Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

11 Jun 2015

KDBM STAR LAYAK KE FINAL BAHAS PIALA PERDANA MENTERI 2015

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP)  kali ke-42 di SM Sains Batu Pahat memberi momento terbaik buat KDBM STAR Ipoh apabila diumumkan layak ke Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2015 yang akan berlangsung pada 2 Ogos 2015. Pencapaian ini mengulangi kejayaan STAR pada tahun 2011 apabila menewaskan SM Sultan Abdul Halim, Jitra di final PPM 2011. Berikut sedikit sorotan perjalanan STAR dalam HKSBP 2015.

Di peringkat pusingan awal STAR diletakkan dalam kumpulan M bersama SM Sains banting, SMS Sembrong dan SMS Jeli. Berikut merupakan keputusan melibatkan KDBM STAR : 
Pusingan Awal 

STAR vs SMS Banting
Usul :  Media Sosial Medium Lambakan Maklumat Sahih
Pemenang : SMS Sains Banting
Pembahas Terbaik : Zulaika (BASIS)

STAR vs SMS Sembrong
Usul : Belajar Sambil Bekerja Membina Ketrampilan Diri
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Ilman Hakim (STAR)

STAR vs SMS Jeli
Usul : Kenaikan Kos Sara Hidup Membentuk Budaya Berhemat
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syameel Aieman (STAR)

Pusingan Ke-2 Satu (Double Octo)

STAR vs SDAR
Usul : Caj Perkhidmatan Hospital Kerajaan Wajar Dinaikkan
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan (STAR)


Pusingan Ke-2 Dua (Octo)

STAR vs SBPI Gombak
Usul : Pelajar Menengah Atas Wajar Diberi Hak Memilih Matapelajaran
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Syameel Aieman (STAR)

Pusingan Suku Akhir

STAR vs SMS Sabah
Usul : Universiti Wanita Perlu Diwujudkan
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Afif Nazhan

Pusingan Separuh Akhir

STAR vs Kolej Tunku Kurshiah
Usul : Teknologi Wajar Diperhebat Agar Dunia Lebih Selamat
Pemenang : STAR
Pembahas Terbaik : Tidak diumumkan


Alhamdulillah, STAR akhirnya berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir yang akan dilangusngkan pada 2 Ogos 2015 nanti. tahniah buat jurulatih, Cikgu Shahnun dan para pembahas ; Ilman, Syameel, Afif Nazhan dan Aliff Hazim atas kejayaan bermakna ini. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments :

Ira Sahira said...

boleh saya berkenalan dengan pendebat STAR tahun 2015.
Saya ingin bertanya tentang salah satu tajuk usul bahas iaitu "pelajar menengah atas wajar diberikan hak memilih mata pelajaran". Boleh saudara kongsikan tentang point tajuk tersebut.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...