Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

29 May 2011

STAR JUARA DEBAT UTP 2011

Melangkah ke final UTP, sangat melegakan dan menjadikannya bonus buat KDBM STAR, apatah lagi apabila diumumkan akan menentang SDAR, satu nama yang agak kuat dalam arena bahas sekolah-sekolah pada hari ini. Masih terkenang lagi apabila kami tewas dalam pusingan awal peringkat kumpulan dahulu. Namun, berada di pentas final sudah pastinya akan membuahkan suasana yang lain berbeza dengan peringkat kumpulan. Ya, kami harus menang bagi menaikkan semangat KDBM STAR sebagai pemanas badan untuk PPM tahun ini.

Untuk aksi di pentas final, Ummi dan Cg Shahnun memutuskan untuk menukarkan Amir Syafiq dengan Wan Hafizan selaku pembahas ke tiga. Ini merupakan strategi yang dilakukan memandangkan  Wan Hafizan masih lagi belum diketahui kekuatannya oleh pasukan SDAR. Dalam pertandingan akhir tersebut pasukan STAR telah diberikan semangat oleh penyokong seramai 40 orang yang dibawa khas dari Ipoh.

Bertindak selaku pihak KERAJAAN, usul berbunyi : KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR, KITA SUDAH MAJU. Perjalanan bahas berlangsung agak seimbang dengan para pembahas cuba memberikan perspektif dan hujah yang menarik bagi meyakinkan barisan juri. Dan akhirnya, kejayaan yang dinanti-nantikan akhirnya muncul jua apabila usul diterima. Maka, STAR buat pertama kali dalam tahun 2011 berjaya menggenggam kejayaan yang pertama. Satu permulaan yang cukup baik. 

Diharapkan pihak UTP akan meneruskan penganjuran debat sebegini rupa demi memeriahkan dunia debat sekolah-sekolah di Malaysia. Syabas KDBM STAR!! Tahniah buat para pembahas!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...