Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

22 Apr 2010

INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2010





Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia UIAM 2010. Suka-duka cerita bahas kali ini memang unik. Dengan izin Allah, STAR berjaya sekali lagi untuk ke pentas final buat tahun kedua berturut-turut. Tetapi, ingatlah bahawa setiap tindakan Allah pasti ada himahnya.

Perjalanan menuju ke Gombak dimulakan pada awal pagi 16 April yang lepas. Kami yang diiringi saudara Farid Al-Azim, Muhammad Siraj, Haziq Ridzuan, Encik Shahnun dan Encik Rafaei bersama-sama pasukan bahas bahasa Inggeris bertolak seawal jam 9 pagi. Terasa terkilan juga Umi tidak ikut bersama. Yang pastinya, IDC tahun ini menjanjikan kelainan buat kami kerana kali pertamanya pergi dengan keahlian yang sangat berbeza. Pada malamnya, kami dihidangkan dengan makan malam yang penuh kejutan. Tahun ini ada sedikit kelainan dengan persembahan dan kejutan pihak penganjur.

Pada hari Sabtu, perdebatan dimulakan pada jam 12 tengah hari dengan dimulakan demo oleh pembahas muda UIAM. Sedikit taklimat tentang struktur perbahasan turut disampaikan oleh Kak Husna, Abang Izzat dan Kak Farhan. Walaupun ringkas, tetapi major faham tentang perdebatan ala parlimen peringkat universiti yang dijalankan.

Perlawanan pertama telah menemukan kami dengan SMA Al-Amin Gombak. Dengan usul, Earth Hour Satu Hipokrasi, kami yang bertindak sebagai pembangkang berjaya menolak usul dengan margin 2, juri 3-0. Pembahas terbaik pula diberikan kepada saudara Haziq. Prestasi yang kurang menyengat pada sesi pertama diakui kami sepasukan dan menjanjikan perubahan menjelang sesi kedua pada pukul 2.30 petang. Kami yang bertindak sebagai pembangkang menentang SBPI Sabak Bernam, dengan usul Pasaran Bebas:Kita Sudah Bersedia, kami berjaya sekali lagi menolak usul dengan margin 7, juri 3-0. Sekali lagi, saudara Haziq dianugerahkan pembahas terbaik dengan menyenaraikan saudara Azri sebagai calon kedua. Kemenangan yang agak besar menyebabkan STAR mengungguli ranking pertama selepas pusingan ke-2. Perlawanan ketiga menemukan kami dengan SAMT Tengku Ampuan Jemaah. Kali ini kami bertindak sebagai kerajaan, berjaya menyokong usul, Masalah Pengangguran:Salah Sistem Pendidikan dengan margin 4.67, juri 3-0, pembahas terbaik saudara Haziq.

Pada malamnya, kami lakukan sesi post-mortem bersama saudara Farid, Siraj, Abdul Hakim, Cg Shahnun dan lain-lain. Banyak kelemahan kami dari sudut memahami usul, konsep, mahupun pemahaman hujah dan konsep lawan. Kecut juga bila kena tegur. Biasalah manusia.

Pada hari Ahad, kami yang menang semua perlawanan hari pertama agak gusar dengan lawan yang akan datang. Lebih-lebih lagi apabila diumumkan bahawa kami masih lagi mengungguli ranking pusingan awal dengan jumlah margin terkumpul setakat 3 perlawanan sebanyak 13.67 dan kelebihan 9 juri. Memang benar, kami masih lagi dijadualkan berdebat di sidang 1 tetapi kali ini bertemu SMAP Labu. Usul humour yang diperdebatkan pagi itu adalah, Sudah Tiba Masanya, Perigi Mencari Timba. Kami yang bertindak sebagai kerajaan membawakan usul dengan mudah tetapi juri tidak memihak kepada kami apabila kami tewas dengan juri 2-1, margin 1. Saudara Haziq dianugerahkan pembahas terbaik. Kecewa memang ada, tapi kekalahan tipis menyebabkan kami diangkat ke kumpulan menang semua kerana kami berada dikedudukan ke-4. Maka, pusingan kelima sekali lagi menemukan kami dengan pasukan SMAP Labu dan sekali lagi kami bertindak sebagai kerajaan. Usul, Facebook Adalah Satu Keperluan, kami tewas dengan margin 2.67, juri 3-0. Pengumuman itu benar-benar mengecewakan kami dan penyokong termasuklah saudara Syazwan yang turut hadir menyaksikan kami berdebat. Pada petangnya, perlawanan ke-6 ini merupakan titik tolak layaknya kami ke pusingan kalah mati. Kami ditemukan dengan Asrama Yayasan Selangor dan sekali lagi bertindak sebagai kerajaan. Usul, Sidang Kemuncak Nuklear Harapan Palsu, kami berjaya memenangi usul dengan margin 6.33, juri 3-0. Pembahas terbaik pula memihak kepada saudara Faizs dengan semua pembahas STAR menjadi calon pembahas terbaik.

