Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

23 Feb 2010

Cabaran Semakin Dekat

Nama saya di tempat ketiga
Gambar 'sparring'

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh....
Ahad, 210210, jam 2030. Kembali ke sekolah...
Cuti selama seminggu memberikan ruang kepada kami untuk berehat sebentar. Namun, masa itu kehidupan, kehidupan kami kini semakin hampir dengan HKSBP Zon Utara. Secara mentalnya, kami tidak mampu berehat. Melangkah kembali ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman membuatkan kami semakin gemuruh dan takut. Bilik debat kesayangan menjadi destinasi pertama malam kepulangan kami. Semuanya sudah berkumpul. Masing-masing dengan ekspresi tersendiri. Sebagai sebuah keluarga, kami bermusyawarrah dan meluahkan isi hati masing-masing. HKSBP Zon Utara bukan lagi tempat untuk kami jadikan permainan atau untuk memanaskan badan, tetapi menjadi penentu pendukungan tradisi kecemerlangan Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Untuk menjadi finalis pertandingan bahas HKSBP Zon Utara merupakan suatu kewajipan. Untuk mengekalkan takhta Johan pertandingan bahas HKSBP Zon Utara juga mendesak kami untuk berusaha seratus kali lebih keras. Tahun ini, hanya finalis pertandingan bahas HKSBP Zon Utara sahaja yang akan mara ke Piala Perdana Menteri. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, destinasi utama pasukan bahas STAR. Bergerak ke bumi Kelantan merupakan inspirassi utama kami. Sesungguhnya masa menjadi musuh utama kami. Sesaat demi sesaat telah pun berlalu tanpa disedari. Dalam masa yang sama kami terpaksa bertungkus-lumus untuk bersedia menghadapi Hari Sukan Tahunan yang diadakan seminggu lebih awal daripada HKSBP Zon Utara. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kadang-kala, perasaan dan fikiran kami kucar-kacir, keliru dan haru-biru untuk memberi komitmen dalam kedua-dua agenda tersebut. Sebagai pelajar juga kami sedar akan fokus utama kami datang ke bumi STAR. Akademik perlu menjadi yang terpenting antara yang penting. Kami juga tidak mahu situasi yang digendong keciciran, yang dikejar tak dapat. Di saat itulah, terbuktinya kuasa Yang Maha Agung, kami terlintas dan terimbas sejenak kata-kata pujangga saudara kesayangan kami, Harinn Hizhadi Mokhtar. " Kita terpaksa korbankan satu impian untuk realisasikan impian yang lain", begituah katanya suatu ketika dahulu. Maka, dengan hati yang terbuka dan jiwa yang redha, kami memutuskan untuk fokus akan bidang bahas kami.
230210... jam 2000...
Kami berkumpul semula di bilik yang mengeratkan silaturrahim kami. "Kita kesuntukan masa! Semua orang perlu usaha betul-betul, sungguh-sungguh! Kita nak menang tahun ni, kitaperlu menang!Ini harapan kita, harapan umi, harapan sekolah! Tak ada masa untuk berlengah. Kerja sekarang!" ini merupakan sebahagian daripada ucapan Kapten bahas kami, saudara Haziq. Kami semakin bersemangat. Semangat kami disemarakkan dengan ayat tersebut. Betul katanya, sekarang bukan masa untuk berlengah. Pada malam tersebut jugalah kami memulakan latihan bahas kami. Latihan tersebut merupakan latihan pertama yang kami mulakan setelah bercuti selama seminggu. Kami berdoa kepada Illahi, agar terangkan hati kami, permudahkan jalan kami, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemberi Kurnia. InsyaAllah, latihan kami akan konsisten sehingga menjelang HKSBP Zon Utara. Sungai Petani, tunggu kami..

240210 jam1550
Hexa Faizs
"its our turn..."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...