Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

1 Mar 2010

Menghadapi Tekanan Dengan Santai

Junior bahas yang terlibat

Saya penuh usaha... HAHA...

Qusyai di padang

Faizs juga terlibat dalam acara tarik tali... Tarik Yoq!

Menjelang hari sukan sekolah yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini, segala tekanan dalam perdebatan mula berkurang kerana hari demi hari mula dipenuhi dengan kepadatan latihan rumah sukan masing-masing. Hijau, Biru, Hitam, Merah, Putih dan Kuning semuanya sibuk dalam usaha mempersiap khemah serta kekemasan kawad yang akan berlangsung pada hari sukan. Kami juga tidak terlepas akan kesibukan temasya tersebut. Ada yang terlibat dalam acara sukan, kawad mewakili rumah dan ada juga yang membantu menyiapkan khemah rumah masing-masing.

Teringat pula saat-saat menjadi junior dahulu, segala arahan senior menjadi ikutan. Takut nak ingkar. Itu fasal ada rasa nak tergelak apabila lihat kanak-kanak ini berlari ke sana-sini. Ada pula yang menjunjung barangan untuk rumah masing-masing. Semuanya memang masih dalam ingatan yang sukar untuk dilupakan.

Kembali semula dalam topik perdebatan. Saat menunggu giliran untuk acara tarik tali petang tadi, Umi ada menyatakan mengenai keinginan pasukan bahas dari SBPI Gopeng untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada hari Ahad, 7 Mac yang akan diadakan di STAR. Objektif mereka adalah untuk melakukan persediaan demi menghadapi HKSBP Zon Utara. Jadi, perkara yang saya harapkan agar kedua-dua pihak dapat memberikan komitmen sepenuhnya lebih-lebih lagi para pendebat STAR yang mungkin keletihan menghadapi Temasya Sukan Tahunan STAR yang berlangsung pada hari sebelumnya.

Jadi, sedikit keceriaan saya rasakan timbul dalam benak pemikiran ini kerana sebelum ini segala usaha untuk membolehkan pasukan mendapatkan pengalaman melalui sesi perdebatan persahabatan antara SBP pada suatu ketika dahulu. Ucapan terima kasih saya dahulukan andai Encik Mohd Zaidi b. Basir, Penolong Kanan Koku SBPI Gopeng (mantan PK KOKU STAR) yang membolehkan jalinan antara dua buah SBP, membaca blog ini. Sekian, Assalamualaikum...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...