Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

23 Jun 2010

Maaf...Kami Gagal


Rasa terkilan tak mungkin luput di lubuk hati, saat diumumkan kami tewas meyakin juri, lidah terkelu hati seolah-olah mati, perkara ini tak mungkin terjadi.

Kalau diikutkan nafsu amarah yang menguasai diri, mahu saja kami maki kami caci, namun jiwa waras masih kami miliki, ini semua hikmah Rabbul Izzati.

Maaf sekiranya kami punca kalian termenung mengenang harapan yang tinggi menggunung. Mungkin banyak lagi perkara yang harus ditimba supaya kami lebih bersedia. Piala tak dapat kami tahankan sebagai tayangan kepada sekolah tercinta. Cuma, sokongan kalian tetap kami perlukan sebagai pendorong paling setia. Maaf buat segalanya.

Sekalung apresiasi kami ucapkan kepada sesiapa yang memberi sokongan dan menghulurkan bantuan. Terutamanya kepada Cikgu Rafaie, Abg paman, Umi Noridah, Kak Fatin dan seluruh keluarga debat ini.Tak tertulis jasa kalian dalam pentas maya ini.Jasa kalian akan kami kenang.terima kasih
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

17 Jun 2010

Di sini perjuangan bermula...

Jam 10.17p.m.
Misi Perdana akan bermula...

Setelah sekian lama menunggu,masa yang dinanti-nantikan hampir menjelma kini.Pertandingan ini secara rasminya akan disertai oleh pelapis-pelapis muda dalam keluarga yang besar ini.Jadi,hanya harapan dan doa kepada Rabbul Izzati kami pohon untuk memberkati perjuangan yang menentukan nasib keluarga kita ini.

Mari kita imbau sejarah manis kita bersama,dengan gabungan padu pasukan senior, mereka berjaya menundukkan SSP yang merupakan juara liga 6 perlawanan awal.Dengan intelek Saudara Faizs yang memukau dewan, direncah pula oleh kebijaksanaan Saudara Acap yang memahamkan dewan, dienakkan lagi oleh Saudara Haziq yang terkenal dengan keceriaannya, maka Piala TNC berjaya dibawakan ke Ipoh.

Kini, perjuangan untuk mempertahankan piala itu menjadi tanggungjawab kami semua.Justeru, wahai pasukan muda harapan keluarga, ayuh sama-sama kita kerah keringat dan banting tenaga, kerana piala itu harus kita julang bersama.Jangan biarkan iguan ngeri masa lampau berulang kembali.Kita julang nama alma mater bintang ini agar kembali cemerlang.

Setelah 3 hari kami berkampung di bumi STAR,mental dan fizikal kami mantapkan bersama.Kami berjalan sederap selangkah menuju ke arah destinasi yang satu.Jurang berpasukan kita hapuskan dalam belenggu fikiran kerana kita yakin, semangat brotherhood itu elemen penting dalam misi perdana ini.

Buat insan-insan yang menaruh harapan tinggi dalam perjuangan ini, kami pohon maaf sekiranya harapan kalian tidak dapat kami sempurnakan. Kami harap kalian tidak putus-putus berdoakan buat kejayaan kami.Buat Saudara Haziq kapten berwibawa,Cikgu Shahnun dan Puan Noridah abah dan umi pembakar semangat, bekas pendebat hebat(Saudara Farid,Harinn,Syazwan,Siraj dan Hakim) yang setia mencurahkan ilmu berguna, jasa kalian semua tidak akan luput sama sekali.Namun jasa anda akan termaktub dalam memoir indah debat ini.

Akhir kata, wahai rakan-rakan perjuangan sekalian, andai kata kita dapat menjulang piala impian itu, jangan pernah tanamkan sifat bongkak dan takbur. Dan, andai kata impian sekadar tinggal mimpi, sedarlah, ada hikmah disebalik pentadbiran Sang Pencipta ini.Pada hakikatnya tidak ada istilah A dan B.Kerana kemenangan dan kekalahan itu milik kita bersama.Sekian.Assalamualaikum...


~1 keluarga yang indah memoirnya~

-hexa os, hexa quchai-
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

6 Jun 2010

USUL DEBAT PIALA TNC UKM 2010

POLITIK

1.Sudah Tiba Masanya, Sistem Dua Parti Dilaksanakan
2.Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan
3.Satu Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara Bangsa
4.Kesatuan Eropah Wajar Menerima Turki
5.Demi Kesejahteraan : Baju Merah dan Baju Kuning Perlu Bersatu
6.Pelan Transformasi Negara Jawapan Terbaik
7.Krisis Kekacauan Thailand Tanggungjawab Kerajaan
8.Demonstrasi Lambang Demokrasi
9.Kuasa Veto Mengancam Keamanan Dunia
10.Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan
11.ISA Melindungi Keselamatan Rakyat
12.Wawasan 2020 Masih Lagi Relevan
13.Fenomena Lompat Parti Perlu Dihalang
14.Kita Perlukan Politik Perkauman
15.Hak Asasi di Malaysia : Indah Khabar Dari Rupa

EKONOMI

1.Model Ekonomi Baru Hanya Sekadar Gimik
2.F1 Satu Malaysia, Satu Pembaziran
3.Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara
4.ASEAN Perlu Menjadi Blok Ekonomi
5.Krisis Ekonomi : Sektor Pertanian adalah Perisainya
6.Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga
7.Krisis Kewangan Greek : Kesatuan Eropah Gagal
8.Pasar Raya Besar, Lubuk Emas IKS
9.Mahasiswa Kita Boros
10.Air Asia Punca MAS Lemas

SOSIAL

1.Cinta Adamaya Masih Lagi Relevan
2.Facebook : Lebih Sudu daripada Kuah
3.Badminton Malaysia Masih Ada Harapan
4.Kempen Membaca : Kita Tidak Prihatin
5.Rakan Muda : Seperti Melepas Batuk Ditangga
6.Poligami Perlu Disokong
7.Ratu Cantik Lambang Keamanan Dunia
8.Gosip Mengangkat Artis Malaysia
9.Transeksual Wajar Diberikan Hak Sama Rata
10.YouTube : Kreativiti Melampau
11.Upin Ipin Simbol Perpaduan
12.Penempatan Guru di Pedalaman adalah Wajar
13.Isu Pembuangan Bayi : Salah Kerajaan
14.Demi Perpaduan : Kebebasan Media Perlu Dikawal
15.UPSR : Tidak Wajar Dihapuskan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...