Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

1 Jun 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN 12 PENJURU

Pada 16 Mei 2015, KDBM STAR telah berkunjung ke SM Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) untuk menyertai perlawanan Persahabatan Bahas 12 Penjuru sebagai persiapan menghadapi Hari kecemerlangan Sekolah Berasrama penuh (HKSBP) yang bakal berlangsung di SM Sains Batu Pahat. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai perlawanan pemanas badan tersebut antaranya SM Sains Selangor, SM Sains Alam Shah, SM Sains Seri Puteri, Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Batu Pahat, Kolej Tunku Kurshiah, SM Sains Tuaku Munawer, Maktab Tentera Di Raja, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, SM Sains Banting, SBPI Gombak dan SMK Putrajaya Presint 8 (1).

Jpeg

 Alhamdulillah, satu usaha murni dalam kalangan guru-guru SBP dan penganjur SMK Putrajaya Presint 8 (1) yang berjaya menghimpunkan 12 buah sekolah. Pengalaman menyertai perlawanan persahabatan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk menghadapi Pertandingan bahas Piala Perdana menteri sempena HKSBP 2015 nanti.

Jpeg


Keputusan

1. Usul : Media Pengiklanan Membentuk Budaya Kepenggunaan

STAR (Kerajaan ) lawan Sekolah Sultan Alam Shah (Pembangkang)
Pemenang : STAR

2. Usul : Warga tempatan Perlu Diberi keutamaan Dalam pasaran Kerja 
Integomb (kerajaan) lawan STAR (Pembangkang)
Pemenang : STAR

3. Usul : GST Punca Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat
STAR (kerajaan) vs SMS Tuanku Munawer (Pembangkang)
Pemenang : SASER


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...