Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

6 Jul 2013

MUSLEH ISDC 2013 : STAR, IPOH PERTAHANKAN KEJUARAAN KATEGORI BAHASA MELAYU


KUALA LUMPUR – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Musleh ke-5 kategori Bahasa Melayu sementara Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru mempertahankan kejuaraan dalam kategori Bahasa Inggeris.
Pasukan debat STAR mengalahkan pasukan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sementara pasukan debat SMIH (B) mengalahkan pasukan SMIH (A) dalam pusingan akhir debat, sebelum berlangsung majlis penutup di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur (UTMKL).
Dalam kategori debat Bahasa Arab pula, As-Salah Charity Islamic School dari Gaza muncul juara mengalahkan pasukan debat al-Shahaniyyah Preparatory and Secondary Independent School for Boys dari Qatar.
Debat telah berlangsung di Hotel Putra dan UTMKL pada 26 hingga 29 Jun 2013. Majlis penutup telah dirasmikan oleh wakil Menteri Pendidikan II, Dato’ Hj Nasir Mat Dom, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir di majlis penutup ialah Prof Dr Hamdani Saidi, Pengarah UTMKL, Mohamad Abdul Latif mewakili UIAM dan Prof Dr Omar Yaakob, Pengerusi JK Pendidikan IKRAM.
Kejohanan ini dianjurkan oleh IKRAM-Musleh dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE).
Sebanyak 110 pasukan debat daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Gaza dan Qatar telah menyertai  kejohanan ini dengan tema-tema yang berkaitan politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.

Sumber : IKRAM


Rouse Up selepas diumumkan juara.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...