Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

27 Jul 2013

PESTA BAHAS 2013 - MEMUGAR KECEMERLANGAN KDBM STAR

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Keluarga Debat Bahasa Melayu (KDBM) STAR kembali menganjurkan PESTA BAHAS. PESTA BAHAS merupakan acara tradidi tahunan yang dianjurkan oleh KDBM bagi mencari bakat-bakat baru pembahas dalam kalangan pelajar tingkatan 1. Alhamdulillah, pada tahun 2013, seramai 36 pelajar tingkatan 1 telah menyahut cabaran PESTA BAHAS 2013 dengan membentuk 12 pasukan. Dengan tema " MEMUGAR KECEMERLANGAN KDBM STAR ", pertandingan ini telah dijalankan selama dua peringkat. Peringkat pertama akan menyaksikan 12 pasukan akan bersaing di  pusingan awal (empat pusingan) manakala peringkat ke dua akan berlangsung di peringkat menang mara iaitu suku akhir, separuh akhir dan akhir. Berikut disertakan sedikit laporan bergambar sepanjang berlangsungnya PESTA BAHAS 2013 peringkat awal.


Para peserta sedang mendengar taklimat dari Guru Pembimbing dan AJK Pelaksana PESTA BAHAS 2013. Taklimat berdasarkan proses pertandingan dilaksanakan, usul, peranan pembahas dan juga aspek-aspek teknikal perbahasan.


AJK Pelaksana yang terdiri daripada para pembahas senior dan ahli KDBM. Mereka bukan sahaja terlibat menguruskan pertandingan malah bertindak sebagai hakim.Manakala pembahas tingkatan dua bertindak sebagai  jurulatih kepada pasukan-pasukan yang bertanding.


Para peserta sedang melakukan sesi perbincangan setengah jam sebelum pertandingan selepas undian peranan kerajaan/pembangkang. Para peserta dilatih untuk berfikir dan berbincang dengan cepat kerana masa yang diperuntukkan hanyalah selama setengah jam.


Para hakim terdiri daripada guru pembimbing dan pembahas senior. Mereka diberi peluang untuk menjadi juri. Dengan cara ini, selain mendapat pengalaman sebagi juri, diharapkan dapat juga membaiki persembahan  mereka berdasarkan sudut pandangan juri.



Antara aksi perlawanan PESTA BAHAS. Ke dua-dua pasukan memiliki kemampuan dan bakat yang tinggi dan dijangka mampu bersaing hingga ke peringkat akhir.


Akhirnya setelah selesai empat perlawanan pusingan awal, maka empat pasukan telah berjaya melangkah ke peringkat menang mara, iaitu suku akhir berdasarkan jumlah kemenangan dan juga margin. Satu-satu pasukan yang belum tewas, iaitu UNITEN menjadi pilihan kali ini. Mampukah pasukan lain melakar kejutan? Nantikan aksi mereka seterusnya di peringkat suku akhir.


Para peserta PESTA BAHAS 2013 bergambar kenangan bersama guru pembimbing dan AJK PELAKSANA PESTA BAHAS 2013. Tahniah kerana berjaya menempuhi perlawanan pusingan pertama dengan baik. Semoga legasi kecemerlangan KDBM STAR terus menyerlah di persada debat sekolah-sekolah Malaysia.














TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...