Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

29 May 2011

HKSBP 2011 : SMAP KAJANG MENANTI DI PUSINGAN KE DUA

Untuk pusingan ke dua, semua pasukan yang layak akan diundi semula. Berdetik dan berdebar hati takut diundi dengan pasukan yang punyai nama besar di PPM. Dan Cikgu Shahnun dimanahkan untuk mencabut undi. Mintak-mintaklah dijauhkan dengan SMAP K, SSP, SDAR mahupun INTEGOMB. Namun, kata orang, kalau sudah tertulis, maka redha jelah. Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Dan tuah tangan Cikgu Shahnun juga menemukan kami dengan musuh tradisi perbahasan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang). Mula-mula menerima berita, kami agak kaget dan ketakutan. 

Namun, setelah diberi kata-kata perangsang oleh Cikgu Shahnun, Paman dan Azri, maka sedikit demi sedikit perasan itu hilang. Yang ada hanyalah untuk mengekalkan momentum kemenangan pada HKSBP tahun 2010 apabila kami berjaya menewaskan SMAP Kajang dalam peringkat kumpulan. Dengan  persiapan rapi dan berkat istiqamah, kami hadir bersemuka dengan SMAP Kajang di Kolej Tunku Kurshiah. Kali ini, tiga juri akan membuat keputusan. Kemampuan berhujah dengan baik dan membidas dengan sempurna akan menjadikan satu pasukan lebih baik nanti.

Tarikh : 25 Mei 2011
Usul : Kos Rawatan Hospital Swasta Wajar Dikawal Oleh Kerajaan
Kerajaan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Pembangkang : SekolahM enengah Agama Persekutuan Kajang
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik :Amirul Rosli (STAR)

Alhamdulillah, juri menerima usul ini. SMAP KAJANG berjaya kami tewaskan lagi. Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas kemenangan yang sangat manis ini. Walaupun kedengaran sedikit komplen dari pasukan lawan atas kemenangan ini, namun semuanya sudah ditakdirkan. Biasalah rumah sudah siap pahat berbunyi. Cabaran suku akhir akan menanti. Siapakah lawan STAR? Kami akan menunggu pememang antara SEMASHUR atau KISAS. Memang tepat, takdir kami adalah yang terbaik untuk kami.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 comments :

Empunya Homestay said...

Salam.

Terlebih dahulu TAHNIAH atas kejayaan STAR ke Final PPM. Saya tumpang gembira dan terharu dengan kejayaan ini.

Secara jujurnya, saya minta maaf bagi pihak diri dan SMAPK, andai sekiranya 'komplen' boleh merosakkan apa-apa ikatan. Biasa lah, 'komplen' itu untuk mendapatkan penjelasan dan lebih kepada integriti kehakiman tapi perkara tersebut bukan lah satu isu besar dan eloknya tidak dipanjang2kan.

Saya sudah sebati dengan kitaran dunia debat dan saya faham akhirnya masa untuk kita akan tiba, samada mengecapi kejayaan atau menemui kegagalan. Secara peribadi, saya sudah mengenali Cg Noridah sejak saya Tingkatan 3 dan sehingga kini. Saya tahu dan faham kegigihan beliau. Dan sejak beliau di STAR, batch2 pendebat nya juga saya kenali. STAR dan SMAPK seperti rutin bertemu di PPM.. sejak 2006..kecuali 2009 sahaja tak bertemu... dan bertemu nya mesti pada pusingan kalah mati... Ya, takdir Allah seperti kitaran dan giliran... Ini ketentuan yang perlu kita redha kerana itu letaknya Adil Allah..

Buat finalis PPM STAR, ini peluang korang, tebuslah untuk abang-abang pendbt korang yang pernah berharap.. juga buatlah untuk Cg Noridah, kerana saya secara peribadi, memahami kejujuran keikhlasan kegigihan beliau.. juga, buat Cg Shahnun.. dan hargailah takdir Allah ini.. BUAT YANG TERBAIK. terutama kemaskan pengisian penghujahan pembuktian..

Saya minta maaf andai 'komplen' tempoh hari tidak disenangi... Maaf dan saya doakan yang terbaik untuk STAR, terutamanya Cg Noridah. Sampaikan salam saya buat Cg Noridah.

sekian ---> Fadhli @ Otel.

KDBM STAR IPOH said...

Wasalam ,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi teratak kami ini . Terima ksih juga untuk ucapan tersebut . Alhamdulillah , semuanya hanya rancangan ALLAH Yang Maha Esa .

Kami juga mohon maaf sekiranya kami cuba untuk memanjang-manjangkan isu 'komplen' tersebut dan kami amat bersetuju agar isu ini tidak merosakkan apa-apa ikatan . Kita tutup kes tersebut di sini sahaja ya .

Terima kasih juga atas penghargaan kepada Cgu Noridah . Kami juga hormatkan Abang Otel atas kegigihan abang melahirkan pendebat-pendebat lagenda di SMAPK . Kami juga berharap kita akan berjumpa lagi di perlawanan akan datang atas nama silahturahim dan ukhwah . Kalah menang tolak ke tepi dahulu , itu semua adat permainan .

Terima kasih atas kesudian Abang Otel atas kesudiaan menitipkan nasihat kepada finalist PPM . InsyaAllah , kami akan usahakan yang terbaik .

Apa yangg kami harapkan , moga Abang sudi mendoakan kejayaan kami dengan penuh keikhlasan . InsyaAllah , semua yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kami percaya baik buruk manusia mentadbir , rancangan Allah lah yang terbaik . Terima kasih dan mohon maaf sekali lagi .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...