 pasukan debat daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Gaza dan Qatar telah menyertai  kejohanan ini dengan tema-tema yang berkaitan politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.

Sumber : IKRAM


Rouse Up selepas diumumkan juara.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 Jul 2013

STAR A TERUSKAN KEMARAAN, STAR B MENAMATKAN PERJUANGAN DI SUKU AKHIR

Alhamdulillah, STAR A dan STAR B berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir MUSLEH International Students Debating Championship 2013. STAR A diletakkan dalam undian di sebelah atas , manakala STAR B diletakkan dalam undian sebelah bawah. Peringkat Suku Akhir telah menemukan STAR A dengan The Malay College Kuala Kangsar A, manakala STAR B pula menentang SM Al-Islah, Sungai Petani. Berikut merupakan keputusan perlawanan.

Usul :Media Sosial Perlu Disekat


STAR B vs SM Islah, Sg Petani
Pemenang Islah
Pembahas terbaik Adib Farazi (STAR)



STAR A vs MCKK A
Pemenang STAR A
Pmbahas terbaik Ahmad Aiman (STAR)

Alhamdulillah, STAR A berjaya melangkah ke separuh akhir, manakala STAR B terpaksa menerima hakikat bahawa masih banyak yang perlu dipelajari untuk terus menempatkan diri dalam kalangan empat kelompok terbaik. Appaun mereka telah mencuba yang terbaik. Semoga STAR A berjaya di peringkat separuh akhir bertamu pasukan ternama , Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). 


STAR A bertemu MCKK A.


STAR B dan SM ISLAH, SUNGAI PETANI bergambar kenangan selepas tamat perlawanan.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...