Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

13 Dec 2011

PEMBELAJARAN BAHASA KE TIGA DIWAJIBKAN DI SEKOLAH RENDAH

Assalamualikum.


Pandangan pertama tentang usul ini mungkin berkaitan dengan tahap pemikiran kanak kanak di sekolah rendah yang masih lagi dianggap mentah untuk menerima bahasa ketiga seawal darjah satu.Namun, mengikut kajian seorang pakar bahasa dari US, kanak kanak boleh mencerap atau faham sebanyak mana bahasa yang mungkin sebelum mencecah umur 8 tahun dan selepas umur itu barulah seseorang itu memperkasakan satu persatu bahasa tersebut. Kajian oleh- Chomsky, pakar bahasa dari US. Di sini ada beberapa cadangan jika bertindak selaku kerajaan dan pembangkang. 
Secara amnya, kita tidak mahu menimbulkan isu yang baru.Maksudnya kita cuma ingin membincangkan tentang bahasa yang berada di sekeliling kita seperti bahasa tamil dan bahasa mandarin.Kerana sekarang pun ada juga pelajar yang sudah mempunyai bahasa ketiga.Mengikut apa yang saya faham,bahasa pertama ialah bahasa ibunda tidak kira b.melayu, b.tamil atau b.cina. Bahasa kedua ialah bahasa yang boleh diasimilasikan contohnya di Malaysia, b.inggeris dan bahasa ketiga ialah bahasa asing.Di sekolah jenis kebangsaan cina/tamil, pelajar melayu di sekolah itu telahpun mempelajari bahasa ketiga. Isu yang bermain sekarang ialah kewajiban diajar di semua sekolah rendah.

KERAJAAN-Apa yang perlu dititikberatkan dalam hal ini ialah 3 perkara. Yang pertama, perlu lihat pada kepentingan bahasa ketiga terhadap pembangunan pelajar itu sendiri kerana setiap pendidikan akan menyumbang kepada perkembangan seseorang pelajar. Namun, tidak dinafikan setiap perkara mempunyai kepentingan dan keburukan.Kita perlu buktikan yang kepentingan melebihi keburukan dan ianya boleh diserasikan dengan waktu kontemporari. Jika pembangkang memainkan tentang persediaan, kerajaan boleh menyatakan yang ianya bukan sesuatu yang mustahil kerana sekarang kita sudah ada penerapan bahasa ketiga  di sekolah rendah iaitu di SJKC dan SJKT. Antara kepentingan bahasa ketiga diajar di sekolah rendah ialah, ia boleh menjadi asas untuk ke peringkat sekolah menengah dan kita mengikut kehendak global di mana menuntut kanak kanak boleh berbicara dengan pelbagai bahasa.

Kedua, berbicara mengenai kemudahan. Adakah kita mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung semua pelajar sekolah rendah untuk mempelajari bahasa ketiga. Antaranya ialah buku teks, tenaga pengajar dan bahan bantu mengajar.Sebagai kerajaan saya kira kita perlu membuktikan yang negara Malaysia mampu menampung segala beban dan boleh menangani sebarang masalah andai kata kita wajibkan pembelajaran bahasa ketiga di sekolah rendah.Di sini, apa yang ingin disampaikan ialah kita tidak boleh hanya cakap yang kita mahu ianya diwajibkan, kita perlu buktikan yang kita boleh mengendalikan perkara ini andai kata ia diwajibkan.


 Ketiga, secara praktikal,menyentuh tentang situasi penerimaan pelajar itu sendiri.Kita tidak boleh sekadar cakap.Mungkin boleh diselitkan beberapa fakta yang membuktikan bahasa ketiga ini mampu diterima oleh kanak kanak sekolah rendah.Contohnya kita buktikan yang pelajar pelajar yang telahpun belajar bahasa ketiga buat masa sekarang tidak mempunyai masalah dalam pelajaran.Mungkin dalam hujah ini kita boleh mencadangkan kita mula mengajar bahasa ketiga bermula dari umur 10 tahun apabila para pelajar sudah mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

sebagai pembangkang, beberapa pertikaian yang boleh dibangkitkan seawal perdebatan ialah situasi di wajibkan di semua sekolah rendah kerana dalam situasi kontemporari tidak ada sebarang situasi yang mendesak rakyat Malaysia menguasai bahasa ketiga seawal sekolah rendah. Kita mesti berpijak di bumi yang nyata kerana bahasa ketiga ialah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari dibandingkan dengan bahasa ibunda dan bahasa kedua yang berada di sekeliling kita.


PEMBANGKANG- Beberapa perkara yang perlu dilihat sebagai pembangkang ialah kemampuan Malaysia itu sendiri. Apa yang perlu kita lihat ialah adakah kita mampu menampung dr segi kewangan untuk buku teks dan sebagainya.

Kedua, adakah pemikiran pelajar sekolah rendah di dalam negara kita mampu menerima bahasa ketiga seawal sekolah rendah. Sedangkan kita perlu tahu kebanyakkan pelajar yang baru masuk ke alam persekolahan masih lagi tidak tahu asas 3M. Jadi, kenapa perlu kita bebankan pelajar sedangkan sesetengah pelajar di sekolah menengah malahan di Sekolah Berasrama Penuh tidak dapat menguasai bahasa ketiga dengan baik dan ada juga ynag langsung tidak memahami PnP yang dijalankan oleh guru dalam kelas bahasa antarabangsa.

Mungkin sedikit pertikaian tentang kepentingan bahasa ketiga.Sebagai pembangkang yang baik kita tidak boleh menafikan kepentingan yang ada dalam bahasa ketiga namun apa yang boleh dipertikaikan ialah adakah kepentingan itu diperlukan seawal usia 7 tahun dan kemampuan seseorang pelajar itu sendiri dalam mempelajari bahasa ketiga seawal itu.

-Perkongsian ini tidaklah sempurna, mengharapkan tambahan idea dari cikgu, rakan dan seluruh ahli KDBM.

*terima kasih untuk abang farid yang banyak memberi bantuan


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...