Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

12 Mar 2011

Debat dan Air Mata

Assalamualaikum,


Kisah 1

" Adakah Piala Tun Sri Lanang akan pulang ke Klang atau bertandang ke Ipoh ? " Suasana dewan sunyi seketika bagi mengwujudkan situasi suspen. Kata-kata pengerusi majlis ketika itu masih melekat dalam hati saya. Saya rasa kita semua sudah tahu siapa menang siapa kalah. Sebaik saja keputusan diumumkan, Paman, Faizs, Azri dan Qusyai semuanya naik dan turun dari pentas dengan genangan air mata. Tatkala tiba masa untuk sesi peluk memeluk, tatkala itulah berjujuran air mata akan melimpah. Paman dan Cikgu Shahnun menangis bila mereka berpelukan. Umi juga tak melepaskan diri daripada turut terlibat sebagai watak air mata dalam kejadian yang cukup sinonim bagi kami itu. Kami sebagai junior ketika itu tidak berair mata kerana terlalu jauh lagi bagi kami untuk mengenal erti air mata dalam debat.

Kisah 2

Untuk kekalahan yang memang tak dijangka, kami diumumkan kalah teruk ditangan Asrama Yayasan Selangor dengan juri 5-0 dan pendebat terbaik juga tidak berpihak pada kami. Secara jujurnya, perasaan saya ketika itu begitu marah, sedih, geram dan cukup tak berpuas hati. Untuk peringkat awal, hanya Qusyai saja yang mengalirkan air mata. Saya dan Amsya masih menahan. Namun lain pulak ketika berada di Kolej Ungku Omar, masuk saja dalam bilik, saya terus mengalirkan air mata tapi ketika itu Qusyai dah tenang dan beliau cuba menenangkan saya. Kami dibelanja oleh Cikgu Rafaei dengan sate kajang, nasi berlauk, air dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk memujuk kami. Paman juga tak pernah lekang dari memberi kata-kata semangat dari kami. Kalau kenangkan kembali kekalahan tersebut, pasti saya tak dapat menahan air mata.

Kisah 3

Waktu itu hampir cuti, nasib baik saya balik ke rumah lewat atas alasan tiket habis. Secara kebetulan juga, pasukan PPM pulang pada hari itu, saya masih ingat hari itu hari Jumaat. Pagi Jumaat saya dapat berita STAR layak ke separuh akhir menentang INTEGOM. Ketika ingin naik ke tangga masjid untuk solat jumaat, Paman telefon saya, 'kitaorang kalah'. Ringkas tapi penuh emosi. Melalui nada suara, saya pasti, mereka baru lepas mengangis. Ketika malam kami keluar untuk makan, Paman ada cakap kepada saya, 'Aku dah penat menangis dalam debat'.


Coretan 3 kisah yang penuh dengan perkataan 'air mata', 'air mata' dan 'air mata' ini sudah cukup membuktikan betapa sinonimnya air mata bagi kami. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga kami berazam untuk mengalirkan air mata kemenangan bukan air mata kekalahan. Tetapi secara jujurnya saya sudah sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Andai kata takdir Allah menentukan karier pendebat saya berakhir dengan air mata, saya redha, saya akan terus menyokong mereka yang akan berjuang. Jika keadaan sebaliknya berlaku, doakan saya berjaya (buat yang tak faham, saya mohon maaf). STAR mengajar saya, kalau kamu jadikan kemenangan sebagai target utama, nescaya kamu akan kalah. Tapi, kalau kamu jadikan keredhaan Allah sebagai tujuan utama, percayalah, perancangan Allah cukup-cukup bagus. Doakan kami tahun ini.

-Hexa Os-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...