Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

1 Jun 2015

KDBM STAR JUARA SULUNG CABARAN DEBAT ZA'ABA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pada 6-8 Mac 2015, Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR telah menyertai Cabaran Debat Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pertandingan tiga hari ini merupakan satu platform yang baik kepada KDBM STAR kerana penyertaan adalah bukan sahaja daripada sekolah-sekolah menengah, namun turut melibatkan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini.
cdz
 Alhamdulillah, setelah menempuhi perlawanan di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, KDBM STAR telah melayakkan diri ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir, STAR telah menentang Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Pada perlawana akhir, ke dua-dua pasukan telah membahaskan usul Dewan Ini Percaya Parlimen Belia Akan Membawa Perubahan. Bertindak selaku kerajaan, STAR berjaya meyakinkan juri untuk menerima usul perdebatan. Akhirnya STAR diumumkan juara setelah kesemua juri memihak kepada kerajaan (5-0). Manakala Syameel Aieman, pembahas ke-3 STAR dipilih sebagai pembahas terbaik perlawana akhir. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, Encik Shahnun bin Abdul Ghani dan para pembahas iaitu Afif Nazhan, Syameel Aieman dan Ilman Hakim.
zaaba


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...