Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

5 Dec 2011

Selamat Pergi , Qusyairi Fauzi . Jasa Anda Disanjung Tinggi .

Assalamualaikum ,


Siapa yang tidak kenal dengan insan berbadan besar yang cukup petah berbicara . Memecahkan rekod dalam sejarah KDBM saya kira apabila mencapai tahap tertinggi beliau pada umur 17 tahun yang mana merupakan tahun SPM beliau (kebanyakannya mencapai tahap puncak ketika umur 16 tahun) . Pemidato , Setiausaha Lembaga Pengawas , STARAYA , Setiausaha BADAR dan yang paling penting sekali Kapten/Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu STAR Ipoh . Zamannya menjadi presiden cukup gemilang sehingga Piala Perdana Menteri bertandang jua ke Ipoh .

Secara umumnya , saya mewakili Keluarga Debat Bahasa Melayu mengucapkan selamat tinggal kepada Kapten pasukan bagi tahun 2011 , Nur Qusyari Fauzi yang baru sahaja menamatkan proses 'membesar' di STAR Ipoh . Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau atas segala jasa dan usaha untuk pasukan ini .


Secara peribadinya , saya mengenali beliau sejak di tingkatan 1 lagi semasa Pesta Bahas dijalankan . Memakai seluar pada paras yang tinggi , membimbit botol air dan gaya jalannya yang begitu comel pada masa itu amatlah diingati oleh kami , peserta Pesta Bahas ketika itu . Izinkan saya menceritakan pengalaman saya bersama beliau .

Pada mulanya , kami (pasukan Rumah Hitam) amat-amat tidak berpuas hati dengan beliau kerana beliau sering membantu pasukan Rumah Kuning dan beliau bagaikan memulaukan/membenci pasukan kami sedangkan pada masa itu beliau tidak boleh menyentuh mana-mana pasukan (sebab-sebabnya sya sudah lupa) . Sejak itu , saya mula mencop beliau sebagai orang yang tidak adil . Haha .

Naik ke tingkatan 2 , saya mula diserapkan ke dalam KDBM . Sejak itulah saya cukup mengenali beliau sebagai seorang yang prihatin , ceria , suka membantu orang lain , bersifat ke-ibu-an dan mungkin juga kuat makan barangkali . Pada masa inilah kami (Qucai , Amsya dan saya) mencari keserasian serta KIMIA kami sebagai satu pasukan . Dan sejak itulah kami memasang niat untuk membawa pulang Piala Tun Sri Lanang dan PPM . Hebat juga kami sehingga pernah sekali diiktiraf menang menentang pasukan senior ketika itu oleh pembahas BI yang bertindak sebagai juri .

Pasukan yang diidamkan menghiasi kulit depan Fokus SPM .

Beliau betul-betul memainkan peranan dalam mencorak kami dan junior-junior lain . Sebagai bukti penghormatan kepada beliau , saya tidak pernah ber-aku-kau dengan beliau . Malah bukan saya sahaja , Amsya , Latip dan Wan juga begitu (satu-satunya form 5 yang kami kekalkan dengan panggilan begitu) .

Segala suka , duka , nangis , tawa kami tempuh bersama . Kenangan dimarah oleh Ummi kerana beliau dan kami bersifat tidak matured ketika di SSP , kenangan berebut makanan , kenangan mencipta kejayaan bersama dan segala 1001 macam kenangan kini hanya dikenang dalam hati . Hilanglah lagi sebutir mutiara jernih berkilau di bumi STAR . Terima kasih Kapten .

Bakal pemimpin negara ? Insya-ALLAH .
Saya akan undi beliau tak kira beliau parti apapun . Haha .

Maka dijanjikan teduhan Arasy Allah di padang Mahsyar kelak andaikata kita bertemu dan berpisah hanya kerana ikhlas kerana ALLAH .

Selamat pergi untuk menempuh dunia luar , Qusyairi Fauzi .

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments :

IMANSHAH said...

Salam, Guchai

apa khabar?? sihat ke?? camner dah habis ni?? tentu tak sabaq nak p PLKN..

Saya ingat lagi Chai zaman kecik2, kami kesan bakat pun masa Chai bercerita dahulu lebai malang ke hapa, ters spontan saya dan ummi cakap, budak ni akan boleh pergi jauh. And it was happened sebagaimana yg kami rasa. Sangat sedih bila saya kehilangan ummi dan awak juga.

Lagi sedih bila memikirkan mahabbah antara SAYA dan budak2 yang tinggal ni seumpama kulit bawang. Saya sangat rindu budak-budak yang lama. Yang dah jadi macam anak saya.

Lagi sedih bila tahun depan saya berkeseorangan. Tapi jangan risau, saya takkan buat KDBM ni ibarat melepaskan batu di tangga, kerana banyak sekali kenangan saya di sini, InsyaAllah, saya akan buat setakat termampu. Kepada pembahas yang ada, terpulang lah kepada anda sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...