Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

17 Jun 2010

Di sini perjuangan bermula...

Jam 10.17p.m.
Misi Perdana akan bermula...

Setelah sekian lama menunggu,masa yang dinanti-nantikan hampir menjelma kini.Pertandingan ini secara rasminya akan disertai oleh pelapis-pelapis muda dalam keluarga yang besar ini.Jadi,hanya harapan dan doa kepada Rabbul Izzati kami pohon untuk memberkati perjuangan yang menentukan nasib keluarga kita ini.

Mari kita imbau sejarah manis kita bersama,dengan gabungan padu pasukan senior, mereka berjaya menundukkan SSP yang merupakan juara liga 6 perlawanan awal.Dengan intelek Saudara Faizs yang memukau dewan, direncah pula oleh kebijaksanaan Saudara Acap yang memahamkan dewan, dienakkan lagi oleh Saudara Haziq yang terkenal dengan keceriaannya, maka Piala TNC berjaya dibawakan ke Ipoh.

Kini, perjuangan untuk mempertahankan piala itu menjadi tanggungjawab kami semua.Justeru, wahai pasukan muda harapan keluarga, ayuh sama-sama kita kerah keringat dan banting tenaga, kerana piala itu harus kita julang bersama.Jangan biarkan iguan ngeri masa lampau berulang kembali.Kita julang nama alma mater bintang ini agar kembali cemerlang.

Setelah 3 hari kami berkampung di bumi STAR,mental dan fizikal kami mantapkan bersama.Kami berjalan sederap selangkah menuju ke arah destinasi yang satu.Jurang berpasukan kita hapuskan dalam belenggu fikiran kerana kita yakin, semangat brotherhood itu elemen penting dalam misi perdana ini.

Buat insan-insan yang menaruh harapan tinggi dalam perjuangan ini, kami pohon maaf sekiranya harapan kalian tidak dapat kami sempurnakan. Kami harap kalian tidak putus-putus berdoakan buat kejayaan kami.Buat Saudara Haziq kapten berwibawa,Cikgu Shahnun dan Puan Noridah abah dan umi pembakar semangat, bekas pendebat hebat(Saudara Farid,Harinn,Syazwan,Siraj dan Hakim) yang setia mencurahkan ilmu berguna, jasa kalian semua tidak akan luput sama sekali.Namun jasa anda akan termaktub dalam memoir indah debat ini.

Akhir kata, wahai rakan-rakan perjuangan sekalian, andai kata kita dapat menjulang piala impian itu, jangan pernah tanamkan sifat bongkak dan takbur. Dan, andai kata impian sekadar tinggal mimpi, sedarlah, ada hikmah disebalik pentadbiran Sang Pencipta ini.Pada hakikatnya tidak ada istilah A dan B.Kerana kemenangan dan kekalahan itu milik kita bersama.Sekian.Assalamualaikum...


~1 keluarga yang indah memoirnya~

-hexa os, hexa quchai-
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments :

IMANSHAH said...

sorry tak dapat join,,kat italy kowt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...