Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

29 May 2011

HKSBP 2011 : BUKU BERTEMU RUAS

Melangkah ke separuh aklhir bermaksud kami mengulangi pencapaian senior kami di Pasir Putih pada tahun 2010. Dan SBPI Gombak sekali lagi menjadi halangan. Bertemu pasukan yang sama seperti tahun 2010 membuatkan semangat kami membuak-buak untuk menewaskan musuh tradisi ini bagi menbus semula kehampaan para senior 2010. Kali ini ditempat yang baru dan bersama pembahas yang barui kami yakin keputusannya pasti berubah. Dan untuk berubah, semuanya terletak di bahu kami.

Menentang Gombak sememangnya kami ditakdirkan untuk menjadi kerajaan buat kali ke enam. Dan Gombak seolah-olah memilih takdir mereka sendiri. Pada mulanya Cikgu Shahnun hampir mencabut sampul pem bangkang, namun sedikit masalah teknikal, pembahas ke tiga Gombak dengan pantas mengambil sampul tersebut. Maka, kami terima peranan KERAJAAN dengan hati yang redha dan berlapang dada, Mana tahu tuah kerajaan tahun 2011 ini. 

Usul pada peringkat separuh akhir berbunyi " HUKUMAN KHIDMAT MASYARAKAT BERUPAYA MENDIDIK PESALAH JUVANA". Alhamdulillah, malam tadi kami telah berbincang secara panjang lebar berkenaan isu Hukuman Sosial bersama Cikgu Shahnun, Ummi dan Azri. Dan bertindak selaku pihak kerajaan, STAR telah membuka konsep dengan begitu cantik sekali disertai dengan hujah-hujah yang begitu meyakinkan. Alhamdulillah, semua pembahas membuat persembahan yang terbaik. Dan tidak lupa juga dengan pasukan Gombak yang tidak kurang hebatnya membangkang usul.

Perlawanan tamat, namun sedikit kelegaan apabila menyaksikan beberapa kesalahan dilakukan oleh barisan pembangkang. Terutamanya hujah ke tiga mereka disampaikan pada minit ke 7. Begitu juga kesalah pembahas je dua tidak membidas hujah ke dua kami. Dan kami tidak boleh terlalu yakin untuk menang. Keputusan akan diumumkan sewaktu majlis penutup di Stadium Paroi nanti. Jumpa di sana.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...