Bersempena Dengan 1 Syawal 1433H saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Adilfitri kepada semua ahli KDBM yang dikasihi.
Bersama kita memanjatkan setinggi –setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan segala nikmat. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima sepertimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah. Ganjaran daripada Allah kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di Madrasah Ramadan. Kemenangan ini amat bermakna bila kita berjaya melaksanakan tranformasi diri ke arah menjadi insan ta’dibi yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada.
Akhir kata saya mewakili KDBM STAR IPOH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua warga STAR dan pengunjung kdbm.blogspot.com yang dikasihi. Semoga Allah merahmati kita. Amin.
SHAHNUN ABDUL GHANI
Guru Pembimbing
Bahas Bahasa Melayu STAR, IPOH
2 comments :
mahal gambar tuu
mahal apanya Us
Post a Comment