Bismillahirahmanirrahim
Amerika Syarikat bertamadun tinggi berdiri kukuh sebagai kuasa
besar dunia, namun kebejatan sosialnya semakin menggila sekaligus menidakkan
nilai-nilai insani yang seharusnya menunjangi kehidupan keluarga bahagia.
Institusi keluarga tergugat, lantaran akhlak yang mulia telah diabaikan,
sebaliknya digantikan dengan konsep matlamat menghalalkan cara dalam segala
aspek kehidupan keluarga. Nantikan natijahnya, renungkan.
Assalamualikum WBT dan salam keluarga bahagia.
Sejambak kasih seharum kasturi buat saudara peneraju majlis, jemaah
hakim yang berintegriti, warga pendidik yang disanjungi seterusnya rakan-rakan
seperjuangan yang dihormati.
Akhlak Mulia Keluarga Bahagia, demikianlah
bingkisan wacana saya pada pagi ini.
Hadirin yang bervisi,
Manyusuri konsep AKHLAK MULIA KELUARGA BAHAGIA mempunyai kolerasi
tersendiri. Ramai percaya bahawa AKHLAK
MULIA adalah kuasa kebahagiaan keluarga, masyarakat dan Negara. Justeru, hadirin
sekalian, saya ingin mengajak anda menghayati TIGA focus bicara intipati wacana
saya pada hari ini.
Pertama senarioa semasa institusi keluaraga hari ini, . Kedua
cabaran yang dihadapi oleh istitusi keluarga dan ketiga , langkah mewujudkan
keluaraga bahagia melalui pembentukan akhlak mulia.
Putera-puteri anak pertiwi
Masih segar di ingatan, kita disentak dengan peristiwa duka si bapa
menikam mati si isteri meninggalkan anak-anak yang masih kecil, isteri tua
menyimbah asid kepada suami tersayang kerana isu berpoligami, si anak pula
membunuh ibu kandung angkara dadah yang menghantui diri.Statistik kes sumbang
mahram, harapkan pagar, pagar makan padi yang dikeluarkan oleh kementerian
Pembangunan Wanita dan Keluarga menunjukkan ada peningkatan kes setiap tahun
iaitu 2503 kes pada tahun 2010 kepada 2952 kes pada tahun 2011. Senario reality
masyarakat Malaysia sebegini amat menakutkan kita kerana seolah-olah masyarakat
kita kehilangan rentak memacu bahtera keluarga. Anak-anak muda di bangku
persekolahan sudah mempraktikkan gejala sumbang yang ditonton melalui kemajuan
teknologi. Persoalannya, mempukah kita membentuk akhlak mulia dalam kalangan
masyarakat kita dan seterusnya melahirkan keluarga yang bahagia dalam situasi
sebegini.
Warga dewan budiman,
Cabaran dalam membentuk keluarga bahagia.
Kehidupan moden hari ini bukan sahaja menuntut manusia untuk bekerja keras bagi menampung kehidupan, namun manusia
mula melupakan asas pembinaan keluarga menurut lunas dan akhlak yang mulia. Pembentukan
keluarga nukleus tidak lagi menjadi keutamaan dalam era kemodenan ini. Para ibu
bapa begitu sibuk bekerja sehingga anak-anak dibiarkan membesar tanpa ada
pengawasan. Statistik kes lari dari
rumah yang dikeluarkan oleh PDRM Bukit Aman menunjukkan 87 peratus kes lari rumah kerana kelalian ibu bapa.
Pakej Keluarga bahagia berteraskan yang muda disayangi, yang tua dihormati,
Konsep Rumahku Syurgaku tidak lagi menjadi ikutan bahkan dipandang sepi dalam
masyarakat. Sungguh sedih melihat kehancuran akhlak dalam kalangan remaja. Imam
Al Ghazali pernah berkata, untuk melihat kemajuan sesuatu bangsa, lihatlah
remajanya hari ini. Namun, sayang seribu kali sayang, kes-kes moral terus
meningkat saban tahun dan dilihat tiada kesudahannya.
