Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

2 Jan 2012

CIKGU SHAH


Tika pekik sambut tahun baru 
Jeritan bunga api dan alunan lagu 
Manusia yang biasanya kantuk dibuai lena
Bangun memekak mengira detik yang kononnya berharga .

Tika itulah
Seorang murabbi menggapai nikmat usianya kurnian Sang Pencipta

Cikgu Shah
Sebait puisi manakan sama selaksa budi
Seungkap kata manakan sama selaut keringat
Sekalung doa manakan seindah pintamu buat kami kepada-Nya

Butir katanya dilancarkan tegas
Tunjuk ajarnya disantunkan ikhlas
Ayat Kitab indah dialunnya merdu
Malah marah nasihatnya disulam adat Melayu

Cikgu Shah
Dibalik wajah ceria itu ada sedihnya
Telah dilaluinya hari duka kenangan lampau
Bakal dilaluinya hari mendatang penuh cabar
Namun tugasnya buat anak bangsa 
penuh cermat disemat iltizam

Ah , biar mereka berkata !
Bukan tugas kita puaskan hati semua 

Ya , itulah katanya
Kata buat orang yang tidak tahu erti jasa
Hanya pandai mengaib jatuhkan manusia

Ah , biar mereka berkata !
Bukan tugas kita puaskan hati semua

Ya , itulah ungkapnya
Ungkapan buat mereka yang tidak tahu erti derita
Hanya mahu mengecap nikmat di puncak senang

Pinta kami , Ya Allah
Murahkanlah rezekinya
Lanjutkanlah usianya
Ketemukanlah jodohnya
Kurniakanlah kebahagiaan
Kurniakanlah redha Jannah-Mu kepadanya .

Cikgu Shah
Selamat Hari Lahir .

Uthman's
1 Januari 2012 , Johor .

Khas daripada KDBM kepada Cikgu Shahnun



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...