Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

26 Jan 2012

PENJARA MANDATORI JIKA SEBABKAN KEMALANGAN MAUT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong pelaksanaan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan dan kematian sekiranya ia langkah terbaik menyedarkan golongan itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman itu perlu difikirkan memandangkan masyarakat selama ini tidak mengambil endah pesanan kerajaan dan pihak berkuasa sehingga menyaksikan bilangan kes kematian masih membimbangkan setiap kali Ops Sikap pada musim perayaan.

''Saya tengok tahun lepas bila IGP (Ketua Polis Negara) sudah cuba bawa pendekatan menyedarkan rakyat, merayu, mendidik, jumlah kemalangan dan kematian tidak menurun.

"Jika itu (hukuman penjara) boleh menurunkan bilangan kematian di jalan raya, saya rasa kita tiada pilihan kerana usaha selama ini tidak berhasil," katanya kepada pemberita selepas selepas menghadiri Program Belia Anti Jenayah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye yang baru-baru ini menyarankan pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Hishammuddin menambah, penggubalan undang-undang penjara mandatori itu perlu dirujuk serta dilaksanakan oleh Pejabat Peguam Negara dan sistem kehakiman sedia ada.

"Kalau sekiranya undang-undang itu dapat dipinda dengan mengambil kira hukuman yang lebih berat, maka pihak polis hanya melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...