Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

11 Jun 2015

CORAT-CORET HKSBP 2015

Berikut merupakan corat-coret KDBM STAR sebelum, semasa dan selepas Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-42.

1. Sebelum bertolak ke SEHEBAT, para pembahas telah mengorbankan masa cuti mereka khususnya cuti 1 Mei (hari pekerja) dan 16 Mei (pengorbanan guru pada hari guru) untuk menyertai perlawanan persahabatan. Pertama 1 Mei di SMS Selangor dan kali ke dua di SMK Putrajaya Presint (1). Alhamdulillah, kata orang tua, usaha itu tangga jaya. Berkat pengorbanan kita berjaya. 


12 sekolah terlibat dengan Perlawanan Persahabatan 12 Penjuru di SMK Putrajaya Presint (1)


2. Pada tahun ini, STAR tidak menghantar pelajar-pelajar Tingkatan 5 ke HKSBP. Pasukan ini telah digandingkan buat kali pertama dalam Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Perak pada bulan Jun 2014. Antara kejayaan gandingan Ilman, Afif dan Syameel sebelum ini ialah muncul juara Liga IIUM IDC 2014 dan juara Cabaran Debat Muda Zaaba, Universiti Kebangsaaan Malaysia.  Syameel Aieman merupakan kapten pasukan merupakan pelajar Tingkatan 4, Afif Nazhan Tingkatan 4, Ilman Hakim Tingkatan 3 dan Aliff Hazim Tingkatan 4. 


Dari kiri Syameel, Afif dan Ilman. 

3. STAR memulakan perlawanan dalam HKSBP kali ini agak mencemaskan apabila tewas dalam perlawanan pertama menentang pasukan pilihan, SM Sains Banting. Membahaskan usul 'Media Sosial Medium Lambakan Maklumat Sahih", STAR tewaqs 1-2 keputusan juri dan Zulaika dari SMS Banting. Namun, bak kata cikgu Shahnun, inilah sebenarnya Percaturan terbaik Allah menyulitkan laluan, namun diakhirkan Insha Allah akan dipermudahkan. Cuma terus istiqamah, baiki kesilapan dan berdebatlah dengan sepenuh hati. Alhamdulillah, Allah permudahkan laluan sehingga ke final. 


Syafika (BASIS) sedang menyampaikan hujah. 

4. Sebelum ke final, STAR melalui perlawanan yang agak mendebarkan bertemu 4 buah sekolah ini. Tiga daripadanya nama besar dalam arena debat sekolah Berasrama Penuh, dan satu lagi 'giant killer'  yang membuat kejutan. Di peringkat double octo, STAR bertemu SDAR, bekas Johan PPM serta di peringkat Octo, STAR bertemu INTEGOMB, juga bekas juara PPM. Manakala di peringkat separuh akhir pula, ditakdirkan bertemu Kolej Tunku Kurshiah, pasukan yang cukup konsisten tahun ini, sering menjadi perbualan warga HKSBP ke-42. Selain itu juga, pertemuan menentang satu-satunya wakil Malaysia Timur, SMS Sabah di suku akhir juga tidak kurang hebatnya. SMESH telah membuktikan betapa sekolah-sekolah dari Zon S Q L tidak boleh lagi dipandang sebelah mata. Syabas SMESH. 


Selepas pertemuan menentang TKC di peringkat separuh akhir. 

5. Sesuatu yang menarik dalam penyertaan HKSBP tahun ini, ketiga-tiga pembahas STAR berjaya mendapat gelaran pembahas terbaik. Makna kata, tiada siapa dalam pasukan yang terlalu menonjol dan menenggelamkan ahli kumpulan yang lain. Walaupun ketiga-tiganya tidak berada dalam kedudukan 10 pembahas terbaik keseluruhan, namun membentuk pasukan seimbang dalam ketiga-tiga peranan pembahas adalah lebih bermakna. Pasukan yang seimbang  adalah sangat penting dalam menghadapi sesuatu pertandingan.


Bersama T-shirt baru tahun ini. 

6. Diakhirnya kejayaan sesuatu pasukan tidak akan hadir tanpa usaha, disiplin dan kesungguhan. Alhamdulillah Keluarga Debat bahasa Melayu sentiasa bergerak sederap sebagai sebuah keluarga. Selepas memenangi Piala Perdana Menteri pada tahun 2011, KDBM STAR hampir melangkah ke final untuk tahun 2014 dan 2013. Kami tewas di separuh akhir untuk ke dua-dua tahun.  Namun perjalanan tidak pernah canggung, langkah tidak pernah resah, kaki terus melangkah tanpa rebah dan penuh istiqamah. Ada sosok tulus yang tak pernah kebah membimbing kami, walau sesakali ada marah dan rajuk, namun tetap tabah dan istiqamah membimbing KDBM STAR. Terima kasih buat guruku, Shahnun Abdul Ghani. Buat junior-junior KDBM STAR yang sentiasa membantu menjadi rakan sperguruan dan teman mencari bahan, terima kasih buat kalian. Juga para senior yang masih sudi menjenguk adik-adik di STAR dengan curahan ilmu dan perkongsian pengalaman. Insya Allah, legasi ini akan dipertahankan. 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...