Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

1 Mar 2010

Pahit untuk Ditelan....



Assalamualaikum w.b.t.

Lama rasanye tak bukak blog ny directly.besenya tangguk owg je.tapi alhamdulillah, Allah bagi gak ana peluang untuk buat sedikit coretan kat test pad maya ni.

"barangsiapa yang merasakan dirinya benar2 tawaduk dan rasa rendah diri,sesungguhnya dia benar-benar termasuk dalam golongan orang yang takabur.
-sabda Rasulullah S.A.W-

MasyaAllah,begitu halus Syaitan merpermainkan hati kita.tidak terkecuali ana juga melaluinya.
Warga Star sedia maklum betapa ana merupakan seorang Ketua Umum yang hidupnya begitu sibuk dengan pelbgai aktiviti(jarang jumpa KU camni).bukan sahaja dipadang,malah sampai terbawa2 ke luar padang sibuknya.Dari bidang sukan sampailah bidang pengucapan awam.Semuanya ana terlibat.Ana tahu,ramai owg anggap ana ni mat pulun lah dan sebagainya.Ana terima semua itu.Tapi nak wat cmne,bakat yang terpendam haruslah sentiasa digilap.

Berbicara soal 'hectic life' ini,ana x nafikan ramai pihak yang kecewa disebabkan semua aktiviti ana bertindih antara satu sama lain.Dalam minggu ini sahaja,3 aktiviti yang ana harus sertai-Kursus kepimpinan Ketua Umum,Kriket SBP zon utara dan HKSBP zon utara. memang kalo nak diikutkan hati,mahu sahaja ana hadirkan diri dalam semua aktiviti2 ini.Namun apakan daya,ana hanya seorang manusia biasa yang tidak mungkin dapat menghadiri semua aktiviti itu dalam satu masa.

Jadi,ana harus buat pilihan.Walaupun pahit untuk ditelan,tapi cukup manis untuk dirasai.Setelah melakukan diskusi bersama beberapa teman,guru dan ditambah dengan solat sunat isytiharah, ana rasakan inilah keputusan yang sebaiknya.
Tepat jam 11.30 pagi pada pagi isnin,1 mac 2010.Ana sudah membuat keputusan untuk pergi berjuang di HKSBP zon utara!!!!!!!!.Biarlah ape orang nak kata,yang penting keputusan sudah dibuat dan tak boleh dipatah balik.

Jadi kawan2 ku,ayuh sama-sama kita berjuang bagi memastikan tiket ke scipp pd jun ini jd milik kita bersama.Jgn mudah menyerah kalah dan teruskan usaha.masih ada waktu untuk perbaiki semuanya.Yang penting ialah, chemistry bonding antara kita kena kuat kaw2 nye.Yang penting sekali,banyakkan berdoa kepada Allah dan jge hubungan dengannya

"Wahai orang2 yang beriman, Berdoalah kepadaku.Nescaya akan kuperkenankan kepadamu". -firman Allah-

Thanx kpd semua yg mnydrkan ana.Jazakallah...

- Abdullah Hexa AZRI-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...