Sekali lagi, post-mortem malam ini lebih menekankan cara menambahbaik struktur dan pemahaman usul. Hal ini demikian kerana, wujud kemungkinan besar kami akan ditemukan dengan sekolah-sekolah yang hebat.

Pada hari Isnin, kami sangat mengharapkan bahawa kami dapat berehat pada pusingan double-octo dengan syarat berkedudukan di 8 ranking terbaik. Alhamdulillah, kami tersenarai sebagai pasukan kelapan terbaik dalam pusingan awal. Ini merupakan pencapaian pertama KDBM STAR di samping berjaya berdebat di sidang 1 sebanyak 2 kali. Jangkaan menentang SSAS memang tepat kerana kami ditemukan pada peringkat Octo-Final. Usul, Parti Politik Berasaskan Kaum Mengancam Perpaduan, kami menang dengan margin 2, juri 3-0, dengan pembahas terbaik dianugerahkan kepada saudara Haziq dan saudara Faizs turut tercalon. Keesokan harinya, sekali lagi kami ditemukan dengan SMAP Labu pada peringkat suku akhir. Debaran semakin memuncak sampaikan saudara Farid berharap sangat-sangat agar kami menang dengan SMAP Labu. Usulnya, London 2012:Emas Olimpik Mustahil. Dengan juri 5-0, margin 2.67, kami menang dengan pembahas terbaik dianugerahkan kepada saudara Haziq. Alhamdulillah, tidak sia-sia saudara Farid mengalirkan air matanya. Hehe. Pada petangnya, kami bertemu dengan SMK Dato' Ahmad Maher. Ku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mereka agak hebat dalam mempertikaikan usul dan kes kami. Alhamdulillah, juri 4-3 memihak kepada kami yang bertindak sebagai kerajaan dalam usul, Artis Indie:Harapan Baru Dunia Seni.

Memang satu perkara yang diluar jangkaan apabila dapat masuk ke pusingan akhir. Terasa seperti mendapat anugerah. Namun, langit tidak selalunya cerah. Kami akhirnya ditewaskan di peringkat akhir Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia anjuran UIAM. Kami yang bertindak sebagai pembangkang, gagal menolak usul dengan hanya 3 daripada 9 juri memihak kepada kami tetapi saudara Faizs tetap merangkul anugerah pembahas terbaik kategori akhir. Walaubagaimanapun, jauh di dasar hati cukup puas dengan kejayaan pasukan untuk berentap di pentas final. Hikmah Allah ditunjukkan dalam pelbagai cara. Mungkin ini adalah hikmah yang Allah beri untuk kami tahu peritnya kekalahan sebelum mengenal erti kemenangan. InsyaAllah, kami ingin menjadi Johan Piala Perdana Menteri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Amin...






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

5 comments :

imanshah said...

Salam semua..klau tahun 2009, kita tewas dan kita katakan KEJAYAAN YANG TERTANGGUH, namun tahun ini kita tewas lagi, dan kita terima hakikat bahawa, ALLAH berkuasa atas segala2nya..

Tahniah untuk semua..air mata, emosi, amarah,usaha, keinsafan semua dicurahkan, namun nampaknya nasib belum memihak kepada kita..semoga terus istiqamah, bukan sahaja dalam memperjuangkan piala kejuaraan, namun istiqamah dakam mencari Redha ilahi melalui perjuangan bahas..

imanshah said...

Melihat paman menangis, melihat azri menitis air mata...hati ini jua terusik..

Haziq Janudin said...

tq cikgu sebab jd tempat kami luahkan perasaan kat uia... haha... rase cam jejak kasih la pulak... huhu...

syazwan aswat said...

congratulations guys. it is not the end, it is the start of the legacy of excellence. AGAIN.

Haziq Janudin said...

tq bebet...
doakan ppm kitowang taw...
trase nak lwan kat picc lah...
huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...