Mungkin  sedikit sedih bunyinya, namun apakan daya, takdir tidak bisa diubah.  Pada awalnya, Quchai mahu buatkan tajuk yang sedikit ceria seperti `Kini  mimpi itu menjadi realiti' tapi entahlah. Lidah terkelu. Mulut terkedu.  Hati ini tidak siapa yang tahu. Mungkin post ini agak sedikit muram,  namun itulah hakikatnya. Sedikit bingkisan setelah hampir beberapa tahun  kita bersama sebagai sebuah keluarga.
2007
PERMULAAN PROSES PEMBELAJARAN
Quchai  ingat lagi waktu ni, waktu ini lah yang membuka hati Quchai untuk  mengenali siapa itu bahas Bahasa Melayu. Pada asalnya Quchai ternampak  Abang Farid, Abang Harinn, Abang Bebet, Abang Paman, Cikgu Noridah,  Cikgu Shahnun dan ada la sikit-sikit abg Form 2 tengah cakap-cakap dekat  anjung tamu. Waktu itu siang, dalam pukul 3 petang macam tu. Selesai  susun kerusi di dewan Quchai berdiri kat situ tengok Cikgu Shahnun  tengah bercakap. Mula-mula ingat nak balik dorm tapi tak jadi sebab  terfikir seorang diri apalah yang diorang tengah buat ni? Quchai masih  blurr tak tau apa-apa.
Selang beberapa bulan lepas tu,  Cikgu Noridah bagi ucapan dekat 'Basketball Court'. Cikgu sedang  mempromosikan buku e-siswa ! Dia kata buku tu bagus untuk bacaan kami  sebagai pelajar STAR. Dan kisah penceritaan STAR 50 Tahun juga ada  diselitkan dalam buku itu. Quchai pun belilah. Tapi tengok-tengok ada  gambar pembahas INTERGOM di halam depan. Dalam hati Quchai "Kan best  kalau jadi cover depan majalah ni" Haha ! Tapi Quchai tau itu hanya  angan-angan Mat Jenin sahaja. Mula dari situlah Quchai tahu apa itu  debat. Sebabnya, Cikgu Noridah ada cakap pasal pengucapan awam. Quchai  dapat merakan keseronokan menonton debat ini.
Hendak  dipendekkan cerita, Quchai amat berterima kasih kepada Abang Muhyi  (FIVER 2007) kerana dia mengajak Quchai masuk pertandingan bercerita.  Jadi, dialah yang mengajar Quchai. Selepas tu Quchai teringin sangat  jadi wakil rumah dalam apa-apa acara yang ada kaitan dengan pengucapan  awam ni. Haha ! Sebab bila dah dapat tempat pertama waktu cerita tu  memang minat dengan bahas. Jadi Quchai pun masuk Pesta Bahas 2007. Tapi  tak habis pesta tu. Tidak mengapa. 2008 masih ada ...
2008
SIDANG PERBAHASAN DIMULAKAN
Dalam bulan 2 macam tu, Abg Paman panggil peserta Pesta  Bahas dekat laman ilmu. Dia  berkenalan dan dia tanya siapa yang sedia  nak masuk debat ? Yang tinggal hanya Quchai, Aidil, Khai, Afif dan  Ridhwan. Selang beberapa minggu kami diberikan tugasan dan akhirnya kami  diarahkan ke Bilik Prefect (sekarang Bilik Kaunseling) untuk melihat  senior-senior buat latihan untuk persediaan pertandingan. Quchai turut  serta. Tiba-tiba, Cikgu Noridah panggil, dia kenalkan diri, dan bermula  dari situlah, kami berkenalan. Cikgu bagi tugasan untuk  impromptu.  Topiknya ialah karipap ! Pada asalnya, Quchai pelik dan tidak tahu  langsung apa kaitan impromtu dengan bahas. Tapi sekarang baru tahu  betapa bernilainya perkara asas itu. Jadi kepada pewaris Quchai ingatlah  pesanan orang yang tidak seberapa ini. Tahun 2008 juga merupakan  satu-satunya tahun STAR terpaksa membahagikan pasukan kepada 3 ! Sangat  dahsyat dan Alhamdulillah, rezeki itu sentiasa ada dimana-mana . Quchai  diserapkan masuk ke pasukan ketiga. Destinasinya ialah SERATAS untuk  HKSBP ZON UTARA.Walaupun tidak mampu ke pentas akhir. Tidak megapa. Ini  hanyalah untuk pengalaman.
