Hari ke dua Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia (IDC 2012) diteruskan lagi. Kali ini sebanyak dua lagi perlawanan diadakan untuk melengkapkan enam perlawanan dalam pusiangan pertama. Seterusnya semua pasukan yang bertanding akan dirankingkan daripada sejumlah 86 buah sekolah. Alhamdulillah setelah bertanding sebanyak enam kali, STAR berada pada ranking ke-3 keseluruhan. STAR berjaya mencatat kemenangan sebanyak LIMA perlawanan.
1) Pusingan ke lima
STAR (pembangkang) vs SDAR (kerajaan)
Usul : Demi Ekonomi, Dewan ini akan menangguhkan Pelaksanaan Komuniti ASEAN 2015
Margin : 1
Pembahas terbaik : Luqman Sufian (SDAR)
Pemenang : STAR (Pembangkang)
2) Pusingan ke enam
STAR (pembangkang) vs Igop(kerajaan)
Usul : Dewan ini mewajibkan individu 18 tahun ke atas mengundi
Margin : 1
Pembahas terbaik : Muhammad Aiman (Igop)
Pemenang : Igop (Kerajaan)
Dengan berkedudukan ranking ke-3, STAR berjaya mengelakkan dari bertanding pada peringkat "double octo" iaitu pertemuan pasukan yang berada pada ranking ke -9 hingga 24. insyaAllah kami akan mara terus ke peringkat Octo Final.
0 comments :
Post a Comment