Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

23 Jun 2012

AHMAD AIMAN, KAMI BANGGA DENGAN ANDA


Petang tadi, seorang ahli KDBM STAR, Ahmad Aiman bin Asmayatim telah pun berlepas ke Kota London untuk mewakili Malaysia sebagai salah seorang pemwa obor olimpik 2012. Ahmad Aiman, terpilih sebagai satu-satunya pelajar yang akan terlibat dengan larian obor olimpik.

Ahmad Aiman merupakan seorang pelajar yang aktif di peringkat sekolah. Beliau merupakan pembahas Bahasa Melayu, ahli Badan Dakwah dan Rohani, pemain ragbi serta Ahli Kelab Young Sport Leader (YSL).


Aksi Ahmad Aiman sewaktu menjadi Perdana Menteri dalam Pertandingan Bahas UIA.


Ahmad, paling kiri, melangkah optimis bersama rakan sepasukan.

Ahmad AIman merupakan penolong kapten pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR,  seorang pelajar bertubuh kecil , tetapi memiliki jiwa yang besar. Ahmad memiliki pemikiran yang kritis dan anatikal sebagai seorang pembahas. Tahniah Ahmad Aiman, anda berjaya mengukir sejarah hidup yang hebat untuk diri sendiri, keluarga, sekolah dan negara anda. Seluruh warga KDBM STAR berbangga dengan anda. Semoga selamat pergi dan pulang !



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...