2009
PERCATURAN TUN SRI LANANG BERTANDANG KE IPOH
Bagi Quchai, tahun 2009 ini merupakan tahun  Quchai belajar segala-galanya. Quchai belajar erti sebuah pengorbanan,  erti persahabatan, penat lelah cikgu-cikgu, Quchai juga belajar apakah  itu erti harapan. Harapan yang tidak putus-putus untuk membawa nama  keluarga ini ke seantero dunia. Percaturan 2009 dimulakan tatkala  pasukan pertama ke SOKSEK untuk merebut Piala Zon Utara dan  Alhamdulillah pasukan yang diketuai Abg Siraj, Acap, Paman dan juga  Faizs berjaya mendakapnya. Untuk Piala Tun Sri Lanang pula, sasaran dan  harapan Cikgu Noridah yang dipanggil Umi oleh Quchai dan semua ahli  keluarga ini serta Cikgu Shahnun membuatkan pasukan pertama layak untuk  ke puncak. Namun, apakan daya rezeki tuhan sahaja yang tahu. Tempat  kedua milik kita. Tidak mengapa. Quchai waktu itu diletakkan di pasukan  kedua bersama Azri,Faizs dan juga Wan Hafizan(hehe rindu waktu itu).  Pada asalnya memanglah, Quchai nak sangat masuk pasukan pertama sebagai  simpanan, jujurnya Quchai cemburu tengok Ridhwan dapat masuk pasukan  pertama. Quchai nak sangat. Tapi amanat yang Umi, Cikgu Shahnun dan Kak  Teha beri Quchai perlu pegang. Bersama pasukan kedua ini, kami perlu  untuk mara ke Separuh Akhir sekurang-kurangnya. Namun cabaran kami  tersekat di tengah jalan. Walaupun pasukan Quchai tersangkut di Octo.  Azri dan Faizs layak mendapat pembahas ke 8 dan 4 terbaik Malaysia.  Sementara Quchai di tempat ke 11. Alhamdulillah.2009 juga mencabar  kredebiliti dan kesetiaan Quchai terhadap keluarga ini. Quchai  ditinggalkan seorang diri sebagai satu-satunya pelajar Tingkatan 3  bersama keluarga ini. Kawan-kawan yang lain terpaksa meninggalkan Quchai  atas sebab-sebab tertentu. PMR 2009 juga mencabar kewibawaan Quchai.  tapi Quchai ingat pesanan Umi bahawa kita tidak boleh campur adukkan hal  peribadi, pelajaran mahupun bahas dalam satu. Kita perlu asingkannya.  Alhamdulillah.PMR berjaya dilalui dengan sempurna. Untuk Tingkatan 2  bagi 2009 pula, Quchai ringkaskan cerita, jujur Quchai kata, pada  asalnya memang Quchai tidak berapa berkenan dengan Os, Wan, Latip dan  Amsyar waktu tu. Quchai siap boleh nak sabotaj team Os lagi. Haha !  Dahsyat kan ? Tapi tak tau la kenapa, secara berperingkat-peringkat  budak-budak ni berjaya menambat hati Quchai. Waktu ni, Quchai dah ada  keluarga yang sangat bahagia. Quchai ingat lagi Quchai pernah menangis  sebab tidak dibenarkan menyertai Pertandingan Piala Universiti di UKM  2009. Alasannya, PMR. Quchai menangis sebab tak boleh ikut. Nak jadi  observer pun hampir kena marah. Quchai cerita kat budak-budak ni. Os,  Wan, Amsyar, Latip. Quchai ingat lagi, kita suka lepak dekat belakang  surau. Quchai dera Os sampai boleh sebut 'R'. Quchai buat Wan nangis.  Quchai pau makanan Latip. Quchai tarik rambut Amsyar. Adoi , sedih bila  Quchai ingat balik. Os kata quchai macam MAK bebel je. Haha ! Jadi  quchai tinggalkan diorang. Alhamdulillah walaupun banyak kalah waktu tu,  tidak mengapa kita belajar. Pasukan pertama macam biasalah. Johan. I'm  proud of this family.Dan memori yang paling Quchai ingat lagi, kami  kehilangan Acap. Sifu Quchai dan juga mereka. Kitorang lari dari blok  akademi sampai green bila tau Acap nak pindah. Waktu tu hujan. kitorang  redah je. Tapi sampai green, Form 4 cakap, Acap baru je meninggalkan  kami. Terkelu. Hampa sebab tak sempat jumpa. Tapi Acap pernah pesan  dekat kami , dia nak tengok kami berjaya. Acap, kitorang sudah buktikan!  Alhamdulillah. Janji kami sudah ditepati.
