Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

7 Mar 2010

Perlawanan Persahabatan

Memohon keberkatan sebelum perlawanan

Saudari Haiza membentangkan usul


Siti Fatimah berhujah
Hari ini, SBPI Gopeng telah datang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kami. Kami memberikan peluang untuk mereka memilih usul dan mereka telah memilih usul; '1 Malaysia Pemangkin Kegemilangan Negara'. Kami yang bertindak sebagai perwakilan pembangkang telah menghadapi mereka yang bertindak sebagai kerajaan.

SBPI Gopeng yang diwakili Haiza Hanim, Siti Fatimah dan Shahnon telah membincangkan usul dengan baik dan mempersembahkan usul dengan jayanya. Kami akui ada masalah tadi dan perkara ini sedikit mengganggu rentak perdebatan di perwakilan kami.

Perlawanan persahabatan ini banyak mengajar kami tentang kekurangan dalam pasukan. Aspek format, sacastic dan kelancaran kami menjadi pertikaian Umi, Cg Shahnun, Harinn, Bebet dan junior. Faizs mendapat pujian kerana membangkang usul dengan baik, tetapi Umi menegur dari aspek penekanan format yang sedia ada. Qusyai pula agak baik, cuma masalah suaranya mengganggu keligatan si comel ini. Haha. Saja bergurau ya Qusyai. Prestasi saya pula pada tahap yang tidak memberansangkan kerana kurangnya unsur humour. Perkara ini ditegur oleh semua ahli Hexa, malah pendebat SBPI Gopeng sendiri! Sedih memang ada, tetapi biasalah, tidak selalunya kita berada di atas.

Terima kasih atas kesudian pihak SBPI Gopeng untuk mengadakan program persahabatan ini yang saya rasa cukup mengajar kedua-dua pihak tentang kekurangan pihak masing-masing dan membolehkan kami mengetahui kelemahan pasukan serta cara untuk mengatasinya. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada saudara Harinn dan Syazwan yang sudi datang ke sekolah bagi membantu kami dalam kem yang tidak dapat berjalan dengan lancar walaupun hanya sehari.

-hexapaman-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...