Hadirin yang dikasihi,
Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peranan dan tanggungjawab membentuk
masyarakat berkualiti diperkasakan melalui pelbagai médium di peringkat akar
umbi. Agensi-agensi yang prihatin menyahut pelan strategik kerajaan mengajak masyarakat mengubah paradigma. Kursus pra
perkahwinan diwajibkan kepada pasangan yang seia sekata mengikat
janji Agar memperolehi kemahiran keibubapaan yang secukupnya. Amalan Budi
Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati
konsep jati diri dan membetulkan organisasi lantas menanam dan mengkambus jauh
telunjuk lurus kelingking berkait. Didikan ágama dan kerohanian disemaisuburkan
dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak-akhlak mulia dan mahmudah agar
sikap sayang menyayang dalam keluarga dan masyarakat tidak bertepi. Sudah
tentulah puncak kasih akan berpanjangan. Jelas menunjukkan usaha-usaha telah
dilakukan bagi membentuk akhlak mulia dan akhinya membentuk keluarga bahagia.
Anak-anak bangsaku
Saya dapat menyimpulkan bahawa bangsa
Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-nilai tradisi
dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip keluarga bahagia. Ayuhlah
anak-anak bangsaku, kita kekalkan warisan gemilang selagi hayat di kandung
badan. Marilah kita lakarkan potret kegemilangan Malaysia pada masa hadapan. Sekian Salam keluarga Bahagia. Wabillah
hitaufiq walhidayah wassalamualikum WBT.
Disediakan oleh : SHAHNUN BIN ABDUL GHANI
Disampaikan oleh : DINIE ZHAFRI BIN ZAINUDDIN
(Naib Johan Pertandingan Pidato Piala KPM Peringkat Negeri Perak 2012)
29 comments :
izinkan saya copy isi untuk panduan :)
terima kasih.
Mohon keizinan utk copy sebagai panduan..terima kasih
slamat sejahtera :) mohon kebenaran utk jdkan teks sbgai rujukan...Terima kasih
salam saya fauzani dari SMA Al-khairiah Pedu Kuala Nerang Kedah ingin mohon keizinan menggunakan teks pidato untuk pembelajaran anak pelajar
Salam. Sy nor shafina dari Sarawak ingin mohon keizinan pihak admin untuk jadikan teks ini sebagai rujukan. Sekian:)
mohon disalin semula sebagai panduan n rujukan... semoga Allah saja yg membalas jasa baik anda... sekian... tqvm... ;-)
mohon untuk copy sebagai rujukan :) terima kasih
mohon izin copy utk rujukan.....syukron...
Mohon izin copy untuk dijadikan sebagai rujukan .. terima kasih
Tuan,
Mohon kebenaran untuk copy teks ini sebagai panduan anak.
izinkan saya agar dapat copy teks ini sebagai rujukan. TQ
izinkan saya utk copy teks ini sbg teks utk pidato saya.
terima kasih.
Mohon utk copy teks sbg panduan anak didik.
Saya meminta izin untuk menjadikan teks ini sebagai rujukan.
Saya meminta izin untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan. Terima kasih
Saya Meminta izin untuk mnggunakan teks ini sbg rujukan
saya ahmad aiman dari smi al masriyh mohon copy eh utk rujukan
izinkan saya pinjam teks ini . terima kasih
Assalamualaikum. Mohon izin untuk gunakan teks pidato dari blog tuan untuk rujukan saya ya. terima kasih
asalamualaikum, minta izin ya untuk gunakan teks pidato ini
Mohon pinjam teks ini.. Terim kasih
Mohon pinjam teks ini ,terima kasih
Izinkan saya ambil teks ini Terimakasih
assalamualaikum...minta izin nak copy teks ini untuk tugasan di sekolah...terima kasih
Assalamualaikum izinkan saya untuk jadikan contoh pidato ini sebagai rujukan di hari pertandingan,terima kasih ;)
Assalamualaikum. Mohon izin untuk menggunak teks pidato dalam blog ini sebagai rujukan. Terima kasih.
ASSALAMUALAIKUM MOHON IZIN UNTUK SAYA GUNAKAN TEKS PIDATO DALAM BLOG INI SEBAGAI RUJUKAN MURID
Assalamualaikum, minta izin copy teks ini ya sebagai rujukan
mohon izin gunakan untuk murid ya. semoga penulis dilimpahkan rezeki yang berpanjangan selalu. terima kasih.
Post a Comment