2010
PASUKAN UTAMA
Tahun 2010 ni, adalah tahun keakraban. Paman  sebagai kapten. Kami tabik! Faizs sebagai co partner bersama Azri kami  respect ! Mereka merupakan inspirasi Quchai. Pada awalnya, jujur Quchai  kata, Quchai memang tak target langsung untuk pasukan Quchai ni pergi  jauh dalam mana-mana pertandingan sekalipun, Zon Utara, UIA atau PPM.  Tapi sangkaan itu sama sekali ditepis oleh Faizs, Azri dan Paman. Sebab  apa? Sebabnya ialah mereka merupakan Juara antara Juara. Zon utara, UIA,  PPM. Semua dapat ditempuh. walaupun mereka tidak mendapat Johan  sekalipun, tapi bagi Quchai tempat kedua itu merupakan nikmat yang  diberi kepada kita. Quchai bersyukur sebab dapat pasukan macam ni.  Bertolak ansur, memahami antara satu sama lain. Quchai pernah cakap  pasal benda ni kat diorang. Waktu tu kat Pasir Puteh. Lepas Quchai cakap  je pasal ni, Quchai gelak dan macam biasala, kene buli (gurauan  smata-mata) dan yang paling Quchai ingat sekali lagi. Quchai nangis  dalam bas waktu nak balik Ipoh. Sebabnya? Sebab Quchai rasa waktu tu  kami patut masuk ke final PPM. Tapi tersekat sekali lagi di separuh  akhir. Sedih. Quchai pun takut sebab Quchai takut tak boleh galas  sebagai ketua untuk tahun 2011. Quchai takut STAR tidak layak masuk  separuh akhir untuk 2011 dekat TKC. Quchai takut sangat. Paman cakap,  Quchai kena kuat. Azri kata, quchai kena ingat, rezeki itu ada di  mana-mana. Quchai perlu teruskan. Quchai pun agak kecewa disebabkan  selepas itu, kami tersangkut lagi. Kali ni bukan dekat separuh akhir.  Tapi di suku akhir. Bersama dengan Os, Amsyar dan juga Black.Kami tewas  di UKM di tangan AYS SELANGOR. Memang Quchai perlu terima hakikat waktu  itu. tamatnya ukm memberi Quchai satu harapan dan impian. Quchai kata,  kita perlu buktikan! Quchai perlu memenuhi hasrat semua orang. Quchai  perlu teruskan perjuangan. Quchai nekad untuk berjuang demi mencari  keredhaanNya.
2011
MIMPI MENJADI REALITI
Tanpa  satu pasukan yang tetap. Tanpa senior yang berpengalaman. Tanpa  sebarang sokongan dari teman seusia. Quchai rasa macam kosong. Tapi  Quchai tahu, Quchai mempunyai keluarga yang sentiasa ada disisi. Yang  sering mengangkat Quchai sewaktu Quchai jatuh. mendengar masalah ketika  musibah melanda. membantu tatkala diperlukan. siapa lagi kalau bukan  KELUARGA DEBAT BAHASA MELAYU SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH. Daripada  guru, abang senior, sehinggalah junior itu keluarga Quchai. Awal tahun  menyaksikan pelbagai dugaan yang Quchai rasa mencabar kewibawaan Quchai  sebagai ketua dalam keluarga ini. Kekalahan kepada Black membuatkan  Quchai rasa seperti tidak berguna. Memang Quchai sanjung tinggi Black.  Maklumlah, dia memang hebat. Konflik awal tahun itu terpaksa Quchai bawa  sehinggalah pemilihan untuk pasukan UTP. Black ternyata bukan  calang-calang orang yang mampu ditewaskan. Akhirnya dia menyingkirkan Os  daripada dipilih. Waktu tu quchai agak terkejut akan kehebatannya. Ya  saya menyanjung anda,sebagai kawan dan teman. Black, kalau Black baca  apa yang Quchai tulis ni, jangan ada satu pun perasaan riak ya. Ingat,  kita perlu sentiasa merendah diri dan terus maju. Untuk pasukan PPM  pula, lagi banyak konfliknya. Bagi Quchai tidak perlu untuk dipanjangkan  cerita. Apa yang ingin Quchai luahkan, Alhamdulillah, syukur  dipanjatkan kerana doa kita semua dimakbulkan. PPM berjaya dibawa pulang  ke Ipoh. Setelah hampir 6 tahun Umi dan Cikgu Shahnun mencuba.  Alhamdulillah. Itu sahaja yang Quchai mampu katakan. Syukur sangat.  Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Rezeki itu Allah berikan juga  kepada kita. Pengorbanan, rintangan, cacian malah makian sekalipun kita  dapat tempuh. Pengorbanan Umi dan Cikgu Shahnun yang setiap hari  menjenguk anak-anak mereka yang tidak matang ini membuahkan hasilnya.  Penat lelah Paman dan Siraj dari Negeri Sembilan, Azri dan Faizs  masing-masing dari Selangor dan Penang kami buktikan dengan piala itu.  Kesangupan Abang Farid Al Azim yang datang dari Bristol, London, Harinn,  Bebet, Bapak yang juga datang serta banyak membantu. Usaha anda sangat  saya sanjung tinggi. Terima kasih semua. Budi anda pasti akan dibalas  satu hari nanti. Akhir kata, doakan kejayaan saya dan kita bersama.
Sekalung Penghargaan Khas Untuk 
 Umi Noridah
Cikgu Shahnun Abdul Ghani
Bekas-Bekas Pembahas 
Dan Juga Pewaris Yang Masih Ada
ikhlas
-Qusyairi Fauzi-
 
 
 








 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments :
Post a Comment