Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

13 Feb 2010

HKSBP ZON UTARA 2010

Gambar kenangan HKSBP Zon Utara Tahun 2009
Bertukar lokasi ke Sungai Petani pada 2010

Assalamualaikum dan selamat bercuti buat semua. Maaf kerana terlalu sibuk sampaikan saya tidak punya banyak masa untuk mengemaskini blog. Pada kali ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak perkembangan pasukan bahas sekolah.

Alhamdulillah, setelah beberpa tahun memohon, akhirnya pihak pentadbiran telah bersetuju untuk menjadikan kelas 2T sebagai bilik Bahasa Melayu seterusnya telah menjadikan kelas itu sebagai markas kami yang baru.

Berkaitan dengan aktiviti debat pula, pada 6-8 Mac ini akan diadakan kem insentif bagi menghadapi Hari Kecemerlangan SBP Zon Utara yang berlangsung pada 11-14 Mac ini di Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani. Mungkin cara atau stail pada tahun ini tidak disukai ramai atas asbab hanya dua pasukan yang memasuki perlawanan akhir pada peringkat zon akan ke peringkat kebangsaan. Namun, kami menganggap perkara tersebut sebagai positif kerana membuatkan semua pihak bertungkus-lumus bagi menghadapi perlawanan di peringkat zon.

Sebentar tadi, saya ada menerima panggilan dari saudara Halim MCKK menyatakan hasrat untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan bahas termasuk pasukan bahasa Inggeris. Jadi, Insya-ALLAH kita akan menerima kunjungan kontijen MCKK yang belum pasti tarikhnya kerana persetujuan antara guru masih belum dibuat dan berkemungkinan terpaksa difikirkan kembali kerana STAR akan sibuk menjelang hari sukan yang akan berlangsung pada 6 Mac ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada saudara Farid kerana membantu mencarikan usul untuk kami melakukan latihan. Berikut merupakan usul yang dicadangkan:




Usul Cadangan Bagi Latihan

1. Hak asasi manusia:Undang2 malaysia sudah mencukupi
2. Ancaman Pengganas Hanya Propaganda Kuasa Besar Dunia.
3. Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi
4. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia Memuaskan
5. Akta Perlindungan Maklumat Peribadi Wajar Digubal
6. Bank Dunia Penyelamat Negara Dunia Ketiga
7. Bola Sepak Tidak Layak Menjadi Sukan Teras Negara
8. Dayung Sudah Di Tangan, Perahu Sudah Di Air
9. Demi Ekonomi, Kerajaan Campuran Wajar Dibentuk
10. Demokrasi Nyawa Keamanan Dunia
11. Singapura: Gunting Dalam Lipatan
12. Suruhanjaya Perlantikan Hakim Memulihkan Keyakinan Rakyat
13. Tahun Persekolahan Di Malaysia Wajar Dikurangkan
14. Imuniti Raja-Raja Perlu Dikembalikan
15. Teknologi Hijau Senjata Terbaik
16. Kesatuan Eropah Wajar Menerima Turki
17. Keselamatan Awam Lebih Penting Daripada Hak Asasi
18. Kontrak Sosial Wajar Ditamatkan
19. KPI Menjamin Kualiti Perkhidmatan Awam
20. Fenomena Lompat Parti Perlu Dihalang

Sampai di sini saja coretan buat kali ini. Terima kasih.




-hexa haziq-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...