Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

10 Dec 2010

Sayonara

Assalamualaikum,

Sudah menjadi lumrah dunia bahawa setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Malah, kita juga telah dijanjikan naungan Arasy Allah jika kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah s.w.t. Sayu rasanya ingin berpisah dengan pelajar tingkatan 5 terutamanya 3 tunggak utama KDBM tahun ini. Kami doakan kalian terus bersinar menempuh samudera ciptaan Illahi. Di sini saya ingin coretkan sesuatu untuk 3 abang-abang saya. Harap sudilah bacanya.


Siapa tak kenal dengan Saudara Haziq Janudin, kapten KDBM STAR 2010. Pengalaman menyertai hampir 12 perlawanan digunakan untuk mendidik kami menjadi pembahas yang hebat seperti beliau. Seorang yang ramah, ceria dan kadang-kala tegas. Secara peribadinya, saya sangat kagum dengan ketabahan beliau yang berlatarbelakangkan keluarga yang susah. Sifatnya yang selalu ceria menjadikan saya terkejut apabila beliau menceritakan tentang keluarganya terutamannya kematian abangnya ketika beliau kecil dan kisah bagaimana beliau kurang merasai kasih seorang bapa. Ada pengajaran yang terlalu bernilai bagi saya daripada cerita tersebut. Mungkin tak perlu saya ceritakannya disini. Bagi saya, beliau boleh jadi abang yang penyanyang yang suka belanja kami, kawan berlawak dan kadang kala ayah yang tegas. Syukur kepada Allah kerana saya dapat kenal beliau.


Buat Saudara Faizs bin Omar, penguasaan emosi yang dipunyai oleh beliau mengagumkan saya. Banyak ilmu yang beliau turunkan kepada saya selaku pendebat pertama. Secara peribadinya saya katakan beliaulah satu-satunya tempat saya mengadu masalah peribadi saya. Sifat peramah beliau membuat kami senang dengan beliau. Kami takkan lupa sifat inteleknya masa berdebat hingga dinobatkan sebagai pembahas terbaik final UIA 2010. Terima kasih juga untuk ilmu debat yang diturunkan daripada ilmu bahas hinggalah ilmu bagaimana memikat perempuan. Haha. Banyak jasa beliau pada kami.


Walaupun saya jarang berbual dengan Saudara Azri bin Kamaruddin, tapi beliaulah satu-satunya Ketua Umum yang saya paling rapat berbanding KU yang lain. Beliau juga turut serta mendidik kami terutamanya memperkenalkan sistem fasa dalam hujah kepada kami. Beliau berjaya menutup kerjaya debatnya dengan menonjol dalam PPM Peringkat Kebangsaan. Pengurusan masa beliau mengagumkan saya. Kehidupan hectic sebagai KU, pembahas, SU BADAR, pemain kriket tapi kemahiran berdebat beliau tetap terus meningkat. Kami akan sentiasa rindu dengan gurau senda baliau yang mudah mesra dengan kami.

Akhir kata, saya pohon maaf secara peribadi jika ada terkutuk belakang. Maklumlah, bumi mana tak ditimpa hujan. Saya juga yakin abang-abang takkan terima tawaran sekolah-sekolah lain kerana kami sentiasa perlukan ilmu abang di sini. Sayonara. Moga Allah izinkan kita bertemu kembali.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 comments :

Haziq Janudin said...

haha...
sedih tinggalkan korang...
huhu

KDBM STAR IPOH said...

huhu..
kteorg pon sedih ditinggal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...