Beberapa jam sebelum berangkat ke bumi Sintok untuk berkhidmat  sebagai wira negara di sana. Pada kesempatan ini, ingin Quchai  mewartakan amanah, harapan dan sanjungan Quchai kepada anda selaku orang  yang paling rapat dan Quchai sangat-sangat rindu kepada anda semua.  Insyaallah, jikalau diizinkan, pasti kita akan dipertemukan. Jadi Quchai  titipkan harapan ini buat anda semua.
Sebagai dua insan yang saya hormati. Saya ingin mengucapkan  setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Umi dan cikgu kerana kalian  berdua telah mengajar, mendidiik malah memberikan sepenuh kasih sayang  yang cukup istimewa buat diri saya. Ya, yang pastinya saya tidak akan  sama sekali melupakan perit getir kalian mendidik saya sebagai insan  yang diciptakan di muka bumi Allah yang cukup indah ini. Buat Umi, saya  ucapkan selamat menjalankan tugas sebagai PK HEM di SBPI GOPENG dan saya  percaya Umi pasti bakal menikmati saat-saat sebagai seorang guru dengan  sempurna dan berjaya untuk mendidik anak bangsa bagi mewarisi negara.  Saya akan ingat segala pesanan Umi buat selamanya. Untuk Cikgu Shahnun,  Selamat Hari Lahir saya ucapkan dan saya begitu berbangga kerana  mempunyai seorang guru yang amat berdedikasi dan serius akan kerjanya.  Pernah suatu ketika saya berbual bersama rakan-rakan dan mereka juga  pernah bertanya dan merasakan bahawa cikgu merupakan seorang guru  cemerlang di hati mereka kerana siang malam bertungkus-lumus  melaksanakan tugas sebagai seorang guru malah seorang imam yang begitu  sedap alunanya ketika membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Cikgu, saya  mohon agar cikgu mendidik mereka dengan sempurna dan ajarkanlah segala  ilmu cikgu kepada mereka. Jika terpaksa menggunakan kekerasan sekalipun,  gunalah supaya mereka tahu akan pentingya ilmu itu. Terima Kasih Umi.  Terima Kasih CIkgu Shahnun. Maafkanlah anak didikmu ini dan berkatilah  hidupnya. Doakanlah kejayaan anakmu ini.
Satu  empayar yang boleh dikira hebat telahpun anda lakukan ketika zaman kita  bersama dahulu. biarlah suka duka kita semua terpalit dalam satu memori  yang cukup indah dan akan dikenang sampai bila-bila. Buat Os, Wan,  Amsya dan Latip. Terima Kasih atas segalanya. Memori kita bersama dahulu  akan Quchai kenang sampai bila-bila. Kini, andalah zang akan mengemudi  bahtera ini untuk mengekalkan reputasi kita. Ingat, walau apa sekalipun,  sayangilah adik-adik dan buatlah mereka seperti keluarga sendiri. Tiada  jurang perbezaan antara kita semua. Ingat pesan cikgu. Tahu isu  semasa.Hargai yang muda. Insyaallah, kalian berjaya. Jadilah ketua yang  baik. Taat perintah agama. Rapatkan ukhwah keluarga ini. Dengar masalah  jika ada yang berdukacita. Jangan sama sekali megeruhkan keadaan. Quchai  nak ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana telahpun menjadi  rakan Quchai yang paling setia. Quchai tidak pernah lagi mempunyai  sesiapa seperti anda semua. Halalkan makan minum Quchai dan doakanlah  kejayaan Quchai dunia dan akhirat.
Black,  Dinie, Ahmad Aiman, Aya, Eyman. Dalam usia yang boleh dikatakan cukup  muda, anda semua berjaya membuktikan sesuatu yang cukup cemerlang bagi  Quchai. Tahniah kerana 8A itu sudahpun menjadi milik anda semua. Jadi  untuk diringkaskan cerita, Quchai juga ingin mengucapkan penghargaan  Quchai kepada semua kerana sudi untuk bersama Quchai sepanjang 3 tahun  kita bersama. Amanat Quchai. Jangan jadikan tahun 2012 sebagai tahun  untuk anda bersuka ria.Ingat kita ada cabaran yang menanti di hadapan.  Tinggalkan segala perbuatan yang boleh menyakitkan hati kita demi  kebaikan bersama. Quchai pohon supaya janganlah kita bermegah-megah  dengan apa yang ada. ingat perjalanan sebagai seorang pembahas tidak  akan terhenti begitu sahaja dan kita juga perlu menegakkan agama yang  suci ini. Jagalah nama baik keluaraga ini.
Tingkatan Tiga 2012
Walaupun  hanya mampu beberapa bulan kita bersama, namun Quchai sudah cukup  mengenali hati budi setiap yang ada antara anda semua. Quchai sudah  mengenal pasti siapa yang benar-benara akan setia dengan keluarga ini  ataupun sebaliknya. Yang pasti akan ada antara kalian yang bakal  meninggalkan keluarga ini. Walaupun begitu, kita masih sebagai sebuah  keluarga. Ingat hormatilah ketua anda dan Quchai turut menghargai  kenangan kita bersama buat selamanya. Belajarlah dari pengalaman. Jangan  segan untuk bertanya jika tidak mengerti. Jadikan kejayaan untuk 2011  ini sebgai matlamat untuk masa hadapan. Ingat, kita lebih sukar untuk  mempertahankan sesuatau daripada merebutnya.
Duhai guru, sahabat dan rakan seperjuangan
Kini telah tiba masanya untuk kita berpisah
Gelak tawa, suka duka kita bersama 
Akan terpalit dalam sebuah memorabilia yang kita bina bersama
Setelah aku mininggalkan kalian
Akan terbuka ruang pintu rindu dihati
Tertutup segala keceriaan kini
Maafkan sahabatmu ini
Agar hidupnya diberkati juga dirahmati
Akan terbuka ruang pintu rindu dihati
Tertutup segala keceriaan kini
Maafkan sahabatmu ini
Agar hidupnya diberkati juga dirahmati
Ingatlah 
Setiap pertemuan akan ada perpisahan
Setiap pertemuan akan ada perpisahan
Jadikan kisah kita sebagai kenangan
Manfaatkan segala ilmu yang telah aku curahkan 
Untuk kegunaan masa hadapan
Berikan sepenuh jiwa dan raga
Untuk kebaikan KDBM tercinta
Curahkan bakti tanpa mengenal erti jemu
Agar seluruh dunia mengetahui kehadiranmu
Sudah ke penghujungan rupanya kita
 Bagai tidak terasa, masa telah berlalu
Alih-alih kita berasa sebak dan pilu
Ilmu dijana, pengalaman ditimba
Sebagai senjata, pembela bangsa
Duhai pewaris bangsa,
Ingatlah pesanan diriku yang hina ,
Jika ada badai melanda
Jika laut itu bergelora
Jika ada sengketa melanda
 Tepislah ia dengan ilmu di dada
Bila aku jauh darimu
Akanku khabarkan keistimewaan KELUARGA ini
Supaya gah di mata dunia
Menabur bakti untuk pewaris bangsa
Anak enggang di kayu tinggi, patah ranting terbanglah ia
Anak dagang tak lama di sini, sampai musim pulanglah ia
Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan
 
 
 





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments :
Post a Comment