Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

1 Apr 2010

IDC 2010 TERHADKAN PENYERTAAN


Alhamdulillah, tamat sudah Ujian Selaras 1 bagi tahun 2010. Sebenarnya, tarikh ujian kali ini sangat lambat jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang dah berbulan awal peperiksaannya. Tamat peperiksaan, mulalah kami untuk sibuk berlatih bagi menghadapi 9th Interschool Debating Championship yang akan berlangsung pada 16-21 April ini di Universiti Islam Antarabangsa. Pertandingan ini tidak asing lagi dengan pendebat-pendebat muda kerana ia merupakan platform terbesar arena perdebatan sekolah yang menggabungkan semua jenis sekolah samaada SBP, MRSM, sekolah harian mahupun swasta.

Namun pada tahun ini tidaklah seperti penganjuran yang lepas-lepas. Kalau dahulu, boleh hantar sampai 3 team(kalau mampulah) untuk setiap kategori. Tahun lepas mencatatkan rekod tertinggi kejohanan dengan hampir 300 buah sekolah menyertainya dengan 104 pasukan Bahasa Melayu dan 120 pasukan Bahasa Inggeris. Aduh. Memang padat tak terkata. Bayangkanlah, hampir 600 orang berterabur dalam Main Audi AIKOL UIAM. Kali ini pula lain ceritanya. Cuma 60 pasukan terawal mendaftar yang dibenarkan menyertai pertandingan ini. Sebabnya, mungkin kerana UIA dah buka kategori Arab dan mungkin juga dah tak larat nak menganjur sampai beratus-ratus manusia. Ini juga bermakna, setiap sekolah cuma boleh menghantar 1 pasukan bagi setiap kategori yang berlainan.

Berita itu membuatkan adik-adik pasukan kedua 'down' yang teramat. Mana taknya, dah disuruh struggle, dah struggle tak dapek poyi la pulak. Kesian. Umi menegur pada Isnin lepas, beliaukata kepada adik-adik, jangan timbul perasaan hasad pada pasukan senior. Heh? Ada ke? Berani korang. Haha. Mungkin Umi juga rasa terkilan tak boleh bawa ramai-ramai ke UIA kerana ini merupakan medan terbaik untuk menggilap bakat masing-masing. Tapi Umi pula menyatakan bahawa beliau tidak dapat lama ke UIA. Argh! Sangat mengecewakan kami. "Kenapa Umi tak pergi? Umi dah la pemberi semangat." Soalan yang melambak, dijawab dengan mudah, "Umi banyak kerja." Betul tu. Umi juga penat nak terkejar sana-sini, dengan kerja bertimbun selaku Guru Kanan Bahasa STAR lagi. Hah! Mengangguk semua. Baru taw ye.

Yang di atas saja sebagai selingan. Yang akan ditekankan selepas ini adalah aspek latihan insentif yang telah difikirkan sesuai. Wujud sedikit gangguan minggu hadapan apabila adanya bengkel menjawab soalan SPM/PMR. Sudahnya semua tak dapat nak berlatih. Takpalah, prioriti adalh pelajaran. Maka kem SPM diutamakan.

Apa yang penting, kejohanan debat di UIAM nanti pasti menjanjikan kesengitan di mana-mana peringkat sama ada pusingan awal mahupun kalah mati. Yalah, semua pasukan pertama, semua juga nak menang. Cuma berharap ALLAH sentiasa membukakan peluang untuk KDBM STAR berjaya membawa pulang Piala Tun Sri Lanang ke Ipoh pada tahun ini. Sekian.

Maklumat lanjut, sila layari: http://www.iiu.edu.my/spice/idc